Tuesday, May 26, 2009

Reunion???

Citer nih terjadi masa bozzo balik kampong itu hari. Memang tak disangka-sangka langsung. Citernyer berlaku begini...(cewah...cam drama swasta plak). Petang ahad tuh bozzo memang penat sesangat dan memang baru balik dari dari bawak mak ngan abah berjalan-jalan di ipoh. Masa bozzo balik tuh perak still ada 2 MB (stop! stop! ini bukan blog politik)...

Masa kejadian berlaku, bozzo masih berada dalam bilik mandi tengah mandila. Tiba-tiba, dengar bunyik orang bagi salam. Ramai plak tuh bunyinyer. Sape plak yg datang? Ada orang datang nak meminang ke? Nak pinang saper? "Epit ada makcik?" kata salah satu suara tuh. Bozzo tersentak jap. Dah lama orang tak panggil aku ngan nama timangan EPIT tuh. Dah lebih 16 tahun.

Secara hensemnya bozzo kuar dari bilik mandi dan trus ke depan nak tengok. Macam bozzo kenal je muka-muka diaorang nih. Tapi agak lama gak la bozzo try to recall their names but memang tak ingat. Bukan dilupakan tapi memang lupa guys. Honest. Bukan bozzo saje melupakan korang.

Rupa-rupanya member-member lama dari sekolah menengah dulu. Dari Sekolah Menengah Raja Shahriman, Bruas. Giler dah lama. Nasib baik bozzo still kenal yg sorang nih yg nama Risaudin. So, tak la rasa malu sangat.

Camana korang tau aku ada kat kampong nih? Sebenarnya diaorang kenal kete bozzo. Wira WJY 3897. Camana korang bleh kenal kete aku plak? Orang kampong nih pon ada yg tak kenal. Sebenarnya diaorang nih pembaca-pembaca blog kesayangan bozzo nih. Omong Bozzo. Diaorang slalu layan dan jadi silent reader. Diaorang kata yg blog bozzo nih memang femes dikalangan classmate-classmate di Shahriman. Kete pon diaorang kenal pasal ada bnyk post pasal kete dan gambar eksiden di grik tempoh hari.

Arghhhhh....Terharunya. Rupanya ada ramai peminat di tempat sendiri. Nape tak cakap? Bleh buat sesi autograf( dah bozzo jangan nak over plak). Nanti klu jadi nak wat reunion yg sebenar, jangan lupa cakap. Klu malas nak kol tinggalkan kat shout box je. Thanks guys for supporting my blog. Bersemangat sket rasanya nak berkarya...

Good Morning...


i just want to say VERY GOOD MORNING ...
Have a nice day........
Just a note to say hello, Before I start my day;
Couldn't help but drop a line, To my friends here and away.
I'm sending morning greetings, And hope your day is fine.
Just wanted to say good morning, to let u know I remember u all while….

Monday, May 25, 2009

Katakanlah Sejujurnya


Kuakui...
Malam ini kurasa ada yang berbeda
Tak pernah seperti sebelumnya
Ketika dirimu ada didekatku

Waktu berdetik
Katakanlah sejujurnya
Biarkan semua mengalir apa adanya
Pahitpun ku 'kan tersenyum

Oh Tuhan...kuatkan aku
Agar aku selalu ada di dekatmu
Agar aku selalu menemani harimu
agar aku selalu menyayangimu
Membuatmu bahagia setulus hati
Seperti janjiku kepadamu
Takkan pernah ku ingkari
Hingga akhir hidupku


ps: bozzo rasa ini mungkin edisi puisi yg terakhir. Sebenarnya bulan May setiap tahun memang bozzo akan rasa melankolik semacam. Mungkin salah bulan mungkin salah otak bozzo pada bulan...he he he...ini yg last tau sayang...tahun depan ling buat lagi perangai sama....

Saturday, May 23, 2009

Buzy Sket....

Utk pengetahuan umum, bozzo baru sahaja membeli beberapa set box anime bleach yg terlatest dan terbaru dan terkini. So, nak kena tengok dengan lebih teku lagi walaupon tak masuk exam PTK. Bozzo dah ketinggalan banyak sangat dah dek asyik melayan naruto je. So, please bear with me. ada masa nanti bozzo updet okeh...

