Wednesday, November 12, 2008

weekend kesihatan...

Cerita hari minggu. Cerita bermula pada pagi sabtu lepas. Sbenarnya aku tak berapa sihat hari tuh. So, walaupon dlm keadaan tak larat, aku capai gak moto dan rempit ke Galaxcy Ampang. Kat sbelah tuh ada klinik yg bagus. Pas sembang2 ngan Dr. bertugas dia kasik aku ubat sepapan dua. Sihat sket rasanya pas makan ubat nih dan bleh truskan hari sabtu aku ngan ceria.

Pas je gi klinik tadi aku trus blik umah dan tunggu adik aku. Kitaorg ada projek ptg tuh. Kitaorg nak jadi tonto kutip hutang. Ada sorg member aku nih pinjam duit dari aku RM20k utk bantu bisnes dia. Janji nak bayar ansur2 tapi 2 kali bayar trus senyap. Kol tak angkat sms ngan email tak balas. So, aku pun hangin dan siasat alamat umah dia( siap pindah lagi sbab nak lari dari aku). Tapi sbelum tuh singgah Galaxcy Ampang lagi skali utk urut2. Nak belasah org kena sihatkan badan....
Rendam kaki sampai lembut.
Senyuman kesakitan...
Eben kontrol tak jerit...

So, pas selesai je menyeksa diri, kitaorg trus gi pandan jaya cari umah si lahanat yg hutang aku tuh. Umah jumpa, kete jumpa tapi ketuk pintu xde org jawab. Lama gak la kitaorg tunggu tapi tak berhasil. Takpe. Lain hari aku dtg lagi gegar grill umah ko.

Ini abg aku Dee.

Dah boring jadik tonto, aku ngan Eben gerak gi PJ umah abg aku. Abg aku duduk di Taman Sri Manja. Aku saja nak melepak sana. Nak layan bola skali. Tengok ramai2 best sket.
Perlawanan yg ditunggu2. Liverpool vs West Bromwich Albion @ Robbie Keane vs WBA. Memang best perlawanan mlm tuh. Dah The Reds menang memangla best. Yg lagi manis tuh si Robbie Keane yg kaki bangku score 2 bijik. Ada gak gunanya beli mahal2. perlawanan berakhir 3-0. Satu gol lagi dijaringkan oleh Arbeloa of all people.
Keputusan perlawanan mlm tuh.
Table yg telah diupdate. Liverpool cuma merasa duduk di tangga teratas liga satu mlm je pasal budak biru pon menang jugak mlm ahad lepas. Cissssss.....

Saturday, November 8, 2008

seminggu in review, yg lama, yg baru...

Hari nih bozzo nak bercerita hal2 yg terjadi dlm seminggu yg lepas. Sbenarnya aku memang tengah sibuk sesangat. Mintak sori bebanyak klu aku tak dapat singgah umah korang dan tinggalkan kesan. Aku ada singgah sbenarnya tapi setakat baca la. Aku singgah pakai wifi kat fon je. Susah plak nak tulis komen.
Mula2 aku nak begitau kat korang yg kat tepi meja aku dah ada water cooler. Yeahuuu... safe duit aku beli mineral water. Siap ada hot water skali. Nampaknya kena beli nescafe 3 in 1 la. Tak yah susahkan ayang bekalkan aku nescafe tiap2 hari(tapi still kena minum ayang punya nescafe gak).
Ini plak cite malam rabu lepas. Aku memang tengah lapar mlm tuh. Selongkar dapur terjumpalah bihun goreng yg akak aku buat siang tadi. Aku pon apa lagi terus improvise. Mula2 aku goreng telur dadar. Pastu aku potong2 kecik dah gaul skali ngan bihun tuh. Goreng lagi skali. Pergh.... sedap gak resepi bujang aku. Nak masak bihun sendiri tak tau langsung.

