Tuesday, May 11, 2010

Iron Man 2

Poster rasmi

Bozzo pasti mesti semua orang dah tengok movie nih. Tapi bozzo tak peduli. Bozzo nak citer gak pasal Iron Man 2 nih dah kebestannya.

Tony dan Rhodes yang memakai Mark II

Citer nih memang kesinambungan terus dari Iron Man 1. Tony Stark dah pun mengaku di press conference bahawa dialah sebenarnya Iron Man. Oleh disebabkan kerana Tony nih memang jenis yang lazer dan sedikit berlagak, so dia secara tidak langsung telah menganggap dirinya sebagai peacekeeper yang tak terkalah. Siap cabar lagi sesape yang nak lawan. Sombong betul...tapi klu bozzo jadi Iron Man pun mungkin lebih sombong lagi kot.
Lt. Colonel James Rhodes (Don Cheadle) dan Justin Hammer (Sam Rockwell)

Selain dari tekanan menjaga keamanan, Tony juga berdepan dengan masalah Arc reactor(chest piece) yang menjadi sumber tenaga dan nadi penggerak body suit juga sedikit demi sedikit membunuhnya. So, dia terpaksa memeras otak untuk mencari tenaga altenatif lain sebelum terlambat. Nak dijadikan cerita, kerajaan Amerika juga mahukan Tony menyerahkan suit Iron Man kerana menganggap suit itu sebagai weapon of mass destruction.
Ivan Vanko (Mickey Rourke) aka Whiplash

Musuh Tony dan Iron Man kali nih ada 2. Tony terpaksa bertelagah ngan Justine Hammer yang sememangnya dengki ngan kebolehan Tony dan mahukan siut Iron Man untuk dirinya sendiri. Bila dah jadi Iron Man, Tony terpaksa plak berdepan ngan Ivan Vanko aka Whiplash. Ivan nih memang dah lama berdendam ngan Tony kerana menurut bapanya, Arc Reactor ciptaan Tony itu adalah ciptaannya yang dicuri oleh bapak Tony. Ini cerita dendam bapak bagi kat anak la nih.

" i want my birdddddd...."

Nak racing pun susah...
Happy Hogan (Jon Favreau) aka Pengarah Filem

Scene masa nak pakai baju nih memang sempoi.

Natalie Rushman (Scarlett Johansson) aka Black Widow

Tony gak ada seorang pembantu baru yang cun nama Natalie Rushmore. Natalie nih sebenarnya adalah seorang agen SHIELD yang ditugaskan oleh Nick Fury untuk menilai Tony untuk dimasukkan didalam Program Avengers. Memang sesuai sangatlah Scarlett Johansson ni jadi Black Widow. Memang mengancam. Tenggelam Pepper Potts dibuatnya.

Nick Fury of S.H.I.E.L.D (Samuel L. Jackson)
Trivia: watak Nick Fury dalam komik memang dicipta berdasarkan wajah dan karekter Samuel. Memang nasib baiklah Samuel nak berlakon jadi Nick.

So, bermulalah aksi terbang-terbang dan tembak-tembak orang-orang berpakaian besi. Fight scene kali nih tak berape memberangsangka. Fight ending pun cam kejap sangat. Bozzo lagi suka masa Tony kena serang kat Monaco ngan Whiplash masa racing. Lagi best...lagi banyak benda meletup lagi berdegup jantung.
Congkel gigi tuh memang tak leh tinggal
Klu gini rupa tukang sebat kat Malaysia nih mesti ramai yang insaf tak berani buat jahat dan perkara mungkar.

Bozzo bagi movie nih 4 bintang out of 5. Tak cukup lawan-lawan dan tak cukup kuat orang jahatnya. Harap-harap part 3 nanti adalah yang lebih kuat. Lawan ngan Onslaught pun takpe. Biar mati trus semua.

ps: thanks sayang belanja ling tengok wayang...

Monday, May 10, 2010

SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG

SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG...


For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you may right
For every dream you made come true
For all the LOVE I found in you
I'll be very thankful, baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through
Through it all
You were my strenght when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith coz you believe
I'm everything I am
BECAUSE YOU LOVED ME.....

Ayang doakan agar Ling sentiasa berada dalam limpahan rahmat-Nya

Moga segala impian dan harapan Ling terlaksana. Insyaallah....

Moga impian dan harapan kita kesampaian. Insyaallah....

