Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan.....


Alhamdulillah.....
Dengan keizinan-Nya, dapat lagi kita menghirup udara-Nya dan berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia ini buat kesekian kalinya
Moga kita dapat melaluinya dengan cemerlang
Moga IMAN kita makin bertambah kukuh
Moga PAHALA kita berlipat ganda
Moga kita dirahmati-Nya
Moga kita diberkati-Nya
SALAM RAMADHAN buat semua
-ayang ati-

Thursday, August 5, 2010

Ole Ole Bali

Salam Kekhamisan!!!!
Seperti biasa hari saya bermula seawal jam 5.30 pagi. Tapi pagi ini, agenda saya agak berlainan sedikit daripada hari-hari lain. Harini saya kena menghantar adik saya Shuk dan isterinya Fiza ke KL Sentral. Mereka nak gi Sabah untuk Honeymoon yang ke ntah berapa kali dah. He he he
So, lepas bersiap-siap, mengikut perancangan awal, kami akan bertolak ke sana selewat-lewatnya jam 6.30 pagi memandangkan saya harus berada di ofis selewat-lewatnya jam 8.00 pagi bagi mengelakkan kerenah birokrasi yang ntah hape hape yang berlaku di ofis saya sekarang. Namun, kita hanya mampu merancang. Kami hanya dapat bergerak dari rumah pada jam 7.00 pagi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan.....
Tepat jam 8.00 pagi, kami sampai kat KL Sentral, dan selepas berpeluk-pelukan lebih kurang, saya pun terus memecut KBY 98 iaitu kereta adik saya menuju ke ofis. Kerana sebab kesesakan jalanraya yang sungguh dasyat, saya dengan sadisnya telah selamat tiba kat ofis jam 8.46 pagi.
Memandangkan saya telah berjaya memandu ke ofis pada hari ini, maka tetiba je terasa amat boring untuk menghadapi lunch di cafe kat B1 tu. Maka saya telah dengan jayanya mengajak Ling dan Cik Yana untuk lunch kat luar pada tengahari ni.
Setelah berbincang tempat untuk lunch, maka kami telah bersepakat untuk pergi ke Restoran Ole Ole Bali yang berlokasi di Solaris. Dekat je dengan ofis kami. Lebih kurang 159 pelaung jaraknye.
Kebetulan pulak tengahari ni cuaca sungguh sedih. Hujan turun separa lebat. Maka masa kami sampai disini, orang tak le ramai mana. Lepas meng order apa yang nak di lunch kan, seperti biasa sempat la kami snap dulu serba sedikit apa yang patut.

Ni pintu masuk restoran ni. Kami tak melalui pintu ini sebab kami hanya melepak diluar sahaja. Tujuan kami melepak diluar kerana ada seorang naga yang ingin menghembuskan asapnya dikalangan kami. Kat dalam tu asap-asap tak dibenarkan.
Sebenarnya dekorasi restoran ini agak unik kat dalam tu. saya takde la gi snap sakan macam pro. Setakat ambik gambar guna N95 ni, sikit-sikit dah le kan.....

Sky Juice, garfu, pisau dan tisu serta alas pinggan tu FOC je... dan takleh bawak balik. Kecuali sky juice yang purposenya untuk diminum.

Waiter yang kami tak tau bangsa apa sedang menyusun atur sudu mudu yang diperlukan untuk makan nanti

Ling yang sungguh santai dan sungguh menyantaikan diri sementara menanti hidangan


Sesiapa yang tak kenal ngan gadis ayu kat dalam gambar ni, sila terjun dalam telaga atau tembak diri sendiri

Ice Lemon Tea untuk Cik Yana
Rasanya macam teh o ais limau ;)

Barley Lime untuk saya
Barlinya tak terasa lansung. Macam limau ais je la rasanya.....

