Friday, October 17, 2008

GENERAL INFO - Gula

Gula dan Bahayanya
============ =====
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis
yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini. Semasa abg saya di Jepun, dia kata gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati. Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".

Wednesday, October 15, 2008

aqilah's birthday

Ini cerita minggu lepas. Punyalah sibuk sampai aku terlupa nak post. Ini cerita pasal birthday celebration anak sedara aku yang ke ntah. Tingkatan 1 berapa umur ye? Nama dia Aqilah Aimi. Tapi aku panggil dia Ayu je. Anak tunggal akak aku. Kitaorg celebret kat Studio 5 Ampang je.
Ini minuman yg kitaorg order. Nescafe tarik tuh utk aku dan Eben.
Gambar2 snap2.
Ini makanan yg Ayu makan. Apa nama aku tak tau.
Ini bihun tomyam Angah (abg ipar aku).
Akak aku makan kue tiaw goreng.
Satay ayam dan daging.
Mee hailam Eben.
Nasik goreng cendawan tambah ayam pilihan aku. Memang kenyang sungguh makan malam tuh. Bleh tahan gak sedapnya makan kat sini. Kengkadang tak sedap tapi nasib baik ari nih sedap.

Keluhan...

Keluhan Suami Terhadap Isteri

1.."Isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku, Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8.."Isteriku, Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku, Jagalah pakaianku"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22"Isteriku, "Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26"Isteriku, Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku, Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

Keluhan Isteri Terhadap Suami

1. suamiku...bimbingla h keluargamu.. .
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
3. suamiku...jagalah matamu...
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu.. ..
JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarl ah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku.. .ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku.. .makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
12.suamiku.. .pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!

wallpaper-naruto

Memperkenalkan Naruto dan host tailed beast yg lain. Klik gambar utk besarkan.

Monday, October 13, 2008

cerita sabtu dan ahad

Ari sabtu lepas aku ngan ayang gi berjalan umah terbuka umah member2. Jem nak mampos satu KL.
Umah pertama yg kitaorg gi kat Wangsa Maju. Umah Yana member satu opis. Kat sana makan roti jala ngan nasik lemak. Mak dia buat nasik lemak 1st class.
Umah kedua kat Damansara plak. Umah Man member opis gak. Jem jugak. Sampai pun dah petang tapi Man suruh dtg gak. Dah member tuh dtg la.
Yg aku terkilan sket tak dpt gi umah Kuchalana. Sori bro. Aku memang nak gi sesgt. Tak sempat. Jln jem sesgt.
Gambar2 kat atas nih plak aku amik ari ahad. Semalam punyalah sibuk semua org wat open house tp ari nih sorg pun tak jemput. So aku ngan ayang decide utk gi tengok umah yg tengah renovate di Semenyih. Alang2 dah sampai sana kitaorg gi la dinner kat yankies hut. Kali nih dpt jugak kitaorg makan atas ran pasal org tak ramai sgt. Sambil tunggu makanan sempat berposing gak. Ceria tak?Ini le juadah kiaorg mlm nih.
Kitaorg order air nescafe tarik dan belimbing laici, sotong goreng tepung, kailan goreng bawang putih, pari bakar berempah dan siakap 3 rasa.
Main course siakap masak 3 rasa. Menarik tak?
Teman kitaorg kat atas ran. Manja sesgt miow nih. Teringin je aku nak colek bawak blik buat kawan Boboi.
Alhamdullillah. Settle jugak rezeki tuhan bagi.

Seperti entry aku yg lepas, aku puji tempat nih utk makanan yg sedap dan surrounding yg menarik.

Sunday, October 12, 2008

lawak petang ahad


Nasihat memilih calon isteri

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !"

3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Awas hati-hati, depan luruskan, baguus, ayuh ulangi lagi, pintaarrr...!"

===============================================

Menyamar

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan
dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan!"
=================================================

Kedai Roti

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

================================================

Donat dan Kopi

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah berhijrah ke Malaysia...

Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat memesan makanannya sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

===============================================

Radio Sony

Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang berjenamakan "SONY". Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah kepada tauke kedai tersebut.

Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio Sony kah ??
Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..
Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi
saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan
kepada tauke,...
Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah
pakcik... Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh
saya ambil

Seketika,....

Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu ...

Sooo pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio Sony,... ekekekk... then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan " Inilah Radio Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24 jam". Then pass tu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.

Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo
Tauke : Kenapa ???
Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio Sony ,.. ini
bukan Radio Sony pun
Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik
Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh
mengatakan "Inilah Radio Saluran Emas anda" apa ni
Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.
Tauke : blur...

=================================================

Siapa Diluar?

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"

=================================================

Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

==================================================

Lupa jalan pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan.

Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan.
"Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer.
"Apa masalah awak?"DOKTOR BERTANYER.....
"Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,....saya berada 480km dari umah........

=================================================

Catatan Harian Seorang Wanita

Seorang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam kapal persiaran. Dia sangat mengkagumi kemewahan kapal itu. Baru pertama kali dia melihat kapal seperti itu. Untuk mengenang perjalanannya dia menulis apa yang berlaku di dalam buku catatan.

12 April:
Aku bangga kerana naik kapal semewah ini. Akan ku ceritakan pada semua temanku.
Sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini. Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti kapal ini. Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan mereka akan cemburu.

13 April:
Hari yang bertuah ... Aku berkenalan dengan kapten kapal dan ternyata dugaan ku benar .... Dia sangat gagah dan tampan ...aaah beruntungnya aku.

14 April:
Tanpa ku duga kapten mengajak ku makan malam dan ..... alamak dia juga sempat memuji kecantikan ku ..... Aku bangga.

15 April:
Dia mengajak ku makan malam lagi. Kapten ternyata nakal juga ... dia mula berani mengajak ku 'bercinta' dan menunggu jawapan ku esok.

16 April:
Dia menagih janji ..... dengan jual mahal ku tolak dia mentah-mentah. (Dia ingat aku nie apa...) Dia malah mengancam akan menenggelamkan kapal beserta 1200 penumpangnya.

17 April:
Pagi yang cerah ..... aku bangga kerana berjaya menyelamatkan nyawa 1200 penumpang.

==================================================

Waktu Hidup Tinggal 10

Setelah memeriksa pesakitnya seorang doktor berkata
"Keadaan anda amat buruk. Anda hanya punya waktu hidup 10..."
"Sepuluh apa?, bulan, minggu, tahun, hari?", tanya si pesakit gugup.
"9...8...7...6..."

==================================================

Laut Mati

"Satu hari ada la 3 sahabat sekolah datang berborak di satu kedai kopi.

A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!

B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.

C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh..."

=================================================

Parti Orang Terkenal

Habsah menghadiri sebuah Parti Harijadi yang terdiri dari orang2 terkenal disebuah Hotel.

Ketika hendak hendak pulang... dia dihampiri oleh penjaga tempat parking...

"Mari, cik adik... boleh saya teman kan ke kereta.."

Habsah hairan macamana penjaga parking mengenalinya... apabila hampir ke keretanya.. penjaga parking berkata..

"Itu kereta cik adik..." sambil menunjuk kearah kereta Habsah...

Kini Habsah semakin hairan macammana penjaga parking itu dapat pula mengenali keretanya... sedangkan disitu terdapat ramai orang2 terkenal serta beratus2 buah kereta mewah....

Dalam hati Habsah berkata..
"Ini pertama kali aku datang ke hotel ini... tetapi penjaga parking ini kenal aku dan keretaku.
mungkin kerana penampilan dan wajahku... Mungkin wajahku mirip dgn mana-mana orang terkenal di sini?"

Untuk memastikan dugaannya betul atau tidak.. Habsah memutuskan untuk bertanya kepada penjaga Parking itu.

