Tuesday, March 31, 2009

5 Peringatan

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya...
Sabda Nabi Muhammad SAW

"Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak"


ps: blog bozzo nih nampak lembab sket sebab tuan rumah sedikit sibuk...

Thursday, March 26, 2009

Wedding Sem & Angah

Ini citer awal bulan lepas. Bozzo busy sgt sampai lupa nak post entry nih...Citer pasal wedding Sem ngan Angah di Kuala Lipis. Korang baca je la entry axim nih. Sama je citer dia.
Hantaran.
Pelamin.
Hantaran.
Geng2 Mat rempit superbike ayah Angah sampai. Vroommmm....
Bozzo posing sebelah Gold Wing ayah Angah.
Masa nih dah boring dan letih sebenarnyer.
Follow pasangan pengantin buat outdoor di Hutan Lipur Terenggun.
Mula2 lepak tepi tasik tengok air.
Pastu bleh jalan pimpin tangan masuk hutan plak.
Woi!!! korang nak kemana tuh?
Budak ayang nih tau berposing je dia.
Gambar nih di amik di atas bukit Bandar Lipis Baru. Tinggi tempat nih. Bleh nampak seluruh bandar. Umah bozzo tak nampak plak dari sini.



Memang cantik permandangan di sini. Mendamaikan. Tak crowded sgt cam Taman Tasik Titiwangsa.

Wednesday, March 25, 2009

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Sit i Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .

Monday, March 23, 2009

Pembelasah Terhebat Liga Perdana Inggeris

It was the third stunning Liverpool victory in 12 days, having previously put four past Real Madrid and Manchester United.
The champions' lead is now one point - they also have a game in hand - but Liverpool have now scored more goals than Sir Alex Ferguson's men and have also wiped out their goal-difference advantage. Pernah dulu bozzo dengar satu mitos yg mengatakan " if Cristiano Ronaldo score at Old Trafford, Man U will always win". Tapi apakan daya kerana lawan diaorg malam tuh the one and only RED GIANT. The Reds membenam 4 biji berbalas 1.
Villa had no answer to a side with a driven desire to take the title from under United's noses. Rasa cam malas je nak tengok pasal Villa langsung tak fight. Cam main ngan team bebudak je...

In the first-half Dirk Kuyt and Albert Riera had scored, before Gerrard took over with his set-piece onslaught. Tengok r sendiri gaya lenggokan badan si Kuyt tuh. Dengan gaya badan seindah merak dikayangan dia merembat masuk bola tuh sepenuh hati cam yg abg Gerrard ajar masa training smalam petang.
Riera tengah peluk member kamcing dia si El Nino. Sian plak bozzo tengok Torres mlm tadi pasal penat dia mencuba tapi tak menjadi. Mungkin dia nak score masa lawan Chelshit nanti kot.

"Ko tengok camana abg score" kata Gerrard kepada Riera.
"Abg sumbat 3 bijik....fuyoooo....terer la abg" kata Riera sambil menunjuk 3 jarinya.
"Ampun Ref, ampun...saya tak sengaja" mungkin itulah yg dikatakan oleh Brad Friedel.
"Mampos lah. Aku pedulik hape? Ko tahan Torres buat ape? Yg ko dengki sgt ngan dia tuh nape?" kata Ref sambil melayangkan kad berwarna merah seperti warna baju pemain2 Liverpool yg sgt bergaya mlm tadi.

====================================================
====================================================
3 gambar kat atas nih tak de kena mengena ngan kemenangan sungguh bergaya Liverpool mlm semalam. Gambar2 tuh saja sebagai kenangan utk penyokong2 Man U. Bozzo dah cakap dah suruh je Sholes ngan Rooney tuh jadi keeper klu nak sgt pegang bola. Kah kah kah....

