Thursday, February 26, 2009

Transformer 2- Revenge of the Fallen

Tak sabar dah....
Tak sabar sungguh....
Tak sabar nak tengok Revenge of the Fallen, 2nd installment utk francais Transformers yg dah di live action kan. Tengok je la dulu gambar2 teaser dan beberape keratan clip dari trailer yg tengah rancak di download di youtube kebelakangan nih.
Teaser poster

Klu korang pon cam aku mesti korang pon dah tak sabar...tak sabar sgt...
Kenapa lambat sgt 26.6.09 nih? Kenape?
Kat bawah nih beberape clip dari teaser trailer...
Scorpanork mengganas lagi
Robot lalat kot


Bumblebee tengah transform



Dua watak baru yg digembar-gemburkan akan muncul. Watak 2 adik beradik ( robot pon ada adik ke?) Mudflap dan Skid.
Anda di pihak mana?
ps:hujung minggu nih bozzo nak gi layan The Punisher...ada sape nak join?

Tuesday, February 24, 2009

Hambik kau....

Hambik kau....panas hati aku...
Inilah kucing assasin yg bozzo upah utk belasah anjing yg
ps: kepada sesape yg nak upah kucing nih utk belasah sesape yg korang menyampah bleh tinggalkan shout...nanti dia balas...miaowwwwww...

Monday, February 23, 2009

Punggung janda muda basah juga akhirnya...

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri disebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yanmg berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tuk!!! Tukkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!! "kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu. Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah. Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan. "Adik duduklah di sini" kata lelaki itu. Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata "Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!" Jawab Imah "Yalah!! Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi. Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah kisah bagaimana punggung Imah jadi basah ... hehehe...

ps: jangan marah r.....

Thursday, February 19, 2009

Games People Play

Hari nih bozzo nak citer sket pasal game2 yg bozzo main di facebook. Mula2 memang bozzo tak teringin langsung nak main game2 nih tapi asyik kena racun je ngan kengkawan opis suruh join so, one day bozzo pon join la. Nak dijadikan citer bleh jadik terbest plak game2 nih. Dulu bozzo slalu main game RPG je kat PC cam game Diablo atau C&C.

Street Racing
Ini game yg terlatest skali bozzo main. Game pasal racing kete. Kita bleh beli kete2 mewah yg baru dan tune sesuka hati. Ala, lebih kurang sama ngan game GT kat PS2 cuma di sini kita cuma manage je dan tak actually drive kete2 tuh. Super addictive. Utk game nih bozzo sampai level 20 dan dah ada lebih dari 70 buah kete.

Mafia Wars
Ini game faveret bozzo. Mafia Wars tajuk dia. Dari tajuk pun dah tahu yg game nih berasaskan mafia dan perang. Bozzo dah sampai level 103 dah. He he he...skarang bozzo dah ada lebih kurang 308 ahli mafia. Ramai yg bozzo invite tapi belum sempat accept atau memang ignore trus. Game nih mengajar kita micro-management. Kita belajar cara simpan duit dan beli properties utk tambah pendapatan. Kita jugak bleh beli senjata dan kete tapi ada upkeep. Jgn upkeep lebih dari pendapatan dah la. So pandai-pandailah simpan duit dan beli properties bebanyk sebelum beli weapons. "The godfathers have answered your prayer."

Fashion Wars
Dari tajuk pon korang mesti dah agak kan....Game pasal feshen dan populariti...bozzo main je...Yg bestnyer game nih ada beberapa mision dia yg akan dapat hadiah dari artis2 populer seperti J.Lo. Puff Daddy dan Paris Hilton. Yang lagi bestnyer dah jadi cam pereka fesyen plak sebab kita kena pilih dan pakai pakaian yg lebih canggih dan menarik dari lawan kita utk menang. "You got style."
Vampire Wars
Ni plak game pasal clan vampire yg berlawan ngan vampire yg lain. Di game nih kita bleh pilih utk jadi vampire baik atau jahat( ada vampire baik ke?). Kita gak bleh pilih bk jadi vampire girl or boy. Tapi dia punya asas permainan sama je ngan yg lain2 iaitu buat mission dan lawan...Game nih senang buat duit lagi... Jangan serang vampire yg lebih sikit clannyer dari kita nanti kena kutuk pengecut.
Special Force
Game yg ini berasaskan peperangan sungguh la. Nama pon Special force. Yg Bestnyer kita bleh beli kereta kebal setiap kali ada org join kita punya team. Mission dia pun senang2 je...Tapi yg penting kita kena cuba utk tambah ahli setiap hari bagi maksimum sampai 501 org. Masa tuh barulah betul2 kuat. Satu lagi pesanan bozzo utk sesape yg nak main game nih pastikan anda ada masa yg cukup bnyk terluang klu tak jadi cam member bozzo yg lain sampai tak gi kerja dan sampai gaduh ngan bini. Bozzo pon terjebak sampai tak layan sgt ngan blog bozzo nih...

Tuesday, February 17, 2009

Hukum Melawak

Etika melawak dan bergelak ketawa.


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatlah bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.


Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:


أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا


Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:


نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا


Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.
(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)


Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:


Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.


Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.
(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)


Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.


Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:


بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ


Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih)


Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.


Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:


ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."
(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)


Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.


Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;


لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."
(Hr Thabrani – sahih)


Nabi saw bersabda:


لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا


Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."