"Bang.. macamana abang boleh mengenal saya dan kereta saya. Padahal ada ratusan tetamu
dan ratusan kereta yg di parking di sini ...?"

"Oh, itu senang saje.. Cik adik ni adalah satu-satunya tetamu yang bukan orang terkenal di parti ini!"

==================================================

Burung Nuri

Seorang lelaki dgn burung nuri dibahunya memasuki sebuah bar. Kerana menarik perhatian pengunjung, lelaki tadi semakin angkuh kerana memiliki burung itu. Lalu.. seorang gadis datang menghampirinya dan bertanya:

"Dimana kamu bertemu dengannya?! ".

Dengan selamba burung nuri menjawab:

"Di hutan ketika aku sedang terbang.. "

Saturday, October 11, 2008

Aku offline jap

Hari ini bozzo ngan ayang nak berumah terbuka umah kengkawan. So, aku akan offline sekejap. Nanti aku akan updatekan blik ngan gambar tempat yg kitaorg gi makan free.

Thursday, October 9, 2008

Minum ptg ngan DSAI


Hari Ini Dalam Sejarah.
Petang tadi aku tak turun lunch cam biasa. Aku cuma turun food court pkul 2 lebih utk lepak2 minum ngan ayang. Lagipun takde kes so boring r lepak kat dlm cubicle je. Tengah lepak2 tuh tiba2 satu rombongan lawyer turun mengerumuni seorang lelaki. Aku pun jenguk la. Eh eh. Itu bukan ke DSAI? Ye la, memang dia. Aku pun apa lagi trus luarkan fon dan snap2. Yang bestnya diaorg duk sebelah je ngan meja aku.

Aku: Bleh amik gambar tak Datuk Sri?
DSAI: Ambil lah (sambil tersenyum)

Aku sebenarnya nak sangat dtg ke meja diorg dan salam ngan Datuk Sri tapi tak berani. Bukan tak berani ngan diorg tapi tak berani takut2 ada pegawai nampak dan kena surat 'show cost'. Dah ramai dah member aku yg kena dan ada yg kena transfer 24jam hanya kerana satu salaman. Tengah dok asyik snap2 tuh seorang pembantu DSAI (bukan Mat Sumpah) datang ke meja kitaorg dan menghulurkan 2 gelas teh tarik. Aku cuba menolak sopan tapi dia letak juga. Arahan katanya. Minum je la. Bukan slalu dpt pun.


Wednesday, October 8, 2008

kasut baru bozzo





Memperkenalkan kasut terbaru dlm koleksi kasut2 kerja bozzo. Hari nih aku nak cite sket tentang kerja gila aku wat smalam. Tengah hari smalam aku ajak r ayang gi lepak makan nasik goreng ayam mamak kat luar pasal kat food court makamah blom ada gerai yg bukak. So, pasal dah lama tak gi lepak makan kat Sungei Wang, kitaorg decide utk ke sana. Dah sampai je, kenalah jejalan dulu pasal food court SG kat tingkat atas skali. Tengah pusing2 tuh tersinggah plak satu kedai Bata kat tingkat 4.
Kedai Bata nih ada wat sale plak. 70% utk kasut2 terpilih. Halamak. Ini dah terpaksa singgah nih sbab aku memang nak cari satu kasut kerja baru pon. Tengok punya tengok ternampaklah kasut seperti gambar diatas. Timberland. Aku slalu pakai Hush Puppies je. Tengok pada harga asal takut aku.Lebih2 lagi lepas raya nih. Wallet nipis sgt. Tapi bila tengok harga pas diskaun tuh yg terkena tuh. Harga asal RM399 dan harga pas diskaun RM148. Separuh harga tuh.Trus try pakai dan trus tergoda. Trus beli dan trus blah pasal dah lapar sgt. Dah sampai opis baru terfikir yg gaji lambat lagi dan kewangan tengah runcing. Tapi pedulik hapa aku. Janji dapat kasut baru.