Thursday, March 19, 2009

Siakap Taman Setapak Indah

Selamat datang ke Yasmin Seafood Taman Setapak Indah. Cewah. Cam iklan la plak. Bukan aku nak iklan tapi nak bagi tau. Tempat nih memang best dan makanannyer memang sedap. Aku pon tak tau tempat nih wujud, akak aku yg bawak pasal dia kata tempat nih buat siakap tersedap seantero KL.
Bersembang2 menunggu hidangan. Tuh yg baju belang tuh adik aku, Eben. Posing ntah apa nama dia aku dah lupa.
Kailan ikan masin
Nih kembung masak sambal. Dia punya sambal tersangatlah sedap. Terlalu sedap sampai masa aku buat entry nih meleleh2 air liur kat keyboard akibat teringatkan kesedapan sambal tuh. Pada aku nilah sambal kembung tersedap pernah aku rasa. Cukup pedas, cukup masam, cukup rasa, cukup sedap.
Yang ini plak siakap stim. Pun sama sedapnyer. Aku pon tak tau camana diaorg stim ikan tuh sampai sedap cam gitu. Ikan pon fresh. Sesetengah kedai yg aku pegi tuh siakap lama dia pakai langsung tak sedap.
Terletak kat bahu jalan je. Senang nak parking dan open air. Org pun tak berape crowded sgt. Memang selesa lah nak makan ngan awek atau family.
Signboard kedai yg simple tapi informatif.
Ini anak sedara aku. Aqila Aimi namanya. Siakap her fevret fish. Makan her fevret hobby. Jgn marah Mancik tau. Ini blog Mancik so mancik bleh tulis apa je...he he he...Bab makanan sedap nih kena tanya kat dia pasal klu dia approve baru betullah tempat tuh sedap. Aku pon memang setuju ngan dia pasal tembolok kitaorg sama. Aku bagi tempat nih 5 out of 5. Memang sedap. Korang pergila mesti tak menyesal punya.

Tuesday, March 17, 2009

jalan2 lepak2 makan2...Kelantan edition part 1

Ini cerita dah basi dah sebenarnyer. Saje aku peram lama2. Bukan pasal apa tapi pasal endingnyer edisi jalan2 kali nih tak berape gumbira utk aku. Utk aku sorang la...utk org lain aku tak tau. So, memula skali sebelum memulakan perjalanan ke Kelantan yg memang kitaorg tahu jauh dari KL nih, terpaksalah kitaorg mengalas perut dahulu. Gambar kat atas nih di amik di Restoren Risda Corner. Belakang bangunan Risda la kat mana lagi.
Pas alas perut tuh kitaorg trus je gerak. Kitaorg pergi 2 kerete. Kete akak aku dan kete aku. Semua adik beradik aku pergi. Abang2 aku terpksa bohong sunat kat wife masing2 dan cakap nak blik kg tapi hakikatnyer nak jalan2 ke Kelantan. Aku takde wife so takyah bohong sunat. Nih gambor di stesen petronas dekat Lipis. Stop utk membuang apa2 yg dah di tahan dari tadi tak terbuang.

Tengok gambor nih memang lawak. Ingatkan takde org, tapi rupa2nyer ramai sungguh yg beratur. Teringat citer Bujang Lapok.

Setelah lebih kurang 4 jam driving dan 4 kali jugak la tukar2 driver, akhirnya kitaorg sampai jugak ke Gua Musang. Baru gua musang, belum Kota bharu lagi...aduih....jauhnyer....

Aku rasa nih gambar pintu masuk Pasar Siti Khadijah. Ini tempat pertama yg kitaorg singgah pas check-in hotel. Ada bnyk gambor yg aku amik masa kat dalam nih. Tapi tunggu lah part2...

Monday, March 16, 2009

Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Friday, March 13, 2009

Lelaki Menangislah….