(Hr Ahmad – sahih)


Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.


Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:


ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.
(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)


Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:
"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm)


Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.


Nabi saw bersabda:


وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)


Saidina Ali ra:
"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."


Said bin al-'As berkata:
"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."


Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi.


Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Beg2 baru si Bozzo...

Pouch

Beg galas.

Saje je nak tayang beg baru kat korang...he he he...tapi yg bawah skali tuh bukan beg ye...itu bozzo"s secret ( cam victoria secret)...






Wednesday, February 11, 2009

Luluh Hatiku...

WJY 3897...mangsa anjing liar...

Hancur hatiku...

Mengenangkan...

Duit bnyk pon tak guna...

Bawa kete hati2 pon tak guna...

Bila nak kena tuh akan kena jugak...

Bila nak jadi tuh akan jadi jugak...

Kita hati2 tapi anjing tidak....

Kita pandang kanan kiri tapi anjing tidak...

Kita takut mati tapi anjing tidak...

Kita nak simpan duit buat kawin tapi anjing...

TIDAKKKK!!!!!!!



Tuesday, February 10, 2009

Wedding Chika

Hari ahad yg lepas bozzo ngan ayang gi kenduri kawin chika di cheras...meriah dan serba putih.... Ayang suka sgt tengok baju yg chika pakai...cantik katanya...
Silat...jgn sampai tersepak pengantin dah la...
Dah tersepak mintak ampun (bozzo gurau je).
Oleh2 utk org pompuan.
Oleh2 utk org lelaki.

Bozzo ucapkan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan dan pasangan berbahgia hingga ke anak cucu.

Sunday, February 8, 2009

Renungan

Dahi Cecah Ke Sejadah


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri, Suami, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

ps: courtasy of my friend's email...

Saturday, February 7, 2009

Underworld: Rise Of The Lycans

Sonja si puteri vampire

Hari nih bozzo ada sedikit kelapangan so....it's movie time.

Bozzo: Hello...manja...
Ayang: Ye...Ling dah mandi ke blom? (itu soalan yg pertama ditanyanyer...)
Bozzo: Blom...jap gi la...
Ayang: Pegila mandi...dah tengah hari dah nih...
Bozzo: Yela ye la ye la...kite tengok wayang nak hari nih?
Ayang: Nakkkkkkk......(sebenarnyer tak yah tanya pon bleh tahu jawapan)
Viktor si bapak segala vampire

The Review

Untuk yg tak tahu (yg tak tahu la...yg tau duk diam2) ini bukan sambungan tapi prequel kepada 2 movie yg terdahulu. Seperti yg bozzo jangka ia tidak menghampakan. Sama je ganas dan sama je gothic cam yg lepas. Bozzo memang peminat citer2 vampire dan werewolf so i'm maybe bias in my review. But, who cares right. It's MY review.

Michael Sheen yg memegang watak Lucian memang nampak lebih ganas dari yg pertama. Lebih macho. Nampak lebih kuat dah berkaliber sebagai ketua werewolf. Yg bestnyer tuh dia siap bleh control dia punya transformation.

Rhona Mitra plak pegang watak Sonja, puteri vampire atau Death Deeler yg menjadi tuan kepada Lucian dan semua puak Lycans. Cun. Mengancam. Betullah kata pepatah yg tangan yg menghayun buaian bleh menggoncang dunia.

Ceritanya mengisahkan tentang kehidupan puak vampire yg memerintah dunia( kot) pada masa tuh dan memerlukan bantuan puak Lycans utk menjaga diaorang pada waktu siang (vampire tak leh kena matahari). Sonja jatuh cinta pada Lucian dan telah hamil. So, bapak dia, Viktor, yg amat takut dengan perkahwinan campur nih pun bunuh anaknya sendiri dan mengakibatkan kemarahan Lucian. So, berlakulah perampasan kuasa secara paksa dan pertempuran pun berlaku (cam kat Perak).

Untuk filem nih Bozzo bagi 8 bintang out of 10(lantak la org lain tak suka pon). Ayang pon suka gak. Cuma lebih baik jika dibuat part 3 je pasal jalan citer nih serba sedikit Bozzo dah tahu from Underworld 1.

ps: thanks sayang belanja ling tengok wayang ari nih.

Wednesday, February 4, 2009

Aku dalam kongkongan...


Sori...bozzo masih didalam kongkongan facebook dan mafia wars...
bozzo masih dalam kongkongan bos2 besar di Putrajaya yg hari2 tanya bila nak siapkan statistik...
NANTILAH!!!!( dalam hati)
aku tau r kerja aku...
sabar la....
smua kerja aku nak buat mampus la cam gini...
tangan aku ada 2 je bukan lapan cam DrOctapus...
org lain bnyk yg mengangkang je nape ko tak suruh buat sume tuh?
pasal diaorg tak tau?
aku pon bleh jawab tak tau...senang...
dah 30 tahun kerja pon tak tau buat statistik lagi? BOHONG!
klu dah dasar pemalas tuh mengaku jela...
aku pon malas gak...
tapi tak la sampai tak buat kerja langsung...
tak la sampai bersembang pastuh gelak terbahak2...
korang tuh pompuan bukan laki...
mak2 org sume plak tuh...
kat umah pon camtuh jugak ke?
laki korang tak marah ke?
dah la ...malas bozzo nak bising...
ye puan...ye...saya datang nih...