Tuesday, June 2, 2009

Weekend At The Movies

Filem pertama yang bozzo ngan ayang tengok adalah Angels & Demons. Citer nih bukan kesinambungan citer The DaVinci Code tau. Totally different storyline. Untuk pengetahuan korang citer nih pon diadaptasi dari novel Dan Brown gak. Tuh pasallah watak hero dia sama.
Bozzo dengan tak takutnya mencucuk hidung Langdon. He he he. Selingan. Kali ini Robert Langdon dipanggil ke Vatican City untuk menyiasat tentang group Illuminati yang telah mencolek 4 Cardinal utama yg menjadi calon untuk jadi Pope yang baru. Mereka juga akan dibunuh sejam sorang jika demand-demand group Illuminati ini tidak di penuhkan.
Robert Langdon harus menggunakan segala clue-clue yg ada serta pengalamannya dalam sejarah Kristian dan Vatican untuk mencari 4 Cardinal itu sebelum dibunuh. Jalan cerita Angels & Demon tak sepantas DaVinci Code dan puzle-puzlenya tak sepening DaVinci. Tom Hanks sekali lagi berjaya membawa watak ini dengan berjaya. Bozzo suka dengan Langdon punya wit and knowledge yang kadang-kadang lebih mendalam dari orang-orang di Vatican City sendiri.
Dalam citer nih memang ada angels dan memang ada demons. Cuma kita sendiri je yang boleh tentukan siapa yang sebenarnya angels dan siapa yang lebih jahat dari demons. Bozzo bagi 7 out of 10.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terminator Salvation adalah filem yg kedua ditonton. Tengok poster kat atas nih dah dekat setahun lebih. Memang dah teruja sangat nak tengok. Bozzo memang peminat susah nak mati Terminator dan citer-citer post apocalypse yang lain dan francais-francaisnya.
Citer nih memang lanjutan terus dari penamat T3 yg lepas. Dunia memang dah hancur bersepai-sepai di kerjakan dek mesin-mesin yg sepatutnya jadi our slave. Cis. Berani pulak mesin-mesin nak memberontak. Keadaan bumi digambarkan muram dan gelap cam citer Matrix lebih kurang. Mereka yg survive nuclear holocost yg pertama mencari perlindungan di bawah tanah serta dibawah saki-baki timbunan runtuhan tamadun manusia.
Filem dimulakan dengan babak serangan pihak The Resistence pimpinan John Conner yg sudah dewasa dan dah dapat latihan askar. Cam hebat je nampaknya. John jugak dianggap sebagai messiah atau kunci kejayaan pihak Resistance menentang mesin. Masa nih, mesin-mesin tuh cuma ada model T-700, iaitu model besi sepenuhnya. Tapi John telah dapat tahu yang mesin-mesin nih tengah cipta robot baru T-800 (yang macam dalam Terminator 1 &2).
Ada satu watak baru iaitu Marcus, seorang yang telah dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1998 tapi hidup semula pada masa skarang. Rupa-rupanya Marcus hanyalah satu rancangan terperinci oleh mesin-mesin tuh untuk infiltrate markas The Resistance dan mengumpan John datang ke Central. Senang citer korang gi tengok je la. Tak rugi. Padat dengan aksi dan plot twist yang boleh buat korang pening. Babak motorterminator memang best. Terminator rempit.There is no fate but what we make...Bozzo bagi 8 out of 10.
ps: gambar-gambar diambil dari google dan N95 ayang.

12 Comments:

Adam said...

damn.. bozzo .. tak sangka giler aku ko berkesempatan menyucuk hidung tom hanks... hahahahaha

bozzobattousai said...

dakjaat,
tom hank yg benarkan...he he he....

Shitsurei Shimashita said...

hahaha!!! kalo lah tom hamks nampak tentu dia kata Run forest run..hehehe.
Scam you!! bengx2!!

ayang ati said...

minggu depan nak tengok cite apa pulak ye sayang?
he he he

sutera putih bertukar pink,,, said...

sememangnyer,,,itu movie2 yg wajib d layan,,,

layannn...

bozzobattousai said...

shimashita,
tom hank tak marah...dia senyum je...

===================================
ayang,
minggu dpan cuti movie....

===================================
sutera putih,
layan....zasssss....

@xiM said...

amboihh marathon movie tak hengat..pi la tengok citer night at the museum bapak lawak okeh..hahha

tapi citer TERMINATOR tuh memang pehhh..da lama tunggu bila tengok memang puas hati gila!!action pax tak hengat!!

*soalan:awat KYLE REESE tuh muda dari anak dia??tak paham sket tang tu..sila jelaskan dalam 100 patah perkataan k..TQ

paatz said...

seriyes...terminator best!!! rugi tak tengok...

Suzi said...

wah berderet movies ditonton...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Cerita pertama tu berat sikit tapi sesuai utk orang orang berat macam kita kan bozzo.. citer kedua tak sempat tengok lagi... sibuk nak jumpa family, maklum akan pindah jauh... hehehhee

bozzobattousai said...

axim,
kyle reese tuh lebih muda dari anak dia sebab lagi 10 selepas T4, john connor akan hantar dia iaitu kyle reese ke masa silam iaitu pada tahun 1984 untuk kyle selamatkan ibu john connor( linda hamilton)dari dibunuh oleh robot T800(arnold)-sila rujuk filem Terminator 1. Pada masa itu ibu john connor masih anak dara sunti. So, sebab diaorg omputeh and cought in the momment, terlanjur la...Sebelum mati kyle reese yg skarang dah jadi bapak john connor sempat berpesan "there is no fate but what we make"- sila rujuk filem Terminator 2. Pesanan itulah jugak yg di beri oleh john conner sebelum menghantar kyle reese ke tahun 1984. Pendek kata kita memang akan tahu siap sebenarnya yg mula-mula skali tinggalkan pesanan itu dan perang memang takan berakhir kerana john conner akan mati 5 tahun kemudian-sila rujuk Terminator 3. Diharap penerangan ini memadai. Penat r....

bozzobattousai said...

paatz,
T4 memang best...

=====================================
Kak suzi,
bulan 6 nih lagi bnyk marathon movie...

=====================================
abg bear,
cepat tengok T4 abg bear...terlepas rugi...