Sejak dahulu lagi lelaki memang terkenal sebagai anti-menangis. Biasalah, ia kerana ego yang begitu menebal di dalam diri mereka. Walaupun hati mereka hancur ketika itu, tapi demi mempertahankan ego mereka, lelaki tidak akan sesekali menumpahkan air mata. Kaum lelaki sering beranggapan, menangis sama sahaja mengumumkan kepada dunia bahawa mereka orang yang lemah. Namun wanita perlu memberitahu lelaki pandangan tersebut patut diubah. Beritahu si dia kalau mereka ingin menangis atau berasa sedih, lakukanlah dan ia sesekali tidak akan langsung mengurangkan rasa kagum wanita terhadap keperkasaan lelaki malahan wanita akan makin kagum kerana sedar, jauh di sudut hati lelaki, mereka juga berjiwa halus.
Tetapi awas, jangan berlebihan menangis kerana kelihatan sangat buruk kalau lelaki menangis keterlaluan. Tahukah anda menangis akan membuatkan seseorang itu berasa lega dan dapat meredakan segala masalah yang bersarang di dada. Apabila pasangan menunjukkan rasa simpati, hubungan pasangan tersebut akan bertambah erat dan penuh kemesraan.
Mulut berkata benci pada hal…
Sebenarnya memang agak susah untuk memahami hati lelaki. Sifat mereka yang lebih fokus berbanding wanita yang agak emosi membuatkan sesetengah wanita begitu sukar memahami hati lelaki. Sikap wanita yang lebih menumpukan kepada perkara yang kecil dan remeh berbanding dengan lelaki adakalanya membentuk ’satu dinding’ antara lelaki dan wanita. Ketidakfahaman dan kejahilan kaum lelaki dalam memahami perkara yang kecil dan remeh boleh menyebabkan kaum lelaki sentiasa dianggap tidak mempedulikan, tidak romantik, tidak ambil berat, tidak memahami, tidak macho, tidak peka, tidak prihatin kepada perasaan dan sebagainya. Perkara ini jika dianggap serius oleh pasangan maka ia boleh mencetuskan konflik dalam perhubungan.
Tapi tahukah anda, mulutnya sahaja berkata benci pada hal lelaki sebenarnya enggan berterus-terang. Tahukah anda bila lelaki akan bersikap begini:-
~ Saat bila pasangannya membeli beg tangan yang harganya sangat mahal tetapi juga sangat cantik. Sebenarnya lelaki ingin memuji tetapi kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk menyatakan.
~ Adegan ‘You Complete Me’ dalam filem Jerry Maguire. Ada adegan di dalam filem tersebut mengajar lelaki bila pada suatu hari mereka melukakan hati wanita, mereka hanya perlu menyebut satu ayat sahaja iaitu ‘maaf’ namun kebanyakan lelaki ego untuk melafazkannya.
~ Saat bila mana wanita bersolek terlalu lama untuk menghadiri majlis. Tapi lelaki tidak memikirkan bilamana terselit rasa bangga di dalam hati mereka apabila pasangannya dipuji oleh rakan-rakannya.
~ Jika isteri berkawan baik dengan rakan lelaki mereka.
~ Soal pernikahan. Ada sesetengahnya memang tidak sukakan komitmen tetapi ramai lelaki yang menyukai saat di mana mereka bangun pagi, ada peneman iaitu seorang isteri di sisinya.

Saturday, March 7, 2009

Kenapa Cuci Kereta Lagi Best Dari Berkhalwat????

Minggu lepas bozzo sure korang sume mesti dah baca pasal artis2 di negara BOLEH kita ini yg ditangkap berkhalwat dan ada juga yg mengaku berkhalwat. Skarang bozzo nak citer sket pasal apa berkhalwat tuh tak best dan basuh kete tuh lagi best.

Sekadar gambar hiasan.


1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.

6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak,kawan-kawan.

10. Majikan tidak akan memecat anda.

Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka cuci same,pastu bwk diorg g jenjalan window shopping ker..silap2 diorg plk pelawa jd menantu diorg..x ker best tu .

ps: klu ada yg terasa tuh bozzo mintak mahap bebanyak...

Tuesday, March 3, 2009

Banjir Kilat di tengah KL

Pangkah!!! Eh silap...Tolak!!!!!

"Camana nak melintas nih? Air dah naik sampai lutut dah..."
"Klu aku bukak kete nih nanti masuk air la pulak..."
Jem


"Klu aku buat terjun tiruk pon best nih..."

Inilah permandangan di tengah2 Ibu Kota petang tadi. Banjir kilat terjadi lagi walaupon datuk bandar dah janji yg perkara cam gini tak kan berlaku lagi. Apa dah jadi? Mana Smart Tunnel? Mana longkang yg dijanjikan tak kan sumbat? Sape nak bayar ganti rugi? Mungkin masalah 'bukit' lebih penting. Mungkin masalah MB lebih penting. Mungkin AGM yg akan di adakan tak lama lagi di PWTC yg banjir nih lebih penting. Klu dah banjir camana nak wat AGM?