Monday, December 29, 2008

Mengapa teriak? Hati tidak berjarak

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya:

"Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?"

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab: "Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak."

Tapi…" Sang guru balik bertanya, " Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?"

Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logic. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.

Sang guru lalu berkata: "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi." Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut:

"Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?" Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.

Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangkit untuk memberikan jawapan. " Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan." Sang guru masih meneruskan:

"Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda."

Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.

Saturday, December 20, 2008

Urut urutan...

Ptg tadi aku ngan ayang cadang nak gi urut kaki kat Galaxcy. Nak gi naik moto je la sambil ronda2. Skali lagi tayar moto aku lembik. Aku dah tau dah sebabnya pasal smalam aku dah tanya pomen. dia kata tayar aku nih dah cukup tahun. Walaupon bunga tebal lagi tapi getah dah mati. Cis bedebah. So, to not making things worst and to avoid menolak moto, aku singgah la kedai pomen dan tukar tayar baru. Hambik ko kena RM65 setayar jenama Duro 80/90. Cis...
Ayang tunggu situ je tau...
Lepas selesai tukar tayar, kitaorg pergi la ke haluan yg sebenar iaitu ukt mengurut kaki yg lenguh2 dan badan yg sengal2. Aku siap urut badan skali, ayang urut kaki je. Memang segar rasanya lepas diurut nih. Aku nak sarankan pada korang pergi la buat urutan reflexologi nih. Bagus.
Lepas urut, perut pon lapar. "Ayang nak makan apa malam nih?" tanya aku yg masih tak betul berjalan lepas urut tadi. "Kita makan nasik goreng chiken chop nak?" sambil terkebil2. Actually, i'm also thinking of chiken chop or any kind of western food. It's just that i've been eating low fat and lots of fiber food (nak diet) for about a week now. Western food once in a while should be ok ye tak?

The only gerai that serve nasik goreng chicken chop ada kat Desa Pandan. Tempat nih memang pack ngan org2 yg tengah lapar. Kitaorg jarang2 ke sini pasal tempat nih agak jauh. Tapi memandangkan kat sini je ada juadah idaman dan harga yg super murah, sampai jugak la. Nasik goreng chicken chop cuma RM7 je. Murah la tuh.
Air buah dan nescafe ais.
Nasik goreng chicken chop utk aku.
Nasik goreng Lamb chop utk ayang.

Lepas kenyang tak hengat, aku hantar ayang blik umah dan aku bersiap utk tengok bola. Tetapi langkah malangnya sebab Liverpool main ahad. Perut kenyang, mata ngantuk, jom tido...

Friday, December 19, 2008

Alasan berbohong...

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta. - Gambar hiasan

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

ps: pembaca wanita sila komen...






Thursday, December 18, 2008

jalan2 lepak2 makan2...Kedah edition part 6(final episod)

Pas gi kenduri umah Pak Su, kitaorg gerak jejln ke Bukit Kayu Hitam plak. Senang je rupanya nak ke sana. Highway straight trus ke sana. Sempat gak r melawak ngan pegawai imigresen kat booth sana. Nak tangkap gambar dia tak bagi. So, aku amik gambor kitaorg je...
Mak dan Abah yg dah penat...
Actually, there's nothing here. Not like the Bukit Kayu Hitam we used to go when i was little. Mana ada gerai bebnyk cam kat Padang Besar itu hari. Cis bedebah. Rugi minyak je. Me and Eben just pusing inside The Zon je. Pon there's nothing here jugak. I thought of buying myself a new bag or watch but the price in here is not that much cheaper like people told. I could get a nicer designer watch for a lot less cheaper in Pertama. Cis skali lagi.
This is my niece Aqilah Aimi. As you can see she's not that happy cause my sister promised her a big teddy bear tapi kat BKH takde jual satu pon. She forgot to buy it when we were at Padang Besar the other day. Sian dia....
After a frustrating evening, kitaorg lepak2 makan je kat sana. Nak jejln pon dah penat sgt. Nasik lemak panas nih jadi mangsa. Cuba teka berapa harga sebungkus? RM0.60 je. Kat KL memang tak dpt. Murah nak mampos.
Sedap...sebab kecik punya pasal bozzo bedal 4 bungkus.
Mak ngan Abah kongsi tose je. Abah dah tak lalu makan. Penat sgt katanya.
This conclude my story buat sesi percutian bozzo sekeluarga kali nih. Ada yg cadangkan gi Langkawi plak. Bozzo ok je asalkan ada sponsor. Pas salam2, kitaorg bergerak blik. Akak dan my parent blik kg trus pasal dia cuti sampai minggu dpan( dia bos cuti lama pon takpe). Bozzo, Eben dan Dee gerak trus ke KL pasal esok bozzo keje. Bozzo sampai Kl kul 4am,tido dan trus terlelap sampai kul 11am the next morning. Terjaga dan trus kol opis cakap mc. Hampes.

