Monday, July 26, 2010

BROKEN HEARTED GIRL


You're everything I thought you never were
And nothing like I thought you could've been
But still you live inside of me
So tell me how is that?

You're the only one I wish I could forget
The only one I'd love enough to not forgive
And though you break my heart, you're the only one
And though there are times when I hate you
Cause I can't erase
The times that you hurt me
And put tears on my face
And even now while I hate you
It pains me to say
I know I'll be there at the end of the day

I don't wanna be without you babe
I don't want broken heart
Don't wanna take a breath without you babe
I don't wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don't want to love you in kind of way no no
I don't want a broken heart
And I don't wanna play the broken hearted girl....No....No.....
No broken hearted girl
I'm no broken hearted girl

Something that I feel I need to say
But up to now I've always been afraid
That you would never come around
And still I want to put this out
You say you've got the most respect for me
But sometimes I feel you're not deserving me
And still you're in my heart
But you're the only one and yes
There are times when I hate you
But I don't complain
Cause I've been afraid that you would've walk away
Oh but now I don't hate you
I'm happy to say
That I will be there at the end of the day

Now I'm at the place I thought I'd never be
I'm living in a world that's all about you and me
Ain't gotta be afraid my broken heart is free
To spread my wings and fly away
Away with you

-ayang ati-

Sunday, July 18, 2010

INGATLAH WAHAI PENUMPANG BAS TEGAR


PERHATIAN KEPADA PENUMPANG BAS DILUAR SANA

Setiap hari saya akan naik bas untuk pegi keje (separuh jalan) dan balik keje (kadang-kadang). Dan saya akan naik bas bila saya nak gi mana-mana la bila ling saya takde. Kekerapan saya menaiki bas telah menyebabkan saya mengalami, melihat dan menyaksikan banyak benda yang tak sepatutnye berlaku, tetapi telah dan terus berlaku hingga kini.

Saya pun bukannye perfect sangat sampai boleh nak menegur orang sana-sini. Cuma kadang-kadang sikap sesetengah penumpang bas ni buat saya rasa sungguh jengkel. Rasa marah sangat-sangat. Dan jika itu berlaku, saya akan menyumpah orang tersebut sepanjang jalan didalam hati. Tak elok la kan pagi-pagi lagi dah menyumpah orang....

Jadi saya rasa terpanggil untuk kongsi sedikit informasi ini. Perlu diingatkan bahawa apa yang saya akan bagitau kat sini adalah pendapat saya sendiri dan tiada kena mengena dengan sesapa je samada yang masih hidup atau pun yang telah mati.

So, kalau apa yang saya tulis boleh menyinggung hati sesetengah pihak, maaf ye. Saya tak berniat. Apa yang saya harap, segala yang baik, kita ikut. Segala yang tak elok, kita jauhkan. Untuk kesejahteraan kita bersama jugak kan....

1) Sebagai penumpang bas, kalau boleh, sebelum naik bas tu, beratur la dulu. Beratur elok-elok untuk naik bas. Bukannye terus berebut macam manusia yang takde tamaddun. Langgar orang sana-sini semata-mata untuk naik bas. Nape mesti naikkan kemarahan orang jika benda tu tak perlu kan.....Lagipun beratur tu bukannye susah sangat nak buat. Budak tadika pun tau buat tu....

2) Dah tau nak naik bas kan, sepatutnye sediakan duit tambang secukupnye dulu. Kalau dah setiap hari naik bas, takkan tak tau berapa tambang yang akan dikenakan. Ye tak? Ini tidak. Dah naik bas baru terkial-kial cari duit tambang. Masa tu la baru nak lambakkan seluruh isi hand bag untuk cari duit tambang. Kan dah melambatkan semua orang. Bukan susah pun kalau nak siapkan duit tu dari rumah kan.....

3) Satu benda lagi yang buat saya kadang-kadang macam tak faham mengapa ia harus terjadi. Bila dah naik bas, kalau takde tempat duduk, mesti kena berdiri kan. Apalah salahnye kalau naik tu terus je kebahagian belakang. Kenapa mesti berdiri kat pintu masuk. Bukan kita je yang nak naik bas. Akan ada lagi orang lain yang akan naik. Kalau berdiri kat depan pintu masuk, cane la orang lain lepas tu nak masuk. Terpaksa la driver bas tu terjerit-jerit bagitau suruh ke belakang. Perlu ke? Perlu ke orang lain bagitau untuk kebelekang? Tak perlu kan....Kalau anda orang yang ada akal fikiran.

4) Kalau dah kena berdiri, mesti kena berdiri kat depan atau kat tepi orang yang duduk kan. Jadi nasibla kena berdiri ka. Sapa suruh naik lambat. Ha ha ha. Tapi, bila berdiri tu, jaga-jaga la kaki tu. Jangan la sampai terpijak kaki orang yang duduk tu. saya cakap TER sebab saya tau tak sengaja. Cumanye, kalau sekali, mungkin la boleh kata TER. Kalau 2 kali pun boleh la kata TER lagi. Tapi kalau dah kali ketiga dan selepas diberitahu, masih lagi pijak, agak-agak layak tak orang macam ni kena maki? Dah la takde cakap sorry, buat muka tak reti lagi ada. So, please.... hati-hati la sikit... Kalau orang pakai but, pijak kaki orang pakai selipar, rasa-rasanye sakit tak? Fikirla sendiri....

