Monday, June 2, 2008

KAPAL PECAH

KAPAL PECAH

http://www.legalmoviesdownloads.com/movie_screenshots/Titanic/Titanic_3.jpgRasulullah SAW bersabda:

"Perumpamaan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang melakukan kesalahan adalah seumpama penumpang-penumpang di atas sebuah kapal yang besar. Sebahagian penumpang berada di atas kapal dan sebahagian berada di dalam perut kapal. Sekiranya orang-orang yang berada di bawah ingin mengambil air dan mereka malas untuk mengambilnya daripada bahagian atas kapal sebaliknya mereka menebuk dinding kapal dan mendapatkan air terus daripada lautan. Sekiranya orang yang berada di atas hanya melihat sahaja (tindakan menebuk dinding kapal), maka lambat laun seluruh kapal tersebut akan tenggelam, tetapi sekiranya mereka menegur dan mencegah perbuatan tersebut maka semua penumpang kapal tersebut selamat (kapal tidak karam)" (riwayat al Bukhari).

Daripada hadith ini, terserlah suatu pengajaran yang amat bermakna; budaya saling nasihat-menasihati dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan rakan sepasukan akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Analogi yang dibuat dalam hadith di atas sangat accurate. Sebuah kapal yang besar sekalipun, akan karam sekiranya ada antara anak kapal tersebut yang menebuk dinding kapal untuk mendapatkan air. Mungkin yang melakukan perbuatan tersebut hanya 10 orang daripada 5000 anak kapal, tetapi sekiranya 4990 orang hanya melihat perbuatan yang dilakukan oleh 10 orang tersebut akhirnya semua anak kapal berkemungkinan mati lemas.

MENEGUR DAN DITEGUR

Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat. PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.

Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha Allah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.

Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!

Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!

0 Comments: