Wednesday, September 16, 2009

Baru Di Kaki

Yeehaw!!!...lega rasa mata nih pasal dah membuta dari pagi(apa guna ada junior 2 orang klu tak buli suruh buat kerja)...dah nak hujung-hujung ramadhan lagi rasa mengantuk di siang hari nih menjadi-jadi plak. Bozzo yakin dan confident mesti korang sume tengah bertungkus-lumus bershopping sakan di Sogo atau di Jln TAR atau di Mydin atau kat pasar malam kat tempat korang.
FYI tahun nih bozzo tak yah nak sibuk-sibuk shopping untuk kasut. Selipar Crocs di atas adalah pemberian ikhlas Axim sempena menyambut hari pendaratan dia dari China awal tahun lepas. Bukan bozzo taknak pakai trus tapi sebab bozzo punya Crocs yang sedia ada pun ok lagi. So, kasut budak Axim bagi nih bleh buat selipar sembahyang raya nanti. Thanks r Adik G. Dah long overdue sebenarnyer thanks tuh. Baik sebenarnyer bakal adik ipar bozzo nih. Bayangkan klu belum jadi abang ipar pun dia dah belikan selipar Crocs, nanti bila betul-betul jadi abang ipar mesti dia belikan Iphone 3Gs...
Kasut kaler kuning nih plak ayang bozzo yang belikan. Sempena hari jadi bozzo yang ke$% lepas. Kasut jenama Nike nih ringan nak mampos wo...sedap giler bila pakai. Rasa cam tak pakai kasut walaupon sebenarnya kita pakai tapi rasa cam tak pakai walaupon kita pakai sebenarnya...
Thanks sayang pasal hadiahkan ling kasut nih. Dah long overdue gak thanks dan entry citer kasut nih sebenarnya. Sebenarnya ling tak kisah ayang nak bagi apa sempena bday ling sebagai contoh Iphone 3Gs atau Spek Oakley baru kaler hitam pon tak kisah la janji ikhlas dari hati. Anyway, ling memang dah cakap kat ayang ling nak buat kasut raya kan( ini entry untuk ayang ke?)
Kepada yang tengah sibuk bershopping lagi tuh bozzo nak ucapkan selamat bershopping, Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka dan andai kata bozzo termalas nak buat entry lagi minggu nih bozzo nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.

Monday, September 14, 2009

Toilet Eatery in Taiwan

The 'Modern Toilet' eatery:

Modern Toilet is a Taipei restaurant. It accommodates 100 seats with each made from toilet bowls.. The specialties at the restaurant accompany sink faucets and gender-coded 'WC' signs that appear on the three-story structure. The food is served in mini plastic toilet bowls. The toilet rolls that serve for wiping hand and mouth are hung above the tables, which may resemble glass-topped jumbo bathtubs.
Hidangan Utama letak dalam mangkuk tandas tuh...
Bangku pon bentuk toilet...
Tempat kencing kadi sinki basuh tangan...
Meja dari tub mandi...


Amoi nih siap buat lambang peace lagik sambil makan sup dalam bekas kencing... Ye la tuh...senyum la...


Aiskrim ke apa tuh?
Amoi Taiwan nih pon pelik tengok aiskrim tuh...

Soalannyer samada korang larat atau tidak je nak makan kat sini. Orang Taiwan mih memang pelik-pelik. Mesti rasa cam tengah makan dalam toilet he he he... SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERBUKA...

Wednesday, September 9, 2009

Beriyani Dhab Al-Arabi


Dhab : Poi pokan...naik beskal...tongah hari...tongah paneh...Arab No1 : Mana ente mau lari? Ana akan kejar ente.
Dhab : Dah hang kejaq aku...aku lari la... Arab No1 : Ha ha ha...ana pijak ente punya ekor....ha ha ha...