5) Kalau tadi pasal kaki yang sesuka hati pijak kaki orang lain, kali ni pasal hand bag lak. Ada sesetengah orang tu suka bawak hand bag besar-besar. Itu hak individu la kan. Saya tak nak sentuh pasal tu. Cuma, bila naik bas dan bawak hand bag besar-besar tu, dan kena berdiri, jaga-jaga la hand bag tu. Jangan la sampai asyik-asyik menghempap kepala orang yang duduk tu. Macam perkara keempat gak, kalau TER takpe la. Tapi.......(sama mcm kat atas)
So, jaga-jaga. Lagipun beg sendiri kan. Harta sendiri. takkan tak reti nak jaga. Apa perasaan anda jika orang lain buat kat anda macam tu. (hempap beg kat kepala). Mesti marah kan.... So, janganla buat kat orang lain pulak ye.....

6) Satu lagi, kalau dah berdiri tu, mesti nak kena pegang sesuatu supaya tak jatuh bila bas bergerak kan.... Biasanya kalau kat dalam bas tu orang akan pegang tiang yang memang ada kat dalam bas. Perlu diberitahu bahawa kalau kat dalam bas RapidKL, dekat tiang-tiang tula tempat diorang letak loceng. Kepada sesiapa yang tak pernah naik bas dan tak tau, loceng tersebut akan ditekan bila kita nak turun. So, bila berdiri, kena pegang tiang, fine. Memang itu yang sepatutnye. Tapi, takyah la peluk tiang tu macam kekasih lak. Macam nak angkut tiang tu bawak balik rumah je gayanye. Peluk kuat-kuat tu takpe tapi takyah la peluk rapat-rapat sangat. Perlakuan itu menyebabkan kesukaran kepada orang yang nak tekan loceng tersebut bila nak turun dari bas. Dah tau orang nak tekan loceng, saje je wat tak tau sampai orang kena celahkan jugak tangan kat celah badan awak. Nanti kata cabul pulak kan. Takpun orang kena gi cari loceng lain. Perlu diingatkan bahawa loceng tersebut bukan hak individu ye. Itu hak semua penumpang bas.

7) Bila nak turun dari bas, tekan loceng sekali dah la. Ini tidak. tekan berkali-kali sampai bas berhenti. Annoying kan....Takde driver bas yang pekak. Cuma kadang-kadang awak tekan kat tempat yang dia takleh berhenti. Memang la dia tak berhenti kan... Tak berbaloi dia nak bayar saman sebab awak. Ada peristiwa yang driver bas naik angin dan dia terus berhentikan bas tu dan pergi bergaduh ngan penumpang yang bekenaan. Saya tak salahkan driver tu. Penumpang tu yang tak reti bahasa. Dan peristiwa ini memberi kesan kepada saya sebab kerana peristiwa itu, saya dah lambat masuk keje dan kena isi borang. Mamat yang tak reti bahasa tu telah menambahkan keje saya. Memang layak saya marah kan...

8) Satu lagi, bila nak naik bas, kena tahan bas dulu kan. Cuba la cari tempat menunggu bas yang betul. Tunggu kat bus stop macam orang lain. Ada sesetengah orang tu, tunggu kat depan rumah. Kalu rumah dia jauh dari tempat tunggu bas tu, ok la. Tapi kalau walking distance je, kalau tak sampai 15 langkah berjalan, melampau la kan.... ada sesetengah driver baik hati akan berhenti jugak. Tapi tak ke berhenti 2 3 kali dalam jarak yang amat dekat tu dah membazir masa. Again, saya marah sebab ia boleh melambatkan saya. Bila driver tak berhenti, awak marah. Tapi, cuba fikir, salah driver tu ke? Atau awak yang tak bertimbangrasa.....

Saya rasa itu je la kesalahan major yang saya boleh paparkan kat sini. Sekadar renungan dan iktibar bersama. Kesalahan minor, malasla saya nak tulis. Banyak sangat pulak nanti. Saya pun bukannye insan sempurna. Saya cuma menegur sebab manusia ni kadang-kadang lupa. Bila lupa, perlu diingatkan. Ye tak. Jadi, sekali lagi, jika penulisan ini ada menyinggung hati dan perasaaan mana-mana pihak, saya mintak maaf. Ini adalah peringatan untuk saya jugak sebenarnya.

Dan lagi satu, saya tulis ni sebab hampir semua sikap yang tidak bertimbangrasa itu telah melambatkan saya.

Sekadar berkongsi pengalaman saya sepanjang menjadi penumpang bas tegar.

Sekian, terima kasih.

-ayang ati-