Sunday, October 5, 2008

Aidilfitri 2008

Salam Aidilfitri aku nak ucapkan buat kengkawan smua. Mesti korang sakan bercuti. Cam Aku jugak la....
Aku nak cite sket pasal kegiatan2 aku kat kg sepanjang cuti minggu ni.
Aku sampai kg pagi Isnin. So, sempat r berpuasa di kg. Memang cadangan akupun nak puasa kat kg pasal nak buka ngan mak abah. Ari Isnin tu aku ajak diaorg berbuka di luar. Mak aku cadangkan berbuka di pekan Ipoh sambil tuh bleh tengok makcik aku yg tengah koma kat spital Ipoh. Makcik aku tuh terkena minyak panas masa masak minggu lepas. 3rd degree burn. Dokter terpaksa komakan utk kurangkan sakit. Abah aku plak memang tak larat jln jauh tuh yg kena sorong tuh. Tape, adik aku ada.
Pastu kitaorg trus cari restoren nak berbuka. Susah gak nak cari restoren kari kpala ikan kat pekan Ipoh nih. al maklumlah jarang2 pegi Dulu masa kecik slalu la. Pusing punya pusing akhirnya terjumpalah restoren nih. Restoren M. Salim.
Gambar2 candid dan tak candid yg sempat diamik. Masa nih tengah lapar dan boring menunggu waktu berbuka. Yg ada aku, Eben, akak aku dan family dia dan parent aku je.
Inilah hidangan yg kitaorg order. Memang lain macam rasa kari kpala ikan Ipoh nih.Berempah. Sedap tak hengat. Kat KL tak jumpa lagila aku rasa cam gini. Ada ayam goreng, sayur dan daging kicap. Jemput makan...
Ini plak kuih yg mak aku bawak dari umah. Goreng cempedak ngan kuih gelang. Aku ngan abah aku memang tak buleh dan tak sah klu berbuka takde kuih.
Dah abis makan dan lepak2 jap, kitaorg pergi jln2 kat Kamdar Tmn Kanak2 Ipoh dan Tesco Pengkalan utk shopping raya last. Aku plak terpaksa beli baju melayu baru pasal baju aku tinggal kat KL. Aku mati2 ingat dah masuk beg dah. Nasib baik last minit ada baju dan saiz aku. 50% plak tuh. Aku beli baju kaler merah jalur putih. Skali tengok cam bendera plak.
Ini plak cerita ari selasa di kg. Aku cuma sempat amik gambar abah aku bakar lemang je pasal terlajak tido sampai petang. Tahun nih bakar 6 batang je pasal abg2 aku giliran beraya di umah isteri masing2. So, aku, Eben dan akak aku je yg ada. Akak aku memang tiap2 tahun beraya di kg pasal hubby dia org kg aku gak. Tak gaduh2 berebut nak beraya di kg sapa.

2 gambar kat atas nih adalah gambar juadah berbuka last aku utk ramadhan tahun nih. Ada siakap 3 rasa, sayur kacang, ayam masak kicap, mee goreng dan lemang yg abah bakar tadi. Sedap. Air plak aku yg buat sendiri. Air klapa. Aku kait klapa depan umah je.
Ini lah aku yg tengah bergaya ngan baju baru. Merahnya mak ngah.... Butang baju tuh ayang yg belikan.
Inilah mak dan abah aku di pagi raya tengah siap2 nak bermaaf-maafan.
Gambar candid kitaorg bermaaf-maafan.
Aku dan Eben.

2 gambar kat atas nih aku amik masa org2 kg dtg keumah pagi raya. Dah jadi adat di kg aku. Kitaorg paggil adat nih 'baraan'. Ada gak yg panggil adat 'melanggar'.Setau aku masyarakat jawa je yg buat. Penuh serumah. Memang seronok dpt beraya tak kira muda ke tua. Smua join. Slamat Hari Raya.