Wednesday, May 20, 2009

Dalam Dekapan Cinta


Merenungkanmu kini
Melukiskanmu lagi
Perlahan terbayang pasti
Terurai satu persatu
Kau dan aku tenggelam
Dalam dekapan cinta
Kehangatan cinta kasih
Tanpa suara berbincang
Tertiup aroma bunga

Walaupun biasa
Kususun serangkai puisi
Senyummu...Sinar matamu...
Menyapaku bersahabat
Menggores menyentuh jiwa
Menggugah haruku
Tuk Menjemput impian

Kuharap masih ada
Sebaris kata Walau sederhana
Kau tawarkan hati nan rindu
Tercipta nelangsa, merenggut sukma
Penuh dengan bahasa kasih
Yang terungkapkan dalam suka dan sedih
Hangatkan ruang dengan cinta



ps: thanks to amil jamal of datin's group....

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru

Bozzo just want to wish a thousand of thank you to all my teachers no matter where there are. Thanks for all the education, academic wise and street wise. Thanks for all the patience and time spent to teach this kampong boy how to read and write and how to really appriciate life. Thanks for all the slaps, the pinches, the rotans and the books flying across the classroom. Thanks for all the good times and memories. Only recently that i know the hardship and patience of being a teacher. TERIMA KASIH CIKGU.

Cikgu Sains
Rukun negara
Handset di sekolah
Makanan merbahaya
Soal hantaran
Hanset
Guru sukan
Etika makan
english science 1
english science 2
english science 3
english science 4
Guru bahasa
Taman sekolah


ps: semua gambar di pinjam dari google...

Friday, May 15, 2009

Balik Kampong (edisi pertama)

Hari nih bozzo nak citer sket pasal aktiviti-aktiviti bozzo masa balik kampong ngan eben(adik) 2 minggu lepas. Dah lama terperam dah citer nih. Saje je bozzo peram lelama biar jadi tempoyak. Lagi lama lagi sedap( ye ke? bozzo tak makan tempoyak lah). First day mak dah buat plan macam-macam dah. Nak pergi sana-sini. Kitaorg menurut perintah je. Dah namanya memang nak balik kampong bawak mak abah jalan-jalan, so memang kena jalan- jalan lah.
Hala tujuan utama hari nih adalah Tesco di Pengkalan Ipoh. Mak nak beli sotong katanya. Kan ke kat pasar besar Parit tuh ader jual sotong? Nape nak gi sampai Tesco? Mak kata sotong kat sana murah-murah dan fresh. Aku mengangguk je walaupon aku tak tau satu menda pon pasal sotong. Makan sotong aku tau la... Klu dapat sotong goreng kunyit kan sedap....
Sebelum ke Ipoh tuh mesti kena singgah pekan Parit dulu. Lebih spesifik lagi kena singgah kedai mee hailam Amok. Sesape orang Parit atau orang-orang daerah sini klu tak pernah makan atau tak tau pasal kesedapan mee hailam Amok nih memang kome bukan orang Parit dan Perak Tengah.
Sambil menunggu mee siap, Eben sempat la lagi bercerita se sory dua. Mak ngan abah dengar je la Eben kelentong. Abah lebih menjurus kepada citer-citer politik di bumi Perak. Mak plak lebih kepada citer-citer bila ko nak kawin? Pada bozzo la terutamanya. Diam je la. Jangan jawab apa-apa. Nanti lagi banyak plak soalan-soalan cepu emas yang keluar.
Abah: Ko rasa bleh menang ke Nizar kat court tuh?
Mak : Ko nih bila nak kawinnyer? Jangan usung anak orang merata-rata.
Bozzo: Mesti bleh menang punya( mengelak soalan mak).
Eben : Ko rasa klu kita nak jadi pemuda UMNO kat sini ok tak?
Mak : Ko dah jumpa mak bapak Wati tuh ke belom?
Bozzo: Ko duk KL camana plak nak jadi pemuda kat sini( berjaya mengelak sekali lagi).
Lebih kurang 15 minit sembang-sembang, mee hailam sampai...makan time...


