Tuesday, May 11, 2010

Iron Man 2

Poster rasmi

Bozzo pasti mesti semua orang dah tengok movie nih. Tapi bozzo tak peduli. Bozzo nak citer gak pasal Iron Man 2 nih dah kebestannya.

Tony dan Rhodes yang memakai Mark II

Citer nih memang kesinambungan terus dari Iron Man 1. Tony Stark dah pun mengaku di press conference bahawa dialah sebenarnya Iron Man. Oleh disebabkan kerana Tony nih memang jenis yang lazer dan sedikit berlagak, so dia secara tidak langsung telah menganggap dirinya sebagai peacekeeper yang tak terkalah. Siap cabar lagi sesape yang nak lawan. Sombong betul...tapi klu bozzo jadi Iron Man pun mungkin lebih sombong lagi kot.
Lt. Colonel James Rhodes (Don Cheadle) dan Justin Hammer (Sam Rockwell)

Selain dari tekanan menjaga keamanan, Tony juga berdepan dengan masalah Arc reactor(chest piece) yang menjadi sumber tenaga dan nadi penggerak body suit juga sedikit demi sedikit membunuhnya. So, dia terpaksa memeras otak untuk mencari tenaga altenatif lain sebelum terlambat. Nak dijadikan cerita, kerajaan Amerika juga mahukan Tony menyerahkan suit Iron Man kerana menganggap suit itu sebagai weapon of mass destruction.
Ivan Vanko (Mickey Rourke) aka Whiplash

Musuh Tony dan Iron Man kali nih ada 2. Tony terpaksa bertelagah ngan Justine Hammer yang sememangnya dengki ngan kebolehan Tony dan mahukan siut Iron Man untuk dirinya sendiri. Bila dah jadi Iron Man, Tony terpaksa plak berdepan ngan Ivan Vanko aka Whiplash. Ivan nih memang dah lama berdendam ngan Tony kerana menurut bapanya, Arc Reactor ciptaan Tony itu adalah ciptaannya yang dicuri oleh bapak Tony. Ini cerita dendam bapak bagi kat anak la nih.

" i want my birdddddd...."

Nak racing pun susah...
Happy Hogan (Jon Favreau) aka Pengarah Filem

Scene masa nak pakai baju nih memang sempoi.

Natalie Rushman (Scarlett Johansson) aka Black Widow

Tony gak ada seorang pembantu baru yang cun nama Natalie Rushmore. Natalie nih sebenarnya adalah seorang agen SHIELD yang ditugaskan oleh Nick Fury untuk menilai Tony untuk dimasukkan didalam Program Avengers. Memang sesuai sangatlah Scarlett Johansson ni jadi Black Widow. Memang mengancam. Tenggelam Pepper Potts dibuatnya.

Nick Fury of S.H.I.E.L.D (Samuel L. Jackson)
Trivia: watak Nick Fury dalam komik memang dicipta berdasarkan wajah dan karekter Samuel. Memang nasib baiklah Samuel nak berlakon jadi Nick.

So, bermulalah aksi terbang-terbang dan tembak-tembak orang-orang berpakaian besi. Fight scene kali nih tak berape memberangsangka. Fight ending pun cam kejap sangat. Bozzo lagi suka masa Tony kena serang kat Monaco ngan Whiplash masa racing. Lagi best...lagi banyak benda meletup lagi berdegup jantung.
Congkel gigi tuh memang tak leh tinggal
Klu gini rupa tukang sebat kat Malaysia nih mesti ramai yang insaf tak berani buat jahat dan perkara mungkar.

Bozzo bagi movie nih 4 bintang out of 5. Tak cukup lawan-lawan dan tak cukup kuat orang jahatnya. Harap-harap part 3 nanti adalah yang lebih kuat. Lawan ngan Onslaught pun takpe. Biar mati trus semua.

ps: thanks sayang belanja ling tengok wayang...

6 Comments:

.::WaNiE::. said...

ko agak ada ironman 3 atau terus the avenger??

hmmm

GraFiQuE said...

heh, ko tak citer pun shiel kepten america jadi alas jer kat citer nie... ehehehe

ha'ah betul la ko cakap bozzo, kitaorang memang dah tengok citer nie

DrSam said...

last fight scene tu memang anticlimax betul. Kalau banyak lagi letup-letup baru puas. tapi karektor robot ciptaan Ivan tu silap tengok macam kartun Gundam destiny pula :)

@xiM said...

best citer ni....Terbaekkkk!!aku kasi 4 jugak dari 5..:)

bozzobattousai said...

wanie,
ironman 3 dah siap dah...avengers lambat lagi pasal filem THOR ngan Captain America belum tayang pun...

====================================
afkha,
aku memang dah tau ko mesti dah tengok punya..

bozzobattousai said...

DrSam,
last fight scene memang anti climax sungguh...robot Ivan tuh skali tengok memang ada cam gundam destiny sket..

=====================================
axim,
memang best sket la dari cite andartu terlampau...he he he...