Selamat bersiaran kembali di hari selasa yang indah ini.
Seperti entry yang sebelumnya, entry kali ni jugak adalah kejadian yang berlaku pada minggu lepas yang tak sempat nak di update kan tepat pada masanya atas sebab-sebab kesuntukan masa. Persamaan entry ni dengan yang lepas adalah kedua-duanya berkenaan pasal makan. (agak skema bunyinye disitu)
Peristiwa makan-makan kali ini berlaku pada hari Khamis lepas dan ianya adalah angkara dari Cik Yana yang cumil. Sebenarnya Cik Yana dah banyak kali ajak saya gi makan kat JOGOYA ni sebab katanya best sangat-sangat. Memandangkan selera makan kami agak sama (selain dari cik yana tak makan siput yang pelik-pelik dan tak makan raw food), maka saya amatla percaya bahawa tempat tu memang best seperti yang didakwa.
Cik Yana dengan tamaknya telah mengajak saya kesitu dan saya telah memanjangkan ajakan tersebut pada Ling. Dan, atas persetujuan bersama, kami telah menge'set' masa pada hari Khamis. Tiba harinya, saya dan Cik Yana telah menumpang kereta Cik Chiqa separuh jalan iaitu hingga ke monorail dan kami menyambung perjalanan dengan gigih ke JOGOYA yang bertempat di Starhill itu dengan berjalan kaki sahaja. Manakala Ling pula pergi dengan menunggang WQD sorang-sorang. Kami sampai terlebih dahulu dan sementara menunggu Ling tiba, kami 'check in' dulu dan saya telah berjaya menghabiskan sekeping grilled lamb, semangkuk ramekin macaroni cheese, 3 ekor udang tempura dan sebiji air kelapa.
Kisah sebenar bermula bila Ling tiba.....
Promosi kat sini sampai 25 ogos ni. Bayar 2 orang dapat makan untuk 3 orang. Sangat la berbaloi-baloi untuk penggemar seafood seperti saya. :) Gambar ni saya letak mula-mula sekali sebab I love this tiram 'very hard'.....ooppss.... (tumpang lalu Datuk Siti......)
Cik Yana yang cumil yang telah bertanggungjawab mengheret saya dan Ling ke alam penambahan berat badan yang berlebihan ni......ha ha ha
Kalau tiba bab makan, ada couple lain ke yang boleh celen kami?Hmmmmm.......
Saya makan tiram agak banyak haritu. Sampai Ling pun naik risau sedangkan saya masih mampu tersenyum sambil ambik dan ambik lagi.
Nampak Dim Sum tu? Sungguh la best....(ada ke yang tak best?)
Sebenarnya banyak sangat-sangat lagi pilihan Dim Sum kat sini. Tapi saya cuma ambik 2 jenis je. Takkan nak makan dim Sum je kan....Rugi la.... Banyak lagi yang best ni...
Cik Yana dengan jayanya telah menghabiskan air kelapa ini sebanyak 15 biji. Maaaak Ai!!! Ye ke Na? Ha ha ha
(sila buat pembetulan jika da kesilapan...)
Ling pun tak nak ketinggalan membaham tiram yang best ni. Tapi dalam banyak-banyak yang saya ambik, Ling cuma makan satu je. Tak berani nak makan banyak-banyak, katanya. Adakah ini bermakna saya sungguh berani?
Ling makan yang satu itu tak habis-habis sedangkan saya telah melenyapkan beberapa biji tiram
(betulke penjodoh bilangan ni?) dengan sekali hadap.
Dari kiri:
Catfish gulung, Ayam Shogun dan Chicken WingCatfish tu tender sangat-sangat. Ayam Shogun, Ling kata first class. Chicken Wing agak mengecewakan. Ling kata takde rasa.
Dari kiri lagi:
Crab Stick, Grilled Catfish dan Ayam PandanCrab Stick tu biasa-biasa aje. Grilled Catfish, SUPERB.....Ayam Pandan pun biasa-biasa aje...
Ini adalah
Grilled Lamb yang ketiga untuk saya. Rasanya amatla best. Sangat tender, juicy dan lansung tak berbau lamb. Perapannya pun best. Berapa hari perap pun tak tau la ni. Yang pasti sangat best. Tak caye tanya Cik Yana. Ling tak makan lamb ni. Tapi, tengok pun dah macam sedap kan......
Dan yang macam sate tu, ialah isi siput yang di'sate'kan. Cik Yana dan Ling tengok saya makan sambil mengerut-ngerutkan dahi mereka. Sedap la......Rasa macam siput la....;)
Udang Tempura ni pun kami berulang-ulang kali gi refill. Walaupun ada 'orang tu' cakap udangnya macam pelik la, rasanya tak macam biasa la, tapi, tetapla 'orang tu' makan sampai bertambah-tambah. He he he. Siapa 'orang' yang dimaksudkan? Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu.....
Sungguh tamak kami pada masa ini. terlupa dengan ajaran 'Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang'. Macam-macam jenis makanan ada kat atas meja pada masa yang sama. Masa ni Ling yang tengah syok makan tetiba terkujat bila flash kamera terkena kat muka dia. Tu yang macam terbulat sket mata tu. He he he.
Apa-apa pun,
Ayang sayang Ling.....(tetiba)
Masa ni masing-masing dah mula bermain-main di dalam restoran. Bukan la melompat-lompat, tapi berehat-rehat sebentar sementara menanti 'makanan turun' sebelum menyambung perjuangan yang masih belum selesai.
Saya dah lama teringin nak buat kuih ni (kuih ke?). Pernah cuba buat tapi tak menjadi. Nama kuih ni,
meringue. Saya tengok Jamie buat macam senang sangat-sangat. Tengok Anna Olson buat pun macam semudah ABC. Tengok Laura Calder buat pun sama. Tapi bila saya buat tak jadi. Amatla sedih.
Sambil berjalan-jalan melihat aneka jenis makanan yang ada, kami tertarik ke seksyen kuih muih ni. Pilihan kek yang amat banyak seakan pemandangan yang biasa kepada kami. Kami lebih tertarik untuk mencuba sesuatu yang kami tak pernah cuba. Dan hasilnya......
Mengikut putaran jam: Egg Tart-biasa-biasa je, Red Bean Mochi-Saya ngan Cik Yana tak boleh telan kuih ni. Ling pulak cuma makan intinya aje, Black Sesame Mochi- Yang ni pun kami bazirkan je sebab tak mampu nak telan. Rasanya macam herba sangat, Almond Cookies- sedap, Scone- Pun best.
Adakah ini model Haagen Dazs?
Saya tak mungkin jadi model Meringue.....ha ha ha
Agak-agak 'makanan dah turun', saya ngan Ling pergi mengintai lagi apa-apa yang terasa nak makan lagi. Masa ni, Cik Yana dah tersandar kekenyangan. Cik Yana dah surrender....Hmmmm....
Dalam pencarian kami, kami menemui siput-siput yang berlainan jenis ini. Saya rasa tertarik dengan siput-siput ini, dan saya telah berjaya meracun fikiran Ling untuk turut serta dalam acara siput menyiput pulak. Siput-siput ni diletak di satu sudut yang ala-ala
steamboat. Ada disediakan 4 jenis soup. Yang saya ingat cuma tomyam soup dan miso soup. Kami memilih siput-siput seadanya, dimasukkan kedalam bekas yang disediakan, dan kami curahkan tomyam soup diatasnya.
Tadaaaa........Inilah hasilnya. Siput-siput tersebut telebih dahulu kami masak diatas 'stove' yang ada kat atas meja kami.
Siput ni saya tak pernah makan. Jadi saya nak la cuba kan.....alang-alang dah ada peluang. Itulah rupa isi siput tu. Rasanya kenyal-kenyal tapi sedap. Bagi saya la...... Cik Yana dan Ling hanya memandang sebelah mata je......
Tiram lagi?!!! Ini adalah
Tiram last yang saya ambik. Besar sangat pulak. Saya terpaksa tinggalkan satu sebab terlalu besar dan saya takleh telan. Yang pasti, tiram-tiram inilah yang telah berjaya mendenyutkan kepala saya selama 3 hari.......
Cik Yana yang sungguh berlagak dengan tiram yang besar itu.
Pengakhirannya, saya telah dengan rakus pergi mengambil
aiskrim haagen dazs bersama-sama dengan
marshmallow dan 'biskut' yang disiram coklat. Sungguh nikmat.......
Tamak haloba disitu. Kiri kanan ada makanan. Haagen dazs tu adalah aiskrim round yang kedua. Yang pertama, saya dah ambik 3 scope
aiskrim New Zealand natural. Saya ambik perisa green tea. Saja nak rasa la kan.... Sedap, bagi saya. Cik Yana kata macam muntah baby(tak tau pulak Cik Yana pernah makan muntah baby kan.....ha ha ha). Ling pulak kata macam rasa tembakau.
Masa ni semua pun dah kekenyangan yang amat sangat. Sambil menanti saya habiskan marshmallow saya, Ling telah berjaya mengukir buah kelapa tersebut menjadi beberapa bentuk. Salah satunya kereta kebal. Nak tau cane, sila tanya ngan Ling sendiri.....
Kenapa saya sayang Ling saya?
Sebab dia berbakat......
he he he
Akhirnya, selepas beratus-ratus kali manager JOGOYA tu duk berulang alik kat tempat kami sambil memandang kami dengan perasaan berdebar(takut makanan dihabiskan oleh kami kot...), kami pun dengan berat hati terpaksa beredar dari sini sebelum dihalau. Ha ha ha....(gurauan semata). Macam biasa, sebelum balik, snap dulu kat depan signboard. Nanti ada yang cakap kami tipu lak kan......
Untuk gambar ni, saya suruh Ling pose sambil pandang atas, tapi Ling tak nak. He he he
Kalau ye pun pening-pening lalat kerana kekenyangan, takkan la sampai patung ni pun nak dicium Cik Yana oiiii.....
Tak nak balik..........Nak makan lagi....... Bawak mengucap ye.....Hujan ribut pun berenti....he he he
Malam itu, kami pulang dengan hati yang girang dan perut yang kenyang. Alhamdulillah.....rezeki yang tuhan berikan.....
Kepada Cik Yana, saya inigin menyaman anda kerana telah berjaya menambahkan berat badan saya dan Ling. Kesian kat WQD. Asyik-asyik je kena tukar tayar. Ha ha ha
Saya akhiri entry ini dengan ucapan kepada Cik Yana, jangan serik untuk ajak kami lagi dalam acara lain kali ye......
I Love You, Yana......
I Love You, Ling.....
-ayang ati-
9 Comments:
patutla aka taknak bg gmbar ek..nak uplod dulu citer neh..siot jerr..tapi.kambing tu sangat sedap....oowwww
bila pulak tak nak bagi. semalam baru akak amik ngan bozzo la.....
-ayang ati-
fulamak...memang dahsyat pengembaran makan di Jogoya ni. Saya tengok tiram yang besar tu pun, fikir dua kali boleh telan atau tidak :)
dr sam,
klu tiram besar sangat tak berape sedap...yg kecik2 sedap...
yana,
nanti belanj buka pose plak ye...banyak pahala tuh...
hai ayang ati..
saya berasa sungguh jeles sekali melihat entri ini sebab saya tak dapat join sekali..kalau taw begini bestnya JOGOYA pasti saya terus pulang ke KL sebaik sahaja habis kursus..takper lah..jalan jalan di JB pun ok what..hahaha
hai axim,
jogoya itu masih lagi beroperasi
promosi pun sampai 25 ogos ni
masih ada masa untuk pergi
boleh la kanda dan bozzo join sekali
ha ha ha
ammvoiii.. makan sakannns abang bozo tewwww
ohoi korang...nak ikot jugak...hehehe..kali ni bozo blanje..tq abg bozo.semoga dimurahkan rezeki
yana,
jom jom jom
he he he
sejak bila ber'abang'2 ngan bozzo nih? ;)
ha ha ha
Post a Comment