Bila makanan dah sampai masing-masing pon trus masuk gear auto. Makan pasal memang dah lapor.
Lepas makan, perjalan diteruskan ke hala tuju yg sebenar. Ni lah rupanya pintu masuk Tesco Pengkalan Ipoh Station 18. Sama je ngan pintu masuk Tesco-tesco tempat lain.
Bozzo tugaskan Eben escort mak ke dalam. Bozzo lepak je ngan abah kat luar tengok orang lalu-lalang. Ada yang kurus cam lalang dan ada yg cuma jalan melenggang. Mungkin beli memori kad je kot. Tak kurang jugak yg keluar bawak sampai 3 troli yang mungkin beli barang nak buat kenduri. Bozz beli segelas teh tarik untuk abah dan segelas nescafe tarik untuk yours truly. Menunggulah kitaorang 2 beranak kat situ macam penunggu.
Nanti bozzo sambong lagi citer...

Thursday, May 14, 2009

Maksiat halang tekun beribadat


APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada 'mood'. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Tuesday, May 12, 2009

Merah

Ini Merah. Merah nih kucing kesayangan abah bozzo. Dulu masa bozzo kecik-kecik (kecik pon besar) kitaorang bela banyak kucing. Tapi skarang tinggal sekor je. Jantan plak tuh, memang takde harapan nak sambung legacy. Kucing-kucing kitaorang sumenya turun temurun. Mearah nih dulu ada 3 beradik tapi Hitam ngan Stokin mati cepat pasal kena patuk ular. Merah je yg terselamat pasal dia tido dalam rumah masa tuh.
Korang tengok la muka si Merah nih. Masam je. Itu sebab mak lupa nak beli ikan rebus. Makan nasik ngan ikan bilis dia tak berape gemor. Dia nak ikan rebus goreng diramas-ramas ngan nasik. Merah nih paling suka klu bozzo bawak blik si Boboi skali pasal dia merasa la nak belasah Boboi punya friskies. Mak memang tak biasakan dia makan friskies. Dah namanya kucing kampong kenala makan nasik.
Bozzo dok tengak asyik amik gambor si Merah, abah bangun. Abah plak memang suka baring-baring kat beranda depan nih. Sejuk dan redup katanya. Nak baca paper pon selesa.
Klu korang nak tau si Merah nih mau dipegang ngan mak ngan abah je. Ngan diaorang je dia nak dukung. Ngan kitaorang langsung lari. Nak pegang-pegang boleh. Garang nak mampos. Dulu masa ada Bagner ( nama anjing yg slalu datang lepak kat laman umah) selalula nampak Merah main-main ngan dia. Skarang si Bagner pon dah mati pasal kena langgar motosikal ( yg langgar dia pon dah mati pasal kena langgar lori). Nanti bila ada senang bozzo citer pasal asal usul Bagner plak key...

Notes of Grounds of Judgment in Nizar v Zambry Case


These are the handwritten notes of the High Court’s draft Grounds of Judgment in the MB v MB matter delivered orally on 11.5.2009, and recorded by my colleagues, Joanne Leong and Daniel Cheong, which I have vetted and edited. The learned Judge indicated that His Lordship’s full Grounds will be delivered soon. There may be gaps and inaccuracies in the notes due to the speed the Grounds was read, and any mistakes herein are mine. -- Edmund Bon Tai Soon

This is the decision of the Court on the application of the Applicant for Judicial Review. Leave was granted and the Applicant seeks the following reliefs as in enclosure 28.

There is a dispute on constitutional law between the Applicant and the Respondent. The Attorney General (AG) intervened in this case because of public interest and public importance. The Court granted the application and the AG was made an intervener.

