Wednesday, July 16, 2008

Jawapan warga petronas kepada para rakyat malaysia

Keje kat pelantar camni laaaa tapi ada jugak org2 kerajaan yang pertikaikan gaji dan kemudahan staff Petronas….agak2 ada org kerajaan nak tukar keje suka sama suka tak?

JAWAPAN WARGA PETRONAS MALAYSIA......

Jawapan kepada yang mengutuk Petronas tu..baca kat bawah dulu!

Siapakah yang menaikkan harga minyak? PETRONAS ke Kerajaan?
Kenapa kita terlalu marah kat PETRONAS sebab minyak naik? SHELL, ESSO, CALTEX dan beberapa lagi company asing kenapa tidak?Minyak syarikat ni tak naik harga ke?
Tahukah anda 77% dari keuntungan PETRONAS dikembalikan kepada kerajaan, hanya 23% sahaja PETRONAS ambik, Syarikat minyak asing bawak keuntungan balik kampung dia, apa kita dapat?
30% pendapatan negara adalah sumbangan PETRONAS, kalau kita sebagai rakyat Malaysia, melayu pulak tu kenapa kita tak sokong syarikat minyak negara, kenapa, kenapa pergi isi minyak kat lain yang you belum tahu keuntungan yang dia orang bawak balik kat negara dia orang buat apa,....... pikirkan lah
Cari buku cerita berkenaan PETRONAS, kenapa ia ditubuhkan, bagaimana sengsaranya PETRONAS untuk jadi seperti sekarang, malangnya kita sebagai rakyat malaysia mencemuh PETRONAS, salahkan PETRONAS, kawan pikir dalam-dalam, kalau PETRONAS tak ujudlah, hasil minyak dikawal syarikat asing adakah kita dapat menikmati kemajuan yang ada sekarang ini? pikirkan lah
Dengan 23% tulah PETRONAS guna untuk modal insan, menjana dan memajukan perniagaan untuk mencari keuntungan untuk dikembalikankan kepada kerajaan malaysia untuk generasi akan datang untuk bangsa kita, bayar bonus tak banyak mana, bagi biasiswa kat pelajar malaysia, dah bertahun saya dalam PETRONAS tak pernah pun dengar PETRONAS bagibonus sampai 9 bulan, 13 bulan, membohong....... pekerjanya bukan orang lain orang kita juga, saudara mara kita juga,
kenapa mesti dengki? Inilah orang kita.........PHD masih menguasai diri….. sedarlah…..
PLUS dapat bonus berbulan-bulan kenapa tak kecoh, Maybank pun sama, kenapa tak kecoh, jawablah…..adalah lagi syarikat GLC yang bagi bonus kat pekerja dia tak bising pun…..
Ingat bonus merupakan appreciation syarikat kepada pekerjanya yang gigih bekerja untuk menjana keuntungan untuk diberi kat kerajaan Malaysia , mereka patut mendapatnya…………… mari datang lawat loji PETRONAS, macamana dia orang bekerja untuk dikembalikan keuntungan kepada kerajaan…...
Masa krisis ekonomi pada tahun 1998, kakitangan PETRONAS tak dapat bonus, tiada kenaikan,…….Orang kerja kerajaan dapat bonus pulak, tak adilkan tapi Kakitangan PETRONAS yang setia tetap bersama, tidak patah semangat, nah kini masanya mereka menikmati apa yang diusahakan,…..
PETRONAS membantu BANK Bumiputra masa tu, kalau tak habislah...... selain tu PETRONAS pun membantu beberapa syarikat GLC lain.....apa lagi yang you all nak PETRONAS buat……..
77% yang diberi pada kerajaan tu bukan dibawah kawalan PETRONAS lagi, terpulang kepada kerajaan dia nak buat apa, itu bukan urusan PETRONAS, jadi apa yang berlaku sekarang, minyak naik, barang naik itu urusan kerajaan yang memerintah sekarang…… jika anda berdaftar dengar SPR anda layak memilih siapa yang anda mahu untuk menguruskan 77% tu …..
Kalau anda salah pilih jangan PETRONAS disalahkan…..
Tahu tak peranan kerajaan, kita pilih supaya dia orang ni menguruskan hasil maksul bumi malaysia ni dengan berhemah, kalau tak betul urus, tuan-tuan tahulah….. banyakkan membaca berita, surat khabar, yang menyumbangkan maklumat yang tepat dan bernilai……………….adakah anda rasa cukai yang kita bayar, 77% dari PETRONAS diguna dengan sebaik-baiknya
…….Duit mana kerajaan guna bayar gantirugi jambatan bengkok tak jadi tu, yang makan jutaan ringgit………itu contoh, banyak lagi yang u kena selidik…
Kempen jangan Merokok berapa dihabiskan, siapa dapat ? berkesan tak? Itu contoh, cuba tengok sekeliling anda macam-macam buat tapi hasil tak de..... membazir je duit, kelapa muda lah, burung puyuh lah, macam-macam........ pastu jadi ape? ...adakah
salah PETRONAS? Kalau tuan-tuan tengok berapa banyak duit rakyat dibazirkan, yang sepatutnya boleh dimanafaatkan ketempat yang sangat memerlukan.....
Keluarga saya pun kerja kerajaan, you tau tak ada kontraktor buat kerja kat pejabat kerajaan tak berapa sen tapi claim beribu-ribu, tak sepadan dengan kerja tu pun, kenapa ini berlaku, .... ini contoh macam mana duit rakyat dibazirkan...pikirkanlah
PETRONAS adalah business entity macam syarikat GLC yang lain, Cuma pendapatannya besar sikit dari yang lain, tak kan sebab tu PETRONAS nak dikutuk? Kenapa kita tak mintak syarikat GLC lain main peranan dalam keadaan sekarang, bagi
air percuma ke? Letrik percuma ke, kerajaan tempatan hapuskan cukai pintu ke? Bolehlah kurangkan beban rakyat, duit untuk bayar benda alah tu boleh guna untuk duit minyak, ni tak......... PETRONAS yang disalahkan.