Dhab : Ini dia aku nak tunjuk kat hang hikmat driff in the sun...
Dhab : He he he...nyorok bawah batu...he he he..
Dhab : Alamak...sapa plak tinggal sandle asadi kat sini? Dah stuck nih...

Arab No1 : Aku lelaki terhebat...berjaya menangkap seguni nih...bukan senang wo...dah la nak kena kejar ngan kaki ayam je...
Arab No2 : Dah la berbangga diri tuh..meh tolong aku sembelih biawak-biawak nih...
Arab No1 : Ye la ye la ye la...aku tolong la jap gi...
Arab No3 : Apala korang nih...sembelih sorang pon buleh la...korang pijak je...
Arab N03 : Ekor jangan lupa potong tau...
Arab No1 : Ekor sape?
Arab No3 : Ekor biawak ni la...ekor sape pulak??? Arab No3 : Pastu hangpa siat je kulit dia. Tak buleh makan kulit dia nih...liat nak mampuih....
Arab No1 : Kulit biawak nih tak leh buat kasut atau tali pinggang ke?
Arab No3 : Boleh...Hang nak buat baju kulit pon buleh...(banyak tanya betoi la budak nih)
Arab No3 : Semua ekor yang dah siap potong kumpul satu tempat tau.
Arab No1 : Nak buat sup ekor ke?
Arab No3 : Tak. Kita orang arab tak makan sup ekor la...Setau aku orang Melayu yang suka makan sup ekor...tapi sup ekor lembu bukan dhab.
Arab No1 : Nape bukan sup biawak dhab?
Arab No3 : Kat tempat diaorang mana ada biawak dhab nih...biawak pasir banyakla... Arab No3 : Jangan campur ekor ngan badan. Badan tuh nak kena lapah lagi tuh...
Arab No3 : Banyak juga ye...kenyang makan berbuka ni nanti...
Arab No3 : Korang amik sorang sekor pastu pegang cam gini.
Arab No1 : Nape nak kena pegang cam gini? Cam gitu tak leh ke?
Arab No3 : Ko nih banyak tanya betul lah... Arab No3: Pastu hangpa belah je perut dia. Keluarkan semua isi perut dia. Yang bujur kaler kuning tuh la telur dia.
Arab No1 : So, telur dia pon kita buleh makan ke?
Arab No3 : Mestilah buleh..Kita campur je skali nanti...
Arab No3 : Korang basuh bersih-bersih...Jangan rasa pasir plak nanti.
Arab No1 : Klu basuh pakai washing machine kan lagi senang...siap buleh spin lagi...
Arab No3 : Hotak kau...
Arab No3: Ha...kan nampak cam lauk...tak la nampak cam biawak walaupon ada bau biawak...
Arab No3 : Mula-mula korang nak kena celur dulu telur-telur sampai separuh masak supaya tak pecah nanti bila kita campur ngan daging yang lain...
Arab No1 : Klu telur tuh kita buat telur dadar je tak buleh ke? Buat telur mata kerbau pon ok gak...
Arab No3 : Berape kali aku nak cakap kat ko yang kita nih orang arab la...ARAB...mana ada orang arab makan telur dadar ngan telur mata kerbau... Arab No3 : Pas siap celur telur-telur tuh, campurkan je ngan ekor dan beras...Kita nak masak beriyani gam nih...
Arab No1 : Aku ingatkan nak buat masak kicap...
Arab No2 : Ko diam je la..asyik nak komplen je...
Arab No3 : Tuh dia...dah siap dah menu berbuka kita nih...
Arab No3 : Klu nak sedap lagi korang perah limau pada daging-daging tuh...
Arab No3 : Dah azan tuh...apa lagi balun la...
Arab No1 : Itu bukan azan Zohor ke?
Arab No2 : Alamak...kantoi lagi pose aku....
*special thanks to bro Hanif @ Buacak @ Tokei MP3 kerana mengirimkan gambar-gambar dia atas...dialog tuh bozzo reka sendiri...he he he...SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA...