Ice Blended Pulut Hitam untuk Ling
Rasa macam cendol dan agak manis

Trio Platter permintaan Cik Yana
Chicken Wing, Cumi Goreng Tepung dan Lemongrass Chicken Grill

Chicken Wing tu saya dan Ling yang tolong habiskan sebab tak nak melakukan pembaziran. Tak nak jadi sahabat syaitan kan..... Cik Yana dah tak mampu nak habiskan.
Saya sebenarnya sedikit confuse dengan Cik Yana sejak akhir-akhir ni. Adakah selera makannye sudah menurun atau, selera makan saya yang semakin menaik?
Sapa ada jawapan sila jawab ye....Ha ha ha


Nasi Campur Ole Ole buat Ling
Ada Grilled Dory Fish, Grilled Prawn, Ayam (tak tau masak apa), Lemongrass Chicken Grill, Grilled Squid, Sayur Kangkung dan sejenis sayur lagi, sambal dan rempeyek.
Portionnye memang besar sampai Ling tersandar kekenyangan.

Ole Ole Chicken and Squid Combo untuk saya
Dihidangkan bersama mash potato, coleslaw dan jagung bakar
Rasanya boleh tahan. Portionnye pun memang agak besar dan memang ia juga buat perut saya kesendatan


Seperti biasa, gambar bertiga mesti la kena ada kan..... Dan melihat kepada gambar ini, maksud PERUT KENYANG SUKA HATI amatla tepat untuk menggambarkan keadaan kami pada masa itu.


Saya agak tertarik dengan bekas tempat letak duit yang digunakan tu. Agak unik kan.......

Terima kasih kepada Cik Yana dan Ling yang telah menemani saya lunch kat luar pada hari ini. Sesungguhnya SAYA SAYANG SANGAT-SANGAT DENGAN KALIAN

Bila dah kenyang, mata mula terasa nak pejam. Kena pulak kat luar sana, cuaca agak mendung. Hujan turun renyai-renyai seakan mendodoi.
Kejap lagi dah nak balik.............
Hingga ketemu lagi......


-ayang ati-

Tuesday, August 3, 2010

Jogoya Jogoya Jogoya

Selamat bersiaran kembali di hari selasa yang indah ini.
Seperti entry yang sebelumnya, entry kali ni jugak adalah kejadian yang berlaku pada minggu lepas yang tak sempat nak di update kan tepat pada masanya atas sebab-sebab kesuntukan masa. Persamaan entry ni dengan yang lepas adalah kedua-duanya berkenaan pasal makan. (agak skema bunyinye disitu)
Peristiwa makan-makan kali ini berlaku pada hari Khamis lepas dan ianya adalah angkara dari Cik Yana yang cumil. Sebenarnya Cik Yana dah banyak kali ajak saya gi makan kat JOGOYA ni sebab katanya best sangat-sangat. Memandangkan selera makan kami agak sama (selain dari cik yana tak makan siput yang pelik-pelik dan tak makan raw food), maka saya amatla percaya bahawa tempat tu memang best seperti yang didakwa.
Cik Yana dengan tamaknya telah mengajak saya kesitu dan saya telah memanjangkan ajakan tersebut pada Ling. Dan, atas persetujuan bersama, kami telah menge'set' masa pada hari Khamis. Tiba harinya, saya dan Cik Yana telah menumpang kereta Cik Chiqa separuh jalan iaitu hingga ke monorail dan kami menyambung perjalanan dengan gigih ke JOGOYA yang bertempat di Starhill itu dengan berjalan kaki sahaja. Manakala Ling pula pergi dengan menunggang WQD sorang-sorang. Kami sampai terlebih dahulu dan sementara menunggu Ling tiba, kami 'check in' dulu dan saya telah berjaya menghabiskan sekeping grilled lamb, semangkuk ramekin macaroni cheese, 3 ekor udang tempura dan sebiji air kelapa.
Kisah sebenar bermula bila Ling tiba.....

Promosi kat sini sampai 25 ogos ni. Bayar 2 orang dapat makan untuk 3 orang. Sangat la berbaloi-baloi untuk penggemar seafood seperti saya. :)


Gambar ni saya letak mula-mula sekali sebab I love this tiram 'very hard'.....ooppss....
(tumpang lalu Datuk Siti......)