It is pertinent that the 3 letters of resignation show that the 3 ADUNs did not resign because there was a loss of confidence in the Pakatan alliance. According to exhibit MNJ-5 in the Applicant’s affidavit, the Applicant did not state any Article for dissolution. It is reasonable that MNJ-5 was the application by the Applicant appealing to His Royal Highness (HRH) to use his prerogative powers under Article 36(2). I say that it is reasonable because the leadership of the Applicant was never challenged as having lost the confidence of the members of the DUN up until 4.2.2009.

The issue of whether the 3 ADUN resigned/did not resign, wrote the letters/did not write those letters should not be decided here. They are being decided in other proceedings.

The State Legal Adviser (SLA) stated that on 4.2.2009, the Applicant had asked for dissolution under Article 16(6) and that the Applicant handed a draft Proclamation of dissolution to HRH (exhibit PSLA-1). The Applicant disputed the SLA’s position, and because the SLA had previously represented the Respondent. The Applicant stated that he did not inform or propose to HRH that he had lost the majority and that he had proposed a dissolution under Article 16(6).

The Applicant deposed that HRH informed him on 5.2.2009 that HRH refused to dissolve the State Assembly. The Applicant was also granted 15 minutes to explain himself. Among others, the Applicant informed HRH that it is constitutional convention for the Sultan to dissolve the Assembly on the advice of the Menteri Besar, and that the Palace would be placed in high esteem if HRH dissolves the Assembly because HRH will be seen to be neutral and above politics.

The SLA was very firm with his position. To resolve the conflict on the actual events on 4.2.2009, parties consented for the Applicant and the SLA to be cross-examined. I am of the view that the SLA has no pecuniary interest but his evidence as to his neutrality has to be taken with “a pinch of salt”.

The SLA, during cross-examination, told the Court that he was instructed to swear his affidavit. The word “instructed” is a strong word and it means that the person is under the command or control of another. It also means that one is not acting on one’s free will. The SLA, as a legally qualified person, could have come up with a better choice of word when he was asked but he chose to tell the Court that he was instructed. Therefore, it shows that he is not partial or neutral. In other words, the SLA might not have applied his independent view.

I am of the view that when the draft Proclamation was presented, the SLA did not make any effort to contact the Applicant to correct the Proclamation. He read the Proclamation and should have realised that the Applicant made no reference to Article 16(6). In the light of Article 36(2), the SLA should have pointed this out to the Applicant. It is considered strange that he did not do so because it is his duty to advise HRH or the State government and this includes advising the Menteri Besar. Therefore, I prefer the Applicant’s version that the Proclamation for dissolution on 4.2.2009 was under Article 36(2).

Counsel for the Respondent, Dato’ Cecil Abraham submitted that the Applicant should limit his argument under the intitulement to the action which is Article 16(6). However, with the new Order 53, it gives a wider scope and the Applicant may raise such issues.

Under Article 16(2) of the Perak Constitution, I never doubted that the appointment of the Menteri Besar is solely based on HRH’s judgment. Also no doubt, HRH has absolute powers to withhold dissolution. However, bearing in mind that once a Menteri Besar is appointed, he does not hold office at the pleasure of the Sultan - Article 16(7)

Reading the 3 clauses together, it seems that once appointed as Menteri Besar, the Menteri Besar is only answerable to the DUN and the Menteri Besar governs the State and advises HRH under Article 18. The Menteri Besar cannot be dismissed by HRH. The AG’s contention is that Article 16(7) must be read subject to Article 16(6). This is to suggest that by not resigning the Menteri Besar is going against the democratic process.

I do not agree with this submission. Except for the Menteri Besar, everyone else holds office at HRH’s pleasure. Clause 7 says that clearly. There is a qualifier that says when the Menteri Besar loses the majority, he shall tender the EXCO’s resignation.

Refer to Amir Kahar - it does not support the AG submission. It is distinguishable on its own facts.

On the question of dismissal, it will be clearer if one looks at the history on how the provisions came about. From the brief history, it is my opinion that the dismissal of Menteri Besar is never contemplated under Article 16(6).

Refer to Stephen Kalong Ningkan.

