Tuesday, July 29, 2008

Aku nak percaya tapi...........

Pada mulanya memang aku nak amik pilihan utk buat tak tau dan biarkan saja. Tapi hari ni aku rasa cam nak meluahkan perasaan plak. Apa nak jadi ngan Malaysia tecinta aku ini? Apa dah jadi ngan keharmonian negaraku yg terindah. Mengapa buleh jadi begini? Apa yg membuatkan jadinya begini? Dimana keharmonian dan ketenteraman yg dikecapi selama ini?
Adakah semua ini disebabkan oleh arena politik yg tak menentu? Adakah semua ini disebabkan oleh kadar jenayah yg berleluasa? Adakah kerana kepincangan sistem pentadbiran seluruh negara? Ntah la. I'm just a little fish trying to swim in a big pond surrounded by bigger and meaner fish. Nak cakap lelebih pun tak leh. Takut nanti aku pun hilang without a trace cam Bala. Takut tak pasal2 di tahan kumpulan bertopeng ala Gestapo cam Anwar. Takut berkecai badan dan nyawa bertaburan tidak bernesan cam Mongolian Beauty. Takut.
Aku nak percaya apa yg tertulis di muka surat khabar tapi tak mampu. Aku nak percaya apa yg diceritakan di layar tv tapi aku tak mampu. Aku nak percaya apa yg disampaikan di corong2 radio tapi aku tak mampu.
Kenapa terlalu bnyk sgt kekacauan? Kenapa bnyk sgt kekeliruan? Kenapa bnyk sgt tak betul? Kenapa bnyk sgt pembohongan? Kenapa tak soal yg menuduh tapi dituduh? Kenapa tak soal kesahihan akuan tapi si pengaku yg disoal? Kenapa tak disiasat kebenaran tapi meneruskan ketidakbenaran. Ntah la...............
Adakah aku kena percaya semua?

5 Comments:

13may said...

apa apa pun...kita kena bersedia menghadapi segala kemungkinan...

hehhe hehhe

@xiM said...

itu lah namanya MALAYSIA KINI....

DULU KINI DAN SELAMANYA...

Anonymous said...

ye lah. aku pun tak tau apa nak jadi ngan malaysia ku ini. bersiap sedia sajalah

Najib Ariyan Ali Basha said...

Sedihkan... kadang kala kita rasa penguasa terlalu lemah menghadapi kejahataan kakitangannya... tapi kita mentimun lah...apa nak buat

bozzobattousai said...

13may,
nak taknak memang kite kena hadapi sesama.....

===================================

axim,
tapi mungkin la,
ngot akan cerah setelah lama meendung

===================================

abg bear,
mentimun pun klu nyk bleh wat durian hilang baunyer