Inilah hasilnya. Bihun goreng ala me.
Ini plak cite politik kat US. Akhirnya Obama menang gak dan menjadi orang African-American yg pertama menjawat jawatan president. Tahniah aku ucapkan. Teringat plak watak Morgan Freeman dlm filem Deep Impact. Aku siap gaduh ngan member aku pasal aku cakap tak mustahil satu hari nanti negro bleh jadi president.
Ini plak cite mlm khamis. Aku ditugaskan utk mengambik anak sedara aku blik tuisen. Aku memang tak pernah menolak pasal aku tau kat bawah tempat tuisen tuh ada restoren yg sedap makanannya. Perbelanjaan smua ditanggung oleh akak aku. So, makan je la apa nak...
Aqilah makan nasi lemak laukayam goreng dan milo ais.
Aku makan nasik lauk ayam goreng campur sayur kacang dan nescafe tarik.
Inilah camera aku yg baru. Panasonic Lumix. Beli kat KLCC (tengok entri lepas).
Gambar blur pasal amik ngan fon.
Ini camera aku yg lama. Jasamu tetap dikenang.
Ini plak cite smalam. Aku ngan ayang gi lepak2 kat sungei wang. Adik aku Eben pon dtg skali dari Pj. Restoren fevret aku terletak kat food court tingkat atas. Restoren RMB Curry House. Nasik goreng ayam terbaik pernah aku rasa seluruh KL. Yg bestnya kitaorg sentiasa dilayan ngan mesra oleh owner pasal aku pernah tolong dia masa kat court dulu. Special treatment la katakan. Tak salah tolong org pasal kita tak tau apa yg kita kan dpt kemudian hari.
Ayang makan meggi sup dan air epal.
Aku ngan Eben makan nasik goreng ayam dan nescafe ais.
Teruja tak tengok nescafe ais nih?

Ini plak cite pasal moto baru aku. Aku beli moto Honda Wav 125cc. Jadilah. Harga pon tak mahal sgt. Abg aku yg sarankan aku beli moto nih. Kata dia moto nih kuat dan lasak. Aku sbenarnya nak beli Yamaha FZ150 tapi kenangkan ayang dan nasihat abg aku tak jadi. Tinggi moto tuh nanti susah plak dia nak naik. Berdesup aku blasah moto nih. Tengah bleh besit nih aku akan besit cukup2.
Stiker pertama yg melekat kat dahi moto. Lawa tak?
Ini moto lama aku. BDT, aku sayang ko tapi jodoh kita tak lama. Aku doakan ko bahagi disamping owner baru. Aku akan slalu rindukan saat kita meronda2 KL bersama. Jgn merempit tau.
Ini ayang aku. Pemboceng tetap. Dah ikat kontrak dah. Memang takde awek lain yg merasa nak naik moto aku.

Wednesday, November 5, 2008

jalan2 lepak2 makan2...

Okeh. Nih bozzo nak citer sket pasal aktiviti bozzo smalam petang. Aku ngan ayang dapat jemputan dari kawan baru kitaorg utk layan makanan kat Chilli's di KLCC. Aku setuju je pasal dah lama pon tak lepak kat KLCC.
Masa tengah tunggu pembelanja dtg, kitaorg sempat la jln2 ronda2 dlm KLCC nih. Tempat pilihan aku tentulah Best Denki. Ala... kedai lektrik sbelah TGV tuh... Aku saje2 je nak tengok2 barang skali jumpa member yg kerja promoter kat situ. Hapis nih memang pandai mengayat. Terjebak gak aku beli digital camera baru walaupon tengah takde duit.
Abg Yusof dan isterinya Ida selaku pembelanja.
Tortilla Chips sebagai pembuka selera.

Inipon pembuka selera gak. Apa nama aku tak tau.
Abg Yusof and wife order yg ini.
Ayang makan yg ini. Lamb apantah namanya.
Aku order fish fire-cracker kot amanya. Aku pon lupa. Sedap...

Sbelom antar ayang blik umah kitaorg sempat lepak2 kat tepi bukit layan pemandangan KL waktu mlm. Bnyk aku snap gambar tapi malas nak upload.
Ayang berposing atas moto baru aku.