Cik Yana yang cumil yang telah bertanggungjawab mengheret saya dan Ling ke alam penambahan berat badan yang berlebihan ni......ha ha ha

Kalau tiba bab makan, ada couple lain ke yang boleh celen kami?
Hmmmmm.......


Saya makan tiram agak banyak haritu. Sampai Ling pun naik risau sedangkan saya masih mampu tersenyum sambil ambik dan ambik lagi.
Nampak Dim Sum tu? Sungguh la best....(ada ke yang tak best?)
Sebenarnya banyak sangat-sangat lagi pilihan Dim Sum kat sini. Tapi saya cuma ambik 2 jenis je. Takkan nak makan dim Sum je kan....Rugi la.... Banyak lagi yang best ni...

Cik Yana dengan jayanya telah menghabiskan air kelapa ini sebanyak 15 biji.
Maaaak Ai!!! Ye ke Na? Ha ha ha
(sila buat pembetulan jika da kesilapan...)
Ling pun tak nak ketinggalan membaham tiram yang best ni. Tapi dalam banyak-banyak yang saya ambik, Ling cuma makan satu je. Tak berani nak makan banyak-banyak, katanya. Adakah ini bermakna saya sungguh berani?

Ling makan yang satu itu tak habis-habis sedangkan saya telah melenyapkan beberapa biji tiram(betulke penjodoh bilangan ni?) dengan sekali hadap.

Dari kiri: Catfish gulung, Ayam Shogun dan Chicken Wing

Catfish tu tender sangat-sangat. Ayam Shogun, Ling kata first class. Chicken Wing agak mengecewakan. Ling kata takde rasa.


Dari kiri lagi: Crab Stick, Grilled Catfish dan Ayam Pandan

Crab Stick tu biasa-biasa aje. Grilled Catfish, SUPERB.....Ayam Pandan pun biasa-biasa aje...


Ini adalah Grilled Lamb yang ketiga untuk saya. Rasanya amatla best. Sangat tender, juicy dan lansung tak berbau lamb. Perapannya pun best. Berapa hari perap pun tak tau la ni. Yang pasti sangat best. Tak caye tanya Cik Yana. Ling tak makan lamb ni. Tapi, tengok pun dah macam sedap kan......
Dan yang macam sate tu, ialah isi siput yang di'sate'kan. Cik Yana dan Ling tengok saya makan sambil mengerut-ngerutkan dahi mereka. Sedap la......Rasa macam siput la....;)

Udang Tempura ni pun kami berulang-ulang kali gi refill. Walaupun ada 'orang tu' cakap udangnya macam pelik la, rasanya tak macam biasa la, tapi, tetapla 'orang tu' makan sampai bertambah-tambah. He he he. Siapa 'orang' yang dimaksudkan? Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu.....

Sungguh tamak kami pada masa ini. terlupa dengan ajaran 'Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang'. Macam-macam jenis makanan ada kat atas meja pada masa yang sama. Masa ni Ling yang tengah syok makan tetiba terkujat bila flash kamera terkena kat muka dia. Tu yang macam terbulat sket mata tu. He he he.
Apa-apa pun, Ayang sayang Ling.....(tetiba)


Masa ni masing-masing dah mula bermain-main di dalam restoran. Bukan la melompat-lompat, tapi berehat-rehat sebentar sementara menanti 'makanan turun' sebelum menyambung perjuangan yang masih belum selesai.

Saya dah lama teringin nak buat kuih ni (kuih ke?). Pernah cuba buat tapi tak menjadi. Nama kuih ni, meringue. Saya tengok Jamie buat macam senang sangat-sangat. Tengok Anna Olson buat pun macam semudah ABC. Tengok Laura Calder buat pun sama. Tapi bila saya buat tak jadi. Amatla sedih.

Sambil berjalan-jalan melihat aneka jenis makanan yang ada, kami tertarik ke seksyen kuih muih ni. Pilihan kek yang amat banyak seakan pemandangan yang biasa kepada kami. Kami lebih tertarik untuk mencuba sesuatu yang kami tak pernah cuba. Dan hasilnya......
Mengikut putaran jam: Egg Tart-biasa-biasa je, Red Bean Mochi-Saya ngan Cik Yana tak boleh telan kuih ni. Ling pulak cuma makan intinya aje, Black Sesame Mochi- Yang ni pun kami bazirkan je sebab tak mampu nak telan. Rasanya macam herba sangat, Almond Cookies- sedap, Scone- Pun best.