Ayang sayang Ling sangat-sangat

Ayang sayang Ling DENGAN SANGAT BANYAK

Monday, April 26, 2010

Jalan-jalan Cari makan-KL-Kuantan-Dungun( part 3)

Hah...dah sampai part 3 dah citer jalan-jalan bozzo nih. Kali nih bab makan lagi. Rasanyer dah 2 kali dah bozzo citer pasal restoren ikan bakar kat Jalan Teluk Sisek nih. Tapi disebabkan memang sedap, so malas lah nak gi tempat lain yang belum di ketahui kesedapannya ye tak?
Seperti biasa bozzo akan pilih siakap untuk di masak 3 rasa. Meleleh makan. Yang paling sedap kuah dia tuh. Ntah apa yang diletak tapi melambung sedapnyer...
Nih plak ikan Ayam bakar sambal. Memang nama ikan nih ikan Ayam. Bukan bozzo saje-saje bagi nama. Rasa dia pun ada dekat-dekat rasa ayam. Isi dia kenyal tapi lembut. Tak pernah rasa lagi ikan nih tapi nasib baik sedap. Lain kali bleh order lagi.
Sayur kailan goreng sebagai bagi cukup syarat ada sayur. Dah last-last baru ada yang sentuh. Semua serang ikan dulu.
Jemput makan semua...bismillah...
Muka orang penat tapi kenyang. Nak minum pun dah tak larat. Nak mandi laut pun kempunan...

Thursday, April 22, 2010

Jalan-jalan Cari makan-KL-Kuantan-Dungun( part 2)

Ini permandangan laut kat Pantai Abang. Lokasi sebenar bozzo tak tau pasal ini first time sampai. Cantik dan bersih.
Ini gambar orang-orang yang kempunan nak mandi laut tapi tak dapat pasal ombak kuat sangat. Lagipun hari masih hujan renyai-renyai. Takut bahaya plak klu mandi. Bozzo bukan tau berenang. Menyelam dan terus tenggelam tau la.
Ambik gambar atas batu. Dapat celup-celup kaki kat air laut tuh pun jadi la.
Eben berposing macho ala-ala Takeshi Kanashiro. Dia la yang cakap. Bozzo layan je la.
Gambar nih nak jadikan gambar profile facebook nih.
Masa kitaorang datang ni la nak hujan pun. Masa nih la nak ombak kuat. Memang takde rezeki nak mandi laut. Blik umah mandi kolam je la nampaknya. Bersambung di part 3...

Tuesday, April 20, 2010

Jalan-jalan Cari makan-KL-Kuantan-Dungun( part 1)

Bulan lepas bozzo and family buat road trip pergi ke Dungun. Nak tengok kedai runcit akak kat sana. Perjalanan di sponsor oleh tokey kedai, so bozzo ikut je la. Bleh jugak la jalan-jalan tengok tempat orang. Lagi pun Eben memang duduk kat Kuantan jadi bleh la meramaikan umah dia. Jimat tak payah sewa hotel. Gambar diatas tuh diambil masa pagi nak gerak ke Dungun. Semua tengah lapor tapi masih boleh berposing untuk bergambar.
Ini breakfast bozzo pagi tu. Kitaorang singgah kat Beserah untuk breakfast tapi makan cam lunch. Lapor punya pasal. Dah la kat sepanjang perjalanan asyik hujan je lagi la lapor dibuatnye. Nak makan memang murah kat sini dan sedap. Bozzo amik nasik lemak ngan ayam goreng ngan sambal bilis ngan telur itik masak lemak baru RM2.00. Giler murah tu. Kat KL tak dapat.
Pas mengalas perut, perjalanan di teruskan lagi.
Ini rupanya Mesra Mall yang ayang dok selalu cerita kat bozzo. Ok gak la tempat dia. Tapi cam janggal je pasal cuma bangunan nih je yang ada. kat kanan ngan kiri kosong.
Sempat gak snap-snap gambar loji kat Kerteh. Meletup-letup api dia. Best tengok. Cam jakun pun ada. Maklumla kat kampung bozzo takde loji gini. Tapi hari hujan teruk sangat. Dapat amik gambar dari dalam kete je.
Lebih kurang 2 jam baru kitaorang sampai ke pekan Dungun. Jauh jugak rupanyan Dungun nih. Apa-apapun makan dulu. Tapi kali nih kitaorang lepak kat tepi pantai Abang. Dekat ngan Rantau Abang la kot. Gambar kat atas tuh adalah gambar bayam goreng. Tak tau plak bozzo bayam klu goreng bleh jadi sedap.
Nasik ayam kat kedai nih first class. Sedap. Nasik sedap, ayam sedap, sup ayam pun sedap. Bozzo order 2 kali. Bukan apa, nanti takut bile balik KL asyik teringat-ingat je. Nak datang semula ke sini jauh.
Ini la kedai akak. Kedai runcit kat kampung je. Niat mula-mula nak tolong kawan je. last-last bleh jadi tokey kedai runcit plak. Kedai nih plak terletak betul-betul kat tepi pantai. Tuh gambar Eben tengah angkat beras dari van. Dee dah terduduk dah. Bukan penat tapi kenyang sangat.
Besar jugak kedai nih. Ada dua lot. Sebelah dalam jual barang-barang cam beras ngan gula dan barang-barang basah yang lain. Kat sebelah luar jual jajan-jajan ngan toiletris. Akak cakap sebulan bleh untung RM5000 hingga 10000 ribu. Masyuk tuh. Patutla bleh sponsor 2 kete datang melawat. kedai nih pun bukak 24 jam. Cam 7-11 tapi stail kampung. Masa kitaorang sampai sana dah ada 2-3 orang yang menunggu nak jumpa tokei. diaorang nak beli hutang. Tapi akak tak bagi. Susah nanti nak rolling. Bozzo pun setuju gak. Nanti bozzo sambung lagi kat part 2 okeh...