Nih aku nak promote restoren member sket nih. Restoren abg Yusof nih terletak bertentangan ngan Maju Junction. Nama restoren dia RSMY-House Of Real Briyani. Aku lupa plak nak tanya RSMY tuh apa maknanya. Klu ada masa korang dtg r. Best2 makanan kat sini. Harga pun murah sket dari restoren briyani yg lain.

Monday, November 3, 2008

Layan tag...

Aku baru ada masa nak jawab tag dari Ad Rifza nih.... penat gak rupanya nak jawab tag, cam game show moment of truth plak...


1) When first time you meet him/her?

* Kat dewan persidangan Mahkamah Persekutuan Jalan Raja( masa interview masuk keje)

2)what do you feel?

* Don't feel apa2 pon. Just tersentak jap je pasal nampak pompuan cantik( dlm hati berangan "klu jadi bini aku nih best gak").
3)what you feel right now?

* Rasa rindu sesagt pd ayang, rasa penat pasal baru balik keje dan rasa lenguh satu badan atas sebab2 yg tak dapat diceritakan disini....
4)if your enemy do anything that you hate, what you will do first?

* Biarkan dulu...hari pembalasan bila2 pon bleh...( Ganas jek bunyinye)
5)give 5 characters that have at you.....

* Tak suka diarah dan mengarah...
* Cemburu buta kdg2 (tak caya tanya ayang)...
* Ikhlas dan malas nak ungkit2( selalunya bab member hutang la)
* Loving and caring( tak caya tanya ayang gak...) kengkadang clueless gak
* Boros...duit memanjang je abis...
6) if he/her have broke your heart, what your action?

* Menangis kot...because i know that i will never broke hers
7) what character you like toward him/her?

* Ikhlas dan jujur...( ling tak kisah ayang berkawan ngan sape janji ling tau sape la...)
* Penyayang...( towards me only tau...)
* Ceria... ( i want to see that beautiful smile of yours always...)
8) who is the name of no.1?

Ayang r sape lagi... nama penuh nanti aku tulis atas kad jemputan...
9) if your lover become your enemies, is it you will hate him/her?

* It depends...klu enemies team bola lain2 takpe...
10) the most memorable thing he/her had done to you?

Mana bleh cite kat sini...budak2 bleh baca nanti....
11)the most thing that he/her have said to you?

Ling.............
12)no.7 boy or girl?

Kompom la girl...
13)who is no.9?

Klu dah namanya lover tuh mestila ayang...itu pon if...aku ngan ayang satu team ( aku paksa dia minat Liverpool)
14)to the person that always support to you?

* Terima kasih atas sokongan anda. Tanpa anda siapalah daku....
15)10 people to tag...

Ala.... takyah la....Aku malas nak tag2 org nih....

Sunday, November 2, 2008

sori aku tengah bz....


Sorry geng. Aku tengah bz minggu nih dan tak sempat nak update. Korang tengok je la gambar tuh. Dah penat dah mengira. Meh la tolong lu tak keberatan.

Lawak lawak lawak....

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"

Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"

Cikgu : "Rumputnya mana?"

Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"

Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"

Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

================================================

Suatu pagi ketika pengajaran geografi dikelas 3 merah sekolah Titom, Seorang Cikgu bertanya kepada murid-muridnya satu persatu tentang ibukota negara.

Cikgu: "Palin, cuba sebutkan ibukota Britain?"

Palin: "London, Cikgu!"

Cikgu: "Bagus, kamu pulak Apis, sebutkan ibukota Malaysia?"

Apis: "Pasti Kuala Lumpur, Cikgu."

Cikgu: "Bagus, dan sekarang kamu Lola ibukota Peru?"

Lola: "Lima, Cikgu!"

Cikgu: "Bagus, sekarang kamu sebutkan satu persatu ibukota Peru."

Lola: @#$#@!

==============================================

"Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar.. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

"Mahukah saudara ditemani?" soal janda tersebut dengan nada yang manja.

"Kalau ada yang sudi, apa salahnya!" balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.

"Baguslah," kata janda itu pula. "Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara…"