Next issue is whether there is a deeming provision under Article 16(6). The concept is a “legal fiction” and I do not think that the deeming provision should be read into it. This is because it would do violence to Article 16(6). No matter how mandatory the provision is drafted, it cannot be read as deeming the Menteri Besar position vacant. The language in Article 16(6) is very clear. What happens if the Menteri Besar refuses to resign? There is a lacuna in the provision but we cannot read a deeming provision into it. The lacuna should be filled by amendment by the Legislature.

I would adopt Ningkan and reject the AG’s submission on this point.

Now, the next issue is the loss of confidence in the Applicant. The AG submitted that dissolution can only come in 2 situations. I do not agree with the AG’s submission because the circumstances where a request to dissolve is made are unlimited.

On the undisputed facts, HRH has satisfied himself on who commands the majority but there was no vote of no confidence in the Menteri Besar and the Menteri Besar did not go to HRH to dissolve the State Assembly because he ceased to command the majority. Subsequently, how did the Menteri Besar cease to hold office?

In Adenbegro v Akintola - the term used was “support”. In Ningkan, the Court made a distinction between “support” and “confidence” and I find it correct.

On the issue of the Applicant having lost the confidence, there was never a vote of no confidence and the Applicant did not come to request dissolution due to the loss of the majority. That decision is material. On 4.2.2009, PR and BN had equal seats 28-28. Based on democratic practice, if there is a loss of confidence, it should be taken as a vote of no confidence in the Assembly. The media statement by HRH’s office which states that the positions of the Menteri Besar and EXCO members are deemed vacant should they refuse to resign amounts to a dismissal or sacking, and this is not permissible under Article 16(6).

On the issue of justiciability, there is no issue of HRH withholding dissolution and it cannot be questioned. The Court also cannot question the Sultan on the determination of facts. However, the Applicant is not asking the Court to question HRH’s decision. The Applicant is seeking declaratory reliefs that the Applicant is still the Menteri Besar. Non-justiciability does not apply at all.

The Court has been allowed to grant declaratory reliefs, and no longer do the granting of declaratory reliefs need be made only sparingly.

For the above reasons, the office of the Menteri Besar is not vacant or has not been vacated. The judgment is in favour of the Applicant according to the prayers as in enclosure 28.

Court adjourned at 3.50pm

[The prayers granted were as follows:
a. Perintah deklarasi bahawa Pemohon adalah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
b. Perintah deklarasi berkenaan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana:
(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan
(iv) tidak terdapat perletakan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.
c. Writ bersifat "quo warranto" dikeluarkan kepada Responden memerintahkan Responden untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana Responden berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
d. Perintah deklarasi bahawa Responden tidak berhak untuk dan/atau tidak menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan bukannya Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.
e. Perintah injunksi untuk menghalang Responden dan/atau agen-agen Responden dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat Responden dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
(The ancillary prayers for punitive, aggravated and exemplary damages, and costs were withdrawn by Nizar at the end of our submission as this is a public interest litigation for judicial clarification on the legal position of Article 16(6), and is not intended to be a form of recrimination or punishment against the Respondent.)]
ps: di petik tanpa kebenaran dari portal The Malaysian Bar.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Mak

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang
sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Untukmu Kekasihku Hanya Hatiku