Adakah ini model Haagen Dazs?

Saya tak mungkin jadi model Meringue.....ha ha ha

Agak-agak 'makanan dah turun', saya ngan Ling pergi mengintai lagi apa-apa yang terasa nak makan lagi. Masa ni, Cik Yana dah tersandar kekenyangan. Cik Yana dah surrender....Hmmmm....

Dalam pencarian kami, kami menemui siput-siput yang berlainan jenis ini. Saya rasa tertarik dengan siput-siput ini, dan saya telah berjaya meracun fikiran Ling untuk turut serta dalam acara siput menyiput pulak. Siput-siput ni diletak di satu sudut yang ala-ala steamboat. Ada disediakan 4 jenis soup. Yang saya ingat cuma tomyam soup dan miso soup. Kami memilih siput-siput seadanya, dimasukkan kedalam bekas yang disediakan, dan kami curahkan tomyam soup diatasnya.


Tadaaaa........Inilah hasilnya. Siput-siput tersebut telebih dahulu kami masak diatas 'stove' yang ada kat atas meja kami.

Siput ni saya tak pernah makan. Jadi saya nak la cuba kan.....alang-alang dah ada peluang. Itulah rupa isi siput tu. Rasanya kenyal-kenyal tapi sedap. Bagi saya la...... Cik Yana dan Ling hanya memandang sebelah mata je......


Tiram lagi?!!! Ini adalah Tiram last yang saya ambik. Besar sangat pulak. Saya terpaksa tinggalkan satu sebab terlalu besar dan saya takleh telan. Yang pasti, tiram-tiram inilah yang telah berjaya mendenyutkan kepala saya selama 3 hari.......


Cik Yana yang sungguh berlagak dengan tiram yang besar itu.

Pengakhirannya, saya telah dengan rakus pergi mengambil aiskrim haagen dazs bersama-sama dengan marshmallow dan 'biskut' yang disiram coklat. Sungguh nikmat.......

Tamak haloba disitu. Kiri kanan ada makanan. Haagen dazs tu adalah aiskrim round yang kedua. Yang pertama, saya dah ambik 3 scope aiskrim New Zealand natural. Saya ambik perisa green tea. Saja nak rasa la kan.... Sedap, bagi saya. Cik Yana kata macam muntah baby(tak tau pulak Cik Yana pernah makan muntah baby kan.....ha ha ha). Ling pulak kata macam rasa tembakau.

Masa ni semua pun dah kekenyangan yang amat sangat. Sambil menanti saya habiskan marshmallow saya, Ling telah berjaya mengukir buah kelapa tersebut menjadi beberapa bentuk. Salah satunya kereta kebal. Nak tau cane, sila tanya ngan Ling sendiri.....
Kenapa saya sayang Ling saya?
Sebab dia berbakat......
he he he

Akhirnya, selepas beratus-ratus kali manager JOGOYA tu duk berulang alik kat tempat kami sambil memandang kami dengan perasaan berdebar(takut makanan dihabiskan oleh kami kot...), kami pun dengan berat hati terpaksa beredar dari sini sebelum dihalau. Ha ha ha....(gurauan semata). Macam biasa, sebelum balik, snap dulu kat depan signboard. Nanti ada yang cakap kami tipu lak kan......

Untuk gambar ni, saya suruh Ling pose sambil pandang atas, tapi Ling tak nak. He he he

Kalau ye pun pening-pening lalat kerana kekenyangan, takkan la sampai patung ni pun nak dicium Cik Yana oiiii.....