Tuesday, December 16, 2008

Hapis's Farewell...tribute to my friend

Okeh, ni bozzo nak citer sket pasal seorg member bozzo kat opis. Nama mamat nih Mohd Hafiz. Kitaorg panggil Apis je. Aku panggil anak jin. Tengok sendiri la perangai dia. Bawah sighboard No Smoking pon slamba jek. Klu dah kerja kat mahkamah apa nak takut ye tak? Sume pon isap rokok bawah tuh ari2. Ko slalu kutuk aku, ari nih aku nak kutuk ko blik.
Memperkenalkan pegawai2 di Mahkamah Tinggi K.L. Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 2. Dari kiri, Azlan, Hapis, Tn. Liew(PKP), Pn. Fatin(TP), Ema, Ida dan Aisyah. Klu korang ada kes di RKK dtg r jumpa diaorg. Kitaorg mesra pelanggan ( kecuali lepas kena bambu ngan bos).
Semalam, 15.11.08, adalah hari terakhir Apis bertugas di bawah Jabatan Kehakiman. Dia dpt tawaran dan naik panggkat ke Kementrian Kewangan di Putrajaya. Sebagai tanda penghargaan atas segala penat lelah budak Apis nih, bos aku yg baik hati lagi pemurah ( Pn. Fatin dan Tn. Liew) telah join venture utk membelanja kitaorg lunch pd jumaat lepas di restoren Puteri di Tmn. Tun. Thanks bos.
Acara makan2 dan sembang2.
Bozzo makan sket nih je...
Acara penyampaian cenderamata penghargaan. Senyum budak Apis tuh dpt hadiah.
Ini le hadiahnyer.

Aku ingat lagi masa ko mula2 masuk kerja dulu. Ko kecik je sama cam Arip. Mula2 tak melawan tapi lama2 naik tanduk jadi jin. Skarang ko dah xde, rasa sunyi plak opis nih. Dah xde org nak mengarah aku minit fail cepat2 dan dah xde org nak bergaduh ngan Ema. Ko dtg r singgah skali skala melawat kitaorg kat mahkamah nih. Klu "tisu" aku abis camana? Bleh tempah ke? Sape nak teman aku isap rokok kat luar? Sape nak teman aku minum kat bawah? Aku harap kita tak putus hubungan dan will remain friends forever. Aku jugak berharap agar ko trus berjaya ngan kerja baru ko kat sana. Jgn asyik nak merempit je. Klu kena tangkap lagi aku x nak tolong dah. Sedih plak...

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya
personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.


Wallahu A'lam...