Friday, April 16, 2010

Makan-makan Nelayan

Selamat datang ke Restoren Nelayan...he he he...cam receptionist plak rasanya....Hari bozzo nak citer sket pasal acara makan-makan di Restoren Nelayan itu hari...akak nak belanja staff-staff dia yang rajin lagi berdedikasi buat kerja. kitaorang adik beradik join sekaki pasal dapat makan free. Bab kerja tak tolong langsung pun.
Ketibaan para jemputan kehormat dan kelaparan. Eben ngan Aqila memang dah lapar sangat masa nih. Mana taknye, kata nak start makan kul 6 petang tapi menunggu yang lain sampai kul 7.30. Cis memang janji melayu sungguh. Takpe, makan punya pasal sanggup tunggu.
Acara mencelup segala nika makanan dan hidupan laut yang ada. Masa nih bozzo teringat citer kat NatGeo yang bertajuk Lobsterman dan The Deadliest Catch. Perghhhh...Mesti sedap lobster tuh. Perghhhhh...dah drooling dah nih...
Pas rendam kena tos kan dulu. Klu tak nanti makan meleleh-leleh. Seafood nih memang bozzo tak berape gemor sangat pasal gatal tapi sekali-sekala takpe la kot walaupun tahu blik umah nanti mesti ada acara garu-menggaru plak. Apa-apa pun sental je...yang lain belakang kira.
Nih makanan yang tak perlu direndam. Bozzo pilih yang nih je banyak pasal ayam dia malam tuh sedap lain macam. Sedap melampau. Tak tau le samada dah lapor sangat atau memang rasa dia sedap gitu. Bismillah....
Masa nih semua senyap je. Semua pandang bawah cam sopan je kan. He he he...bozzo tak start makan lagi pasal sibuk amik gambor. Nanti bila dah start makan malas nak pegang kamera dah.
Antara staff akak yang datang meramaikan majlis. Separuh kat meja lain.
Dah santap first round baru buleh sembang-sembang ringan kejap...Orang kata nak bagi makanan turun. Dah turun nanti bleh sumbat lagi.
Bozzo nak enter frame gak. Untuk pengetahuan semua gak, ayang bozzo pun akan menyumbang beberapa entrinya di blog bozzo yang buruk nih... Nak belajar jadi blogger jugak la kot...

Thursday, April 15, 2010

sekadar gambar hiasan
PENGGABUNGAN



Selamat hari Khamis



Mesti korang sume tertanya-tanya apa mende la tajuk entry terbaru bozzo nih. apa yang bergabung ek?

Sebenarnya..... bermula dari saat ini, bukan bozzo sorang je yang akan menghapdet entry kat blog ni. Saya aka AYANG ATI jugak akan tolong bozzo mengkemaskinikan blog ni. Saya dah dapat izin dari bozzo tau..... Kan sayang kan....

Untuk entry saya yang pertama dalam blog ni.... saya sebenarnya tak tau nak tulis apa. Cuma nak bagitau tentang campurtangan saya dalam blog bozzo nih je....

Kebetulan pulak hari ni kes tak berapa nak banyak. ada dalam lebih kurang 170 fail aje, so, boleh la saya mencuri masa untuk buat entry ni.

Sebelum saya mengarut dengan lebih lanjut, saya rasa baik saya stop dulu sebab dah takde idea. He he he

Monday, April 12, 2010

Palestin itu jauh dari kita


Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?


--SIDDIQAH--

Tuesday, March 9, 2010

Demam Ninja Assassin

Bozzo dah kena demam. Demam ninja. Demam Ninja Assassin...