Ni sapa yang memandai kata PETRONAS jual minyak gred C..... tuan-tuan saya bagi contoh air sungai lah, air sungai pahang agak bersih kita rawat sehingga menepati standard air minum yang ditetapkan, tapi prosesnya tidaklah rumit untuk mematuhi standard berbanding rawatan air sungai kelang yang kotor untuk mencapai standard yang sama, prosesnya
agak komplek dari proses air sungai pahang tapi diakhirnya kedua-dua kualiti air ni menepati standard yang sama bila sampai pada pengguna.


Jadi apa yang saya nak bagi tau adalah, standard minyak ni telah ditetapkan satu dunia, katakan standard AA, mana-mana producer minyak kena menepati standard ni, tak kira minyak mentah tu gred C ke, A ke B ke, waima gred Z sekali pun, bila proses mesti semuanya menepati standard AA. Memang betul ada loji PETRONAS memproses minyak mentah gred rendah tapi prosesnya kompleklah sikit berbanding minyak mentah gred A.
Hasilnya tetap sama standard.


Saya pun study ekonomi, business strategy, financing, saya berani challenge u all, semua syarikat tak kira ape, mementingkan keuntungan, mana mana ada peluang buat untung dia buat untung, itulah syarikat business entity, ada ke you dengar syarikat nak buat rugi, tak de kan, kalau ada baik tak payah niaga.
Minyak mentah kita nilai harganya tinggi dan adalah lebih baik dijual, kita dapat pulangan yang besar, then kita beli minyak mentah yang murah kita proses, jadi lepas tolak modal gedebak gedebuk kita boleh jual produk pada harga sama produk yang dihasilkan dari minyak bersih....dengan ini margin keuntungan agak besar.
Contoh harga minyak mentah gred A USD300 setong, lepas proses jadi petrol USD600 setong, tolakkan USD600 dengan USD300, jawapannya USD300 itulah untungnya, Bandingkan pula minyak mentah gred C dibeli dengan harga murah USD100 setong, lepas proses jadi petrol harganya sama USD600 setong juga, so cuba tolak USD600 dengan USD100, jawapannya
USD500, kan jauh bezanya nya tu... walaupun nak prosesnya leceh tapi pulangan lumayan. Keuntungannya kita kembalikan kepada kerajaan malaysia untuk buat sekolah, gaji kakitangan kerajaan, jalanraya , infrastruktur untuk keselesaan rakyat dan sebagainya...........