Tak nak balik..........Nak makan lagi.......
Bawak mengucap ye.....Hujan ribut pun berenti....he he he

Malam itu, kami pulang dengan hati yang girang dan perut yang kenyang. Alhamdulillah.....rezeki yang tuhan berikan.....
Kepada Cik Yana, saya inigin menyaman anda kerana telah berjaya menambahkan berat badan saya dan Ling. Kesian kat WQD. Asyik-asyik je kena tukar tayar. Ha ha ha
Saya akhiri entry ini dengan ucapan kepada Cik Yana, jangan serik untuk ajak kami lagi dalam acara lain kali ye......
I Love You, Yana......
I Love You, Ling.....
-ayang ati-

Monday, August 2, 2010

Dinner di Restoran Nelayan

Hello everybody!!!!!

Dah lama rasanye tak update berita terkini. Sebenarnye banyak sangat cerita terkini yang nak di update tetapi tak berkesempatan. Bz je memanjang. Mengalahkan pak menteri. Sekarang ni cuba jugak-jugak mencelah-celah diantara kesibukan untuk meng update kan cerita-cerita yang dah tertinggal.



Ini adalah cerita pada selasa minggu lepas. Tetiba je Ling telah men surprisekan saya dengan membawa saya pergi dinner kat Restoran Nelayan.
Kenapa saya SAYANG SANGAT-SANGAT kat Ling saya?
Sebab dia BEEEEESSSSSSTTTTT......
Sebab dia FULL OF SURPRISE.......
(Tetiba je kan.....selingan...)

Kami sampai agak awal sebab restoran belum bukak lagi waktu tu. So, sementara menunggu retoran bukak, kami gi la tengok orang main kete kontrol kat depan restoran tu dulu. Lepak kat situ dalam setengah jam, kami pun melangkah masuk ke restoran. Masa tu takde orang lagi. Selain kami, cuma ada satu couple bangsa asing je. So, seronok la kami snap sana sini.

Ling kata, ayam bakar kat sini first class. Tapi masa kami sampai tu, ayam bakar masih belum masak lagi. Sementara menunggu ayam bakar siap dimasak, kami meninjau-ninjau la dulu makanan lain yang ada kat situ.

Kami ambik set buffet pada malam tu. Sebelum kami ambik bahan-bahan mentah untuk steamboat, kami intai dulu bahagian appetizer. Saya tak ambik apa-apa kat bahagian tu sebab mata dah tertumpu pada udang yang melimpah ruah.

Ling ambik ubi manis ni. Kata Ling sedap sangat. Tapi saya tak berapa berminat dengan benda-benda manis ni. Jadi, saya hanya melihat Ling makan je la.


Yang ni, memang diorang letak kat meja makan. Kalau makan, kena la bayar. Kalau tak makan, boleh je suruh diorang amik balik. Again, hanya Ling yang makan sebab saya tak makan asam.


Kacang ni pun sama. Pihak restoran letak kat meja. Yang ni, saya makan ngan Ling.


Sementara menanti kuah steamboat panas menggelegak, saya bersiar-siar melihat pilihan makanan lain. Dan inilah hasilnya. Saya agak tertarik dengan ayam masak merah dan hati goreng ni. Tapi amik sikit je la sebab bukan ini tujuannya saya dibawa kemari....he he he




Inilah tujuannya.....
Ling tau sangat-sangat yang saya adalah pencinta tegar seafood. Jadi, setelah mengambil seberapa banyak yang mampu seafood yang ada, kami pun masukkanla dalam kuah steamboat yang dah panas ni. Kami pilih kuah tomyam. Gambar seafood yang belum masak terlupa nak ambik. Terlalu teruja la katakan....he he he
(Sayur nan 3 helai itu sekadar hiasan ye......ha ha ha)

Rupa udang dan ketam yang siap dimasak dan menunggu masa untuk di makan. Sebenarnya saya pun dah lupa ini pinggan yang keberapa dah....he he he

Ini pulak rupa udang dan ikan pari yang dah siap masak.



Dan ini adalah rupa udang, ketam, ikan pari dan ayam yang dah selamat dikerjakan oleh kami. Yang ni pun saya dah tak pasti pinggan yang keberapa......:)


Wajah seorang seafood maniac

Sungguh nikmat rasa udang itu lebih-lebih lagi selepas dikopek kulitnya oleh seseorang.....:)

Inilah rupa Ling selepas makan asