Salam Kekhamisan!!!!
Seperti biasa hari saya bermula seawal jam 5.30 pagi. Tapi pagi ini, agenda saya agak berlainan sedikit daripada hari-hari lain. Harini saya kena menghantar adik saya Shuk dan isterinya Fiza ke KL Sentral. Mereka nak gi Sabah untuk Honeymoon yang ke ntah berapa kali dah. He he he
So, lepas bersiap-siap, mengikut perancangan awal, kami akan bertolak ke sana selewat-lewatnya jam 6.30 pagi memandangkan saya harus berada di ofis selewat-lewatnya jam 8.00 pagi bagi mengelakkan kerenah birokrasi yang ntah hape hape yang berlaku di ofis saya sekarang. Namun, kita hanya mampu merancang. Kami hanya dapat bergerak dari rumah pada jam 7.00 pagi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.....
Tepat jam 8.00 pagi, kami sampai kat KL Sentral, dan selepas berpeluk-pelukan lebih kurang, saya pun terus memecut KBY 98 iaitu kereta adik saya menuju ke ofis. Kerana sebab kesesakan jalanraya yang sungguh dasyat, saya dengan sadisnya telah selamat tiba kat ofis jam 8.46 pagi.
Memandangkan saya telah berjaya memandu ke ofis pada hari ini, maka tetiba je terasa amat boring untuk menghadapi lunch di cafe kat B1 tu. Maka saya telah dengan jayanya mengajak Ling dan Cik Yana untuk lunch kat luar pada tengahari ni.
Setelah berbincang tempat untuk lunch, maka kami telah bersepakat untuk pergi ke Restoran Ole Ole Bali yang berlokasi di Solaris. Dekat je dengan ofis kami. Lebih kurang 159 pelaung jaraknye.
Kebetulan pulak tengahari ni cuaca sungguh sedih. Hujan turun separa lebat. Maka masa kami sampai disini, orang tak le ramai mana. Lepas meng order apa yang nak di lunch kan, seperti biasa sempat la kami snap dulu serba sedikit apa yang patut.
Ni pintu masuk restoran ni. Kami tak melalui pintu ini sebab kami hanya melepak diluar sahaja. Tujuan kami melepak diluar kerana ada seorang naga yang ingin menghembuskan asapnya dikalangan kami. Kat dalam tu asap-asap tak dibenarkan.
Sebenarnya dekorasi restoran ini agak unik kat dalam tu. saya takde la gi snap sakan macam pro. Setakat ambik gambar guna N95 ni, sikit-sikit dah le kan.....
Sky Juice, garfu, pisau dan tisu serta alas pinggan tu FOC je... dan takleh bawak balik. Kecuali sky juice yang purposenya untuk diminum.
Waiter yang kami tak tau bangsa apa sedang menyusun atur sudu mudu yang diperlukan untuk makan nanti
Ling yang sungguh santai dan sungguh menyantaikan diri sementara menanti hidangan
Sesiapa yang tak kenal ngan gadis ayu kat dalam gambar ni, sila terjun dalam telaga atau tembak diri sendiri
Ice Lemon Tea untuk Cik Yana
Rasanya macam teh o ais limau ;)
Barley Lime untuk saya
Barlinya tak terasa lansung. Macam limau ais je la rasanya.....
Ice Blended Pulut Hitam untuk Ling Rasa macam cendol dan agak manis
Trio Platter permintaan Cik Yana
Chicken Wing, Cumi Goreng Tepung dan Lemongrass Chicken Grill
Chicken Wing tu saya dan Ling yang tolong habiskan sebab tak nak melakukan pembaziran. Tak nak jadi sahabat syaitan kan..... Cik Yana dah tak mampu nak habiskan.
Saya sebenarnya sedikit confuse dengan Cik Yana sejak akhir-akhir ni. Adakah selera makannye sudah menurun atau, selera makan saya yang semakin menaik?
Sapa ada jawapan sila jawab ye....Ha ha ha
Nasi Campur Ole Ole buat Ling Ada Grilled Dory Fish, Grilled Prawn, Ayam (tak tau masak apa), Lemongrass Chicken Grill, Grilled Squid, Sayur Kangkung dan sejenis sayur lagi, sambal dan rempeyek.
Portionnye memang besar sampai Ling tersandar kekenyangan.
Ole Ole Chicken and Squid Combo untuk saya Dihidangkan bersama mash potato, coleslaw dan jagung bakar
Rasanya boleh tahan. Portionnye pun memang agak besar dan memang ia juga buat perut saya kesendatan
Seperti biasa, gambar bertiga mesti la kena ada kan..... Dan melihat kepada gambar ini, maksud
PERUT KENYANG SUKA HATI amatla tepat untuk menggambarkan keadaan kami pada masa itu.
Saya agak tertarik dengan bekas tempat letak duit yang digunakan tu. Agak unik kan....... Terima kasih kepada Cik Yana dan Ling yang telah menemani saya lunch kat luar pada hari ini. Sesungguhnya SAYA SAYANG SANGAT-SANGAT DENGAN KALIAN
Bila dah kenyang, mata mula terasa nak pejam. Kena pulak kat luar sana, cuaca agak mendung. Hujan turun renyai-renyai seakan mendodoi.
Kejap lagi dah nak balik.............
Hingga ketemu lagi......
-ayang ati-
0 Comments:
Post a Comment