Wednesday, September 2, 2009

Khalifah Umar bin Aziz Dengan Pelitanya

Dalam sejarah orang-orang islam ada dua orang khalifah agung yang kedua-duanya bernama Umar. Seorang bernama Umar bin Khatab dan yang seorang lagi bernama Umar bin Abdul Aziz.
Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Umar bin Khatab kerana ibunya adalah cucu Umar bin Khatab. Pada suatu malam, khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang menyemak rekod-rekod wang perbendaharaan Negara di pejabatnya.
Beliau membaca rekod-rekod itu dengan menggunakan cahaya daripada sebuah pelita minyak kecil, cukup untuk kegunaan beliau seorang.
Kemudian beliau terdengar pintu diketuk dan suara orang member salam.
“siapa?” khalifah Umar bin Abdul Aziz bertanya tanpa emmbuka pintu. “saya ialah anakanda, ayahanda,” beliau terdengar suara anak lelakinya.
“ada apa?” Tanya khalifah Umar bin Abdul Aziz, masih tidak membuka pintu pejabatnya. “bonda menyuruh anakanda datang sebab ada masalah,” jawab anaknya.
“masalah apa?” Tanya si ayah. “bukalah pintu ini, ayahanda, biar saya masuk dulu,” kata si anak.
“masalah siapa? Masalah keluarga? Masalah rakyat? Ataupun masalah Negara?” Tanya ayah. “masalah keluarga kita, ayahanda,” jawab si anak.
“baiklah, tunggu sekejap, ayahanda buka pintu,” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Sebelum beliau bangun, beliau meniup api pelita hingga padam, lalu bilik pejabatnya menjadi gelap-gelita.
Kemudianya khalifah Umar bin Abdul Aziz meraba-raba mencari pintu lalu membukanaya.
“masuklah,” kata si ayah dalam gelap itu. “ayahanda, mengapa dipadamkan pelita itu? Bagaimana kita hendak bercakap dalam gelap ini?” Tanya anaknya.
“nampaknya begitulah. Kalau kita hendak bercakap-cakap di dalam bilik ini, kita terpaksa bercakap dalam gelap,” kata khalifah umar Umar bin Abdul Aziz.
“mengapa pula begitu, ayahanda?” Tanya si anak lagi. “bukankah anakanda tahu ini bilik apa.”
“ini pejabat ayahanada,” kata si anak. “siapa ayah anakanda?” “khalifah Negara, raja segala orang-orang islam,” kata si anak.
“itulah sebabnya, kita terpaksa bercakap-cakap dalam gelap di bilik ini.” tapi megapa?”
“pelita itu dinyalakan dengan minyak yang dibeli menggunakan wang Negara, wang rakyat. Anakanda datang ke mari sebab hendak membincangkan urusan keluarga kita,” kata si ayah.
“pejabat ini tempat ayahanda menjalankan kerja-kerja Negara, demi kepentingan rakyat. Kita tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk mengurus hal-hal keluarga kita,” sambungnya.
“jawatan ayahanda ini adalah amanah tuhan, hari akhirat nanti ayah akan ditanya, bagaimanakah ayahanda hendak menjawabnya?” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada anaknya.

References
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Fauzul Na’im Ishak (2006). Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin (5thed).Batu Cave.PTS Millennia Sdn. Bhd.

Escaped Lion!!!

Technicians at the Shuwaikh Car repair shop were having their normal day at work, when suddenly nervous looking LION came out of nowhere...seemingly hungry because of how his skinny body looks.
Workers freaked out, jumping over each other, some locking themselves up in cars, some in the office and some just ran away...but one brave guy took a picture of this LION without making a sound...and there was a SHOCK when the LION turned around...
It turns out the be their co-worker's dog. He shaved the dog in such a way that it look like a lion...Memang semua orang terkena hari tuh...Owner anjing tuh pun kena gak sebakul dua. Janganla buat cam gitu kat anjing korang...sian..

*pictures received via email...