untukmu kekasihku hanya hatiku

tiada kekayaan materi yang bisa kuberi

tiada pula janji janji segunung tinggi

bukan lantaran aku pelit pemelit

pun tak kuingin mengumbar mulut lebar berkoar

membusung dada bak pendekar mungkar

aku ini hanya seorang pengelana buana

terhempas terombang ambing arus nista bencana

begitu lama begitu pahit getir melilit terasa

begitu lama begitu berat beban kuangkat

begitu sakit begitu dalam luka terhujat

tanpa bukti dosa apa telah kuperbuat

sesungguhnyalah, wahai kekasihku,

akhirnya kaupun telah mahfum dan tau

sang durjana menuduh yang lain durjana

sang durjana melakukan segala perampokan

penindasan bahkan pembunuhan jutaan manusia

atas nama perikemanusiaan bertindak sebaliknya

atas nama kemerdekaan merampas kemerdekaan

atas nama keadilan melakukan ketidakadilan

atas nama kemakmuran menjadikan rakyat melarat

atas nama kekuasaan rakus merampas segala

kekuasaan kekuasaan kekuasaan lagi kekuasaan

atas nama pembangunan merampok kekayaan

tanahair, bangsa dan negara republik Indonesia

hingga segalanya menjadi terlantar

nyaris terpencar buyar ambyar

terpuruk nyaris bertekuk lutut merunduk runduk

di hadapan dewa dewa kekuatan kekuasaan dunia

sungguh! sungguh sungguh beda jadinya

tanahair tumpah darah tercinta kita

yang dicita-cita penggerak pejuang kemerdekaan

pembina bangsa seperti sukarno-hatta

seperti juga didambakan rakyat ratusan juta

yang senantiasa hidup menderita sengsara

korban kelancungan dan kejahatan kaum durjana

dan aku, seprti kau tau, salah satu diantaranya

yang terlempar terdampar terpaksa mengembara

tiada apa apa lagi kumiliki kecuali harga diri

kerna sang raja durjana telah memusnahkan segalanya

kerna itulah, wahai kekasih,

tiada kekayaan materi yang bisa kuberi

kecuali berkas berkas penghayatan kehidupan

jejak langkah, idaman impian masa lalu

serta hatiku seutuhnya kuberikan untukmu

seperti pepatah setinggi tinggi bangau

terbang ke pelimbahan juga akhirnya

begitu pula impian dan hasrat keinginan kuemban

kepada ibu pertiwi dan ke haribaanmu aku menuju


ps: ling dah rindu tahap gaban dah nih....

Friday, May 8, 2009

Ayang, Ciki dan Pizza Hut

Nih bozzo nak citer sket aktiviti-aktiviti bozzo dan ayang masa cuti hari pekerja yang lepas nih. Dah namanya hari pekerja mestila tak kerja walaupon banyak kerja yang tak siap sebenarnya. Kerja di rumah harus diteruskan. Memang tak pernah abis-abis.
Ayang ajak gi mandikan Ciki. Dah lama tak mandi katanya. Dah kusut sume bulu-bulunya. Kitaorang tak tau nak mandikan sendiri. Kucing siam nih susah jugak nak menjaganya. Ingatkan senang je. Cerewet. Kuku pon dah panjang dan mesti nak potong. Bukan pasal bahaya Ciki cakar orang tapi bahaya kat diri dia sendiri bila dia menggaru nanti. Bleh habis cabut-cabut bulu dan luka-luka di cakarnya. Hei...memang susah.
Kitaorang hantar mandikan Ciki kat pet shop di pandan je. Dekat. Kena RM50. Mahal nak mampos. Saper suruh bela klu tak mampu ye tak? Sayang punya pasal la nih..."Satu jam you datang amik" kata nyonya pet shop tuh. Sementara tunggu budak Ciki mandi ayang sempat gi shopping skit kat Pandan Capital (sket ke?). Malam tuh ayang ngidam nak makan pizza la pulok. Nih pasal banyak sangat iklan pizza kat tv la nih. Rasa cam nak saman je syarikat tv yg suka tayang iklan-iklan cam gitu...tayang la iklan berjimat cermat ke, iklan makan kat rumah ke, iklan berehat kat rumah ke, kan ke itu lebih afdhal (betul ke eja nih?). Tapi malam tuh ayang belanja, bozzo pulak yang komplen banyak tuh nape?
Tengok la muka tuh. Nape nak monyok lagi? Kan ling dah ikut nih. Cakap pon dah pukul 9 lebih. Nasib baikla pizza hut dekat ngan Paragon nih bukak sampai pukul 11 malam. Mula-mula ingatkan nak take away je tapi dah alang-alang bukak sampai lewat so baik makan kat situ je. Senang dan takyah nak kemas bila sudah makan nanti.


Garlic Bread
Kita orang order 2 set. Tapi set yang kecik je la. Takut tak habis. 2 set kecik nih pon dah berlebih sebenarnya. Sampai kekenyangan yg amat sangat la dibuatnya.

Jemput makan semua...