Terima Kasih,


ps: cerita ini ditulis oleh Dr. Fadhilah Kamsah sendiri. Bozzo pinjam je....

jalan2 lepak2 makan2...Kedah edition part 5




Skarang baru bozzo nak cerita sebab sebenar kitaorg gi Kedah. Gi kenduri la. Kenduri kawin Hairy, adik ipar Dee, anak Pak Asan, besan mak ngan abah.
"Makan la dulu baru amik gambar". Dah dekat sepuloh kali dah mak tegur aku. Tapi dah memang adat cameraman, klu tak tangkap gambar wat apa bawak kamera. Menu kenduri kawin Pak Su( nama panggilan pengantin lelaki) ringkas tapi sedap2 belaka. Memang pandai masak org Kedah nih.
Bozzo sempat paksa diaorg bergambar walaupon diaorg tengah sibuk makan (macam dah seminggu tak makan). Kampong pengantin pompuan banjir masa tuh. Nasib baik ada bot, klu tak sanding sesorang la hang Pak Su.
Mak ngan abah pon nak bergambar ngan pengantin gak.
Lebih kurang kul 3 lebih kitaorg mintak diri dulu. Bukan blik Perak trus tapi nak gi Bukit Kayu Hitam.
Kitaorg sempat gak singgah kat masjid nih. Abah yg nak singgah sgt. Kat masjid nih la dulu Dee, abg aku, angkat nikah. So, alang2 dah sampai sini abah ajak singgah jap.
Kitaorg sembahyang dulu kat sini. Bozzo sempat mandi dan tukar baju. Panas tul kat kedah nih. Pas rehat2 lebih kurang, kitaorg pon meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Tunggu ceritanyer di part 6....tunggu.....

Sunday, December 14, 2008

jalan2 lepak2 makan2...Kedah edition part 4

Jam menunjukkan klul 4.09 pm, 29.11.08. Sbenarnya kita org tengah lepak2 lagi kat hotel masa nih. Abah dah bising suruh bersiap dah.
Kitaorg kesinilah haritu. Bazaar Padang Besar. Abah nak jalan2. Kitaorg pon nak jalan2 gak walaupon smua dah nak flat maksimum dah. Lantak la, layan je sampai btol2 flat. Nak datang lagi memang susah.
Seronok jugakla berjalan kat sini. Klu korang minat brg2 imitation dan siam mari, memang berlambak. Aku tak beli apa pon. Beli kacang je.
Bozzo nampak kecik je...
Mak,Abah dan Eben yg dah lenguh. Duk lepak menunggu akak aku je la kat kaki lima tuh. Aku pon join sekaki. Malas dah jalan. Kedai bnyk tapi brg sama je.
Blik dari Padang Besar hari dah mlm dah tapi perut belom di isi. Singgah hotel utk sembahyang jap. Lepak2 depan hotel dan pikir2 nak makan kat mana. Kitaorg bukan familiar sgt tempat2 makan yg best kat sini.
Adik aku yg muka dah takde seri akibat kepenatan yg amat sgt.
Last2 kitaorg sebulat suara utk ke daerah Langgar dan singah ke kedai nih. Nurhan's Rest Tomyam Sea Food utk layan perut yg dah keroncong dan kengkadang pasang hard core. Member akak yg cadangkan tempat nih.
Nama makanan nih Som Tam. Di buat dari betik. Ntah la, akakaku yg cakap tapi sedap sebaagai pembuka selera walaupon selera aku sentiasa terbuka.
Menu utama, siakap stim.
Siakap 3 rasa.
Lala.
Telor dadar.
Beberapa air yg di order. Nescafe tarik tuh mestilah aku yg punya. Bnyk sbenarnya tapi masa tuh aku dah tak larat nak snap2 dah. Tunggu kat meja je. Nak ke toilet pon rasa cam jauh sgt.
Daging goreng.
Puyuh goreng.
Tomyam. Pujian sepenuhnya aku berikan utk tomyam nih. Sedap dan lain dari yg aku slalu makan kat KL.
Kangkung blacan. Aku tak leh makan bnyk nanti sakit kaki.
Keseluruhannya, aku puji kedai nih utk masakannya yg sedap2 belaka. Servis je lambat sket mungkin sebab org ramai kot. Jemput makan smua.....Akan disambung ke part 5. Tunggu.....