Cis...cis... cissss....



















Bozzo sure punya mesti dah ramai yang dah tengok citer nih. Bozzo baru berpeluang nak tengok minggu lepas. Itupun pasal Eben bawak balik dvd. Memang best giler lah citer nih. Dah lama bozzo tak tengok citer pasal ninja. Movie nih menceritakan pasal Raizo, seorang anak yatim yang diambil dari jalanan untuk dilatih menjadi ninja pembunuh oleh Ozunu Clan, salah satu clan dari Nine Clans. Misteri Nine Clans nih. Telah wujud lebih seribu tahun tapi ramai yang tak tau. Upah untuk bunuh orang adalah seratus paun emas. Ada emas kerja jalan. Oleh sebab tak nak jadi pembunuh upahan, Raizo telah membelot dan lari dari klan Ozunu tapi hidup dia selepas tuh sentiasa jadi buruan. Nak di jadikan cerita, pihak Europol yang di anggotai oleh Mika dan bos nya Ryan Maslow pun tengah menjejaki kumpulan ninja pembunuh klan Ozunu nih. So, secara tak langsung diaorang berkerja samalah...


Scene pertama dalam movie nih kita di perkenalkan ngan sekumpulan yakuza wanabe di Osaka. Nama ketua yakuza nih tak di bagitau palak. Tapi pelakon dia yang jadi Han dalam Fast & Furious tuh. Kumpulan nih telah di pilih untuk dibunuh oleh kumpulan ninja jahat Nine Clans dengan M.O. diaorang iaitu black sand. Scene lawan mula-mula nih dah memang best dah. Blood everywhere... massacre lah katakan...



Raizo masa kecik ketika menjalani latihan. Letih. Susah jugak nak jadi ninja nih rupanya.
Mamat omputeh nih adalah target pertama Raizo. Kuat nak mampos. Dah kena tikam banyak kali pun selamba je lagi.
Raizo yang macam dah menyesal dan plan nak belot.
Bos Ozunu mengarah kan Raizo untuk bunuh awek ninja tuh. Raizo nih manalah nak buat kasar kat pompuan...pijak semut pun tak mati depan awek...Masa ni la Raizo amik keputusan untuk lari dari Ozunu Clan. Teruk dia kena belasah. Babak scene kena baling ngan shuriken memang hebat.
Scene lawan...yeaarghhhh....best giler.... Raizo tengah berlawan ngan abangnya Takeshi. Kunai berantai tuh senjata faveret Raizo. Habis semua dipotongnya...
Nama saya RAIN....ingat tuh....
Fight scene last nag tok guru pun best gak...siap bleh hilang-hilang lagi...cam tengok anime Bleach masa Ichigo lawan ngan Grimjoww...
Untuk citer nih bozzo bagi 7/10 tapi untuk fight scene dia bozzo bagi 10/10. memang best. Walaupun banyak CGI tapi best. Sehingga ke hari ini dah 12 kali bozzo layan. Siap dah download masuk PSP lagi...yeahuuuu...

Wednesday, February 24, 2010

Cara Baru Panggang Ayam

Ada member hantar gambar kat bozzo cara-cara nak panggang ayam dengan mudah. Dia kata menjadi. Bozzo sendiri pun tak pernah cuba... Member nih siap letak sayur dan kuah skali. Cam sedap je...
Korang cuma perlu cucuk ayam-ayam nak di panggang di atas tanah. Make sure cucuk nagan besi jangan ngan kayu. Nanti kang klu pakai kayu takut terbakar kayu cucuk skali habis la rosak ayam-ayam tuh.
Korang siapkan tin minyak tanah cam dalam gambar kat atas. Tutup ayam-ayam tadi ngan tin rapat-rapat. Jangan sampai api boleh masuk dalam. Tujuannya adalah untuk dapatkan rasa cam smoked chiken. Letak ranting-ranting je di sekeliling tin dan bakar. Api tak jaga. Kuat mana pun takpe. Takan hangus punya ayam kat dalam tuh. Untuk sekor ayam hanya perlu bakar 15 hingga 20 minit ngan api yang kuat. pastu jangan tambah kayu. Biar panas bara je yang masakkan isi ayam. Klu tak pasti dah masak ke belum korang bleh bukak dan tengok. jangan pas hidup api gi tido plak...
Tengok tuh hasilnya...masak rata dan tak hangus. Nak bau sedap pakai kayu getah.
Dari segi rasa, ia akan mengikut orang yang membuatnya. Klu pandai sedap...klu tak pandai sendiri makan je la. Korang bleh la cuba nanti. Klu nak buat jangan lupa jemput bozzo plak.