Tuesday, March 3, 2009

Naruto 437

Pada sesape yg baca manga Naruto atau tonton animenyer mesti korang kenal ngan budak nama Hinata nih. Hinata nih adalah anak keturunan diraja yg tertinggi martabatnya di Konoha. Nama penuh awek malu2 nih Hyuuga Hinata, pewaris kepada tahta diraja Hyuuga.



Hinata nih memang dah menaruh hati pada Naruto sejak kecik lagi. Sejak mereka sama masuk pusingan kelayakan Cuunin lagi dah. Walaupun mereka tak sama Cel (kumpulan) tapi Naruto tak pernah lekang dari mata Hinata. Klu korang tengok animenyer mesti korang pecah perut tengok aksi Hinata mengorat Naruto sambil menyorok belakang pokok. Hinata nih jugak pernah pengsan beberape kali hanya kerana Naruto pegang tangan dia. Panik sgt kot.

Episod Naruto kali nih memang betul2 buat bozzo sedih dan marah kat Kishimoto. Korang tengok r sendiri. Dulu aku pernah cerita yg perkampungan Konoha telah diserang oleh ketua Akatsuki iaitu Pain. Satu kampung habis musnah disebabkan Pain nak Kyuubi yg terkurung di dalam badan Naruto. Naruto berjaya balik dan menyelamatkan Tsunade (Hokage) tetapi gagal menghalang Pain dari memusnahkan seluruh perkampungan Konoha. Naruto yg dah transform ke Hermit Mode pon gagal nak mengalahkan Pain yg boleh regenerate dah menghisap chakra. Tengah Pain dok seronok bercakap pasal keadilan dan keamanan, si Hinata nih datang cuba menyelamatkan Naruto walaupon telah dihalang keras oleh Naruto kerana semua org tau yg Pain nih memang kuat tak hengat.

Walaupon Hinata tau yg dia tak kan mungkin dapat mengalahkan Pain, dia tetap serang...Dengan satu tamparan saje Pain berjaya mengalahkan Hinata ( mati atau tak aku tak tau). Naruto yg dah memang tak dapat menahan kemarahan hilang kawalan dan bertukar menjadi Kyuubi. Siap tumbuh ekor sampai 6.
Kenape ko bunuh Hinata? Why? Dahlah keadaan di Konoha dan Perak tak settle lagi...Mula2 ko bunuh Jiraya, pastuh Kakashi, skarang Hinata plak?

5 Comments:

DrSam said...

sensei Kakashi pun kojol juga ke? Kalau betul memang anti climax betul siri tu. Sekarang dah siri ke berapa ye? lama dah tak mengikuti semenjak episod shipudden yang ke 94.

.::WaNiE::. said...

eheh ada plak perak kat bwh tu yek..hahahaha

bozzobattousai said...

Dr Sam,
anime baru 125 tapi manga dah 427 dah...

=====================================
wanie,
masalah perak memang besar dan bersangkut paut...

Shitsurei Shimashita said...

saya slalu lawan anak buah saya yg glew nak jd naruto sebelum bertukar menjadi b-daman plak.. biasalah saya yg menang.

Sitie BUm BUm said...

dulu slalu gak baca komik nimsd