Thursday, July 31, 2008

Sori, I've been busy

Sori diucapkan utk kengkawan sume. I've been very busy dua tiga ari ni. Sori. Tak sempat nak masuk entry baru pon. Sori. Badan pun rasa tak sihat semacam je. Nanti bila ada masa aku tulis lagi ok.

Tuesday, July 29, 2008

Aku nak percaya tapi...........

Pada mulanya memang aku nak amik pilihan utk buat tak tau dan biarkan saja. Tapi hari ni aku rasa cam nak meluahkan perasaan plak. Apa nak jadi ngan Malaysia tecinta aku ini? Apa dah jadi ngan keharmonian negaraku yg terindah. Mengapa buleh jadi begini? Apa yg membuatkan jadinya begini? Dimana keharmonian dan ketenteraman yg dikecapi selama ini?
Adakah semua ini disebabkan oleh arena politik yg tak menentu? Adakah semua ini disebabkan oleh kadar jenayah yg berleluasa? Adakah kerana kepincangan sistem pentadbiran seluruh negara? Ntah la. I'm just a little fish trying to swim in a big pond surrounded by bigger and meaner fish. Nak cakap lelebih pun tak leh. Takut nanti aku pun hilang without a trace cam Bala. Takut tak pasal2 di tahan kumpulan bertopeng ala Gestapo cam Anwar. Takut berkecai badan dan nyawa bertaburan tidak bernesan cam Mongolian Beauty. Takut.
Aku nak percaya apa yg tertulis di muka surat khabar tapi tak mampu. Aku nak percaya apa yg diceritakan di layar tv tapi aku tak mampu. Aku nak percaya apa yg disampaikan di corong2 radio tapi aku tak mampu.
Kenapa terlalu bnyk sgt kekacauan? Kenapa bnyk sgt kekeliruan? Kenapa bnyk sgt tak betul? Kenapa bnyk sgt pembohongan? Kenapa tak soal yg menuduh tapi dituduh? Kenapa tak soal kesahihan akuan tapi si pengaku yg disoal? Kenapa tak disiasat kebenaran tapi meneruskan ketidakbenaran. Ntah la...............
Adakah aku kena percaya semua?

Bebudak skarang


Ini lah bebudak zaman skarang. Siap nampak ruam lampin lagi. Jgn cakap aku pervet plak. Nih nak nasihat je. Jgn tutup atas je. Bawah pun kena tutup gak. Yg paling berharga tuh yg kat bawah. Atas botak takpe.

Naruto 410-The Battle Of Thunder-Cloud Gorge


*Terkini dari Kishimoto, Naruto no.410. Baca jgn tak baca. Baca kat narutofan.com tau. Dlm keluaran nih Naruto blajar camana nak satukan 3 jenis chakra. Sasuke dan konco2nyer plak tengah sibuk nak tangkap Eight Tails yg buleh tahan gak kuatnyer.

Thalasa yg indah

Slamat hari selasa wat kengkawan sume. Tak kira lah di mana jua anda berada. Tak kiralah samada anda sedang bercuti atau sedang berkerja skarang ini. Tak kiralah anda sedang naik moto atau naik kete. Tak kiralah anda sedang isi minyak Petronas atau minyak Shell. Tak kiralah anda sedang minum air buah atau teh O suam. Tak kiralah anda sedang makan nasik lemak atau sandwich sardin. Tak kiralah anda sedang pakai kasut Ferrogammo atau selipar jepun. Tak kiralah anda sedang naik LRT atau Mercedes E200. Tak kiralah anda org UMNO atau KeADILan. Tak kiralah anda org kerajaan atau swasta. Tak kiralah anda lelaki tau perempuan. Tak kiralah. Sume2 tuh tak kira. Yg penting aku just nak ucapkan selamat hari Selasa/Wednesday/Rebo/Thalasa utk smua.

Monday, July 28, 2008

Rahsia Tauge

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.


KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun....
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, baca blog, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak

Dah takde keje lain kot

Aku sure korang sume ader baca surat khabar ari ni. Berita muka dpan kecoh pasal hewan2 yg masuk highway dan jalan raya kat bandaraya. Setelah aku siasat dan selidik aku dapati budak ni la yg punyer keje. Dia memang ader penyakit suka flash kat hewan2 poultry. Mana tak hewan2 tuh jadi tak tentu hala. Hancit.

Sunday, July 27, 2008

Working Status

Boss is not here Boss is calling

In a meeting Training Tea break
Before noon on weekend
Ready for getting off work
Tomorrow is a holiday: 

Got today's target from boss  Tough target
Find impossible to meet boss's requirement

OT for 2hrs OT for a whole night

Being notified to OT on weekends
Meet with 'Sorry-I-Don't-Know'clients Made mistakes in work

Little achievement Frustrating things happens

Finance person doesn't give the money:

Being advised NO BONUS this year
: 

Pekena Satay di Kajang

Pas blik dari putrajaya smalam aku ngan ayang singgah kat Satay Haji Sahmuri di Kajang. Dah lama dah aku tak gi sini makan2. Dah ada tapak jual2 memacam dah kat sekitar tempat makan nih. Cam downtown Cheras la.Tengah jalan kat bazar2 tuh aku jumpa seekor kucing. Cantik. Bulu lebat. Nama dia pun Boy cam kucing aku gak




Ini lah makanan2 yg diorder( first round). Bnyk lagi sbenarnye. Tak sempat amik gambar dek sedap sgt makan satay. Rasa satay ni memang tak berubah. Still sedap cam dulu.

Sepetang di Putrajaya

Permandangan waktu petang di Putrajaya. Aku ngan ayang gi sini smalam sbab nak cari PICC. Aku kena gi sana 7.8.08 nanti. Nak survey tempat la nih. Alang2 dah sampai, amik la sekeping dua gambar wat kenangan.
*Ayang wat gaya bebas
*Aku park kat tepi jalan je. Bukan ada kete bnyk pun. Lengang je smalam.

* Kat blakang aku yg kecik tu adalah bot. Sape2 nak naik pun bleh.

Salah satu jambatan gantung yg kitaorg lalu smalam. Cantik wo.

SURAT NOGORI 9



kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u

namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN
ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'????
menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek
menantu lak...

sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah
sobab naik'an hargo minyak ari tu..
lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak
laaaa....banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK
LAH!!!!!!!

sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung
yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring
yor...

sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn...
anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh
sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la
jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la
menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn

ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey....nk buek
tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey
tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...

rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan
sey..

bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado
la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"

sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual
datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado la
hasil'eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun
naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...
walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona' eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..
sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk
buek kodok

sey nak ganti'an bogheh ngan ubi.... tiap hari sey ngan keluargo akan
berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)
sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup..
ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn...

dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado..
bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah
rumah sey nih org pembangkang. ..dio slalu guno highway, biar padan muko
dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang. ..PAKATAN RAKYAT konon...palo
hayah dio tu...



nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat
bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti...
insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah..
tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....

jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak..
jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak
bini'eh nk mentodarah.. ..
sey totap nyokong pak lah..

akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo
gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.

Saturday at the movies

Petang smalam aku ngan ayang gi galaksi ampang layan X-Files. Best. Aku memang minat giler ngan cite nih. Tak pernah tinggal. Scully dan Mulder masih cam dulu. Mulder still determine dan Scully still skeptic.
Sori pasal gambar tak clear (amik ngan fon). Kitaorg lunch dulu kat Cafe Untie May pastu layan movie. Sejam lebih. Rasa hampa sket pasal takde alien. Minggu dpan bleh layan The Mummy plak.

Cara bersalam yang betul

Cara bersalam yang betul The correct way to pay homage/greet

1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah. bow at 90 degrees
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.. clutch hand of the person you are greeting with both hands
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih. tilt head to slightly the right for maximum "feel"
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci. purse lips to kiss approx 1 inch
Contoh dibawah: see example below


CARA INI DI NAMAKAN
' BONAMA' iaitu .. this method of greeting is called "Bonama"

BODEK NAK MAMPUS !!! translated as ingratiate (bodek) to (nak) death (mampus)