Sapa kata minyak
Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. paling bersih, mai datang sini u tengok, lori tangki dia orang datang ambik kat sini yang proses minyak mentah gred C, apa lu cerita, hasil dari minyak mentah gred C ni juga lah kita eksport sampai ke Europe, China, India...... dan sebagainya. Kalau nak tau datang sini kita tunjukkan buktinya,
dengar-dengar cakap orang ni banyak tak betul. Buktikan yang you kata kajian syarikat pengeluar kereta bukan nasional kata minyak PETRONAS kotor, kalau tak de bukti jangan cakap.....


Ni nak tanya u all, berapa banyak untung jual minyak mentah dari telaga di Malaysia ni? Ciput jer tuan-tuan, keuntungan PETRONAS banyak dari perniagaannya di luar negara tau tak. Nak proses minyak ape nyer kat sini, sumber dah nak habis, kena lah beli minyak mentah dari luar untuk kesinambungan operasi pengeluaran minyak PETRONAS, pegilah
mana-mana negara pengeluar minyak, macam indonesia lagi banyak minyak dari malaysia tapi harga produk minyak naik juga kat negara dia orang, apatah lagi malaysia.... Kita ada proses minyak dari malaysia yang dikatakan gred A, tapi taklah banyak, statement kata semua hantar keluar negara tak betul, mamat mana punya infolah ni...


Akhir sekali saya nak simpulkan kat sini sebagai rakyat malaysia, warga PETRONAS

1.
Cerita kat bawah tu merapu..........banyak tak betulnya...
2.
Duit anda, you beli minyak PETRONAS kemudiannya PETRONAS bagi balik keuntungan tu kat kerajaan malaysia
(rakyat malaysia) yang mungkin bapa, cucu, adik, abang, sedara mara anda. Pembangunan malaysia untuk rakyat
malaysia. Atau you beli minyak dari syarikat asing yang kemudian keuntungannya dia bawak balik ke negara dia
orang dan anda tak dapat ape-ape. Bacalah sejarah negeri melaka semasa belanda, portugis memerintah dulu,
hasil maksulnya semua dibawa balik ke negara mereka. Duit anda, pilihan anda, anda yang menentukan macam
ngundi juga, Fikirlah sekiranya anda waras.

3. Jika kita tidak sokong PETRONAS, kerana sikap anda akhirnya PETRONAS tidak ujud lagi, siapa akan sumbang
30% pendapatan negara untuk pembangunan negara anda. Renungkan......
4.
Kenaikan harga minyak adalah hak kerajaan menentukan TIADA kena mengena dengan PETRONAS. Tanya
kerajaan mana duit yang banyak-banyak tu pergi jangan tanya PETRONAS.
5.
Bacalah sejarah kejatuhan Melaka oleh belanda & portugis, penubuhan PETRONAS, akta petroleum,
fahamkan, insyaallah anda akan sedar pentingnya PETRONAS kepada malaysia.

Kalau nak bercerita amatlah panjang, saya cuma ingin mengajak anda sama-sama berfikir, renungkan, fahamkan,
janganlah kerana nyamuk kelambu dibakar. Anda rakyak malaysia, negara malaysia adalah negara anda, di sini anda lahir,
membesar, dan mungkin berkubur. Contoh :setiap pembelian RM10.00 minyak PETRONAS, ia bererti anda
menyumbangkan RM 7..70 sen kepada negara, RM 2.30 kepada PETRONAS. Kalau anda sayangkan keluarga,
generasi dan negara anda, fikirlah sekali lagi. Semoga penjelasan ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada anda
..........kami warga PETRONAS juga seperti anda merasa perit atas kenaikan harga minyak tapi apa nak buat.........

2 Comments:

Anonymous said...

bravo bro....caya lahhh citer lu memang bagushhh

@xiM said...

da baca dah citer ni dulu..dats why axim tak pernah salahkan petronas pun..memang berbulu gak la telinga bila orang duk kutuk petronas...depa duk bercakap tanpa asas..tu yang payah orang kita nih..