Thursday, May 7, 2009

Cinta Itu Milik Kita


Aku tak kuasa
Tak satupun kata terucap
Walau hanya nada sederhana
Segalanya t'lah ku berikan
Ku lakukan semua demi cinta
Mengerti perasaanmu
Ingin dirimu bahagia

Jujur...
Harus ku akui
Aku memang terlanjur mencintaimu
Seluruh jiwa telah ku serahkan
Mengarungi hidup dengan cintamu
Menggenggam janji setiaku
Dan tak pernah ku sesali
Ku tulus mencintaimu

Bila rasaku ini rasamu
Ijinkan ku ungkap segenap rasa kerinduan
Aku ingin bertemu
Membelai lembut wajahmu
Melukis cinta di hatimu
Ku pasrahkan hidupku bersamamu
Hatiku tulus mencintaimu

Jika kita bertahan
Cinta itu milik kita
Selamanya

ps: jiwang si bozzo untuk si ayang...

Wednesday, May 6, 2009

Affairs... the 6th is the most dangerous one

The 1st Affair

A married man was having an affair with his secretary. One day they went to her place and made love all afternoon. Exhausted, they fell asleep and woke up at 8 PM. The man hurriedly dressed and told his lover to take his shoes outside and rub them in the grass and dirt. He put on his shoes and drove home. 'Where have you been?' his wife demanded. 'I can't lie to you,' he replied, 'I'm having an affair with my secretary. We had sex all afternoon.' She looked down at his shoes and said: 'You lying bastard! You've been playing golf!'


The 2nd Affair

A middle-aged couple had two beautiful daughters but always talked about having a son. They decided to try one last time for the son they always wanted. The wife got pregnant and delivered a healthy baby boy. The joyful father rushed to the nursery to see his new son. He was horrified at the ugliest child he had ever seen. He told his wife: 'There's no way I can be the father of this baby. Look at the two beautiful daughters I fathered! Have you been fooling around behind my back? 'The wife smiled sweetly and replied: 'Not this time!'


The 3rd Affair

A mortician was working late one night. He examined the body of Mr. Schwartz, about to be cremated, and made a startling discovery. Schwartz had the largest private part he had ever seen! 'I'm sorry Mr. Schwartz,' the mortician commented, 'I can't allow you to be cremated with such an impressive private part. It must be saved for posterity.' So, he removed it, stuffed it into his briefcase, and took it home 'I have something to show you you won't believe,' he said to his wife, opening his briefcase. 'My God!' the wife exclaimed, 'Schwartz is dead!'


The 4th Affair

A woman was in bed with her lover when she heard her husband opening the front door. 'Hurry,' she said, 'stand in the corner. 'She rubbed baby oil all over him, then dusted him with talcum powder. 'Don't move until I tell you,' she said, ' pretend you're a statue. ''What's this?' the husband inquired as he entered the room. 'Oh it's a statue,' she replied, 'the Smiths bought one and I liked it so I got one for us, too.' No more was said, not even when they went to bed. Around 2 AM the husband got up, went to the kitchen and returned with a sandwich and a beer. 'Here,' he said to the statue, 'have this. I stood like that for two days at the Smiths and nobody offered me a damned thing.'


The 5th Affair

A man walked into a cafe, went to the bar and ordered a beer. 'Certainly, Sir , that'll be one cent.' 'One Cent?' the man exclaimed. He glanced at the menu and asked 'How much for a nice juicy steak and a bottle of wine?''A nickel,' the barman replied. 'A nickel?' exclaimed the man. 'Where's the guy who owns this place?'The bartender replied: 'Upstairs, with my wife. 'The man asked: 'What's he doing upstairs with your wife?' The bartender replied: 'The same thing I'm doing to his business down here.'


The 6th Affair

ake was dying. His wife sat at the bedside. He looked up and said weakly: 'I have something I must confess.' 'There's no need to, ' his wife replied. 'No,' he insisted, 'I want to die in peace. I slept with your sister, your best friend, her best friend, and your mother!' 'I know,' she replied, 'now just rest and let the poison work.'

Tuesday, May 5, 2009

Exercise for the neck!











ps: selamat mencuba...he he he...