Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"
================================================
Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Titom, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibukota negara.
Cikgu: "Palin, cuba sebutkan ibukota Britain?"
Palin: "London, Cikgu!"
Cikgu: "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"
Apis: "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."
Cikgu: "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"
Lola: "Lima, Cikgu!"
Cikgu: "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."
Lola: @#$#@!
=============================================="Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
"Mahukah saudara ditemani?" soal janda tersebut dengan nada yang manja.
"Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
"Baguslah," kata janda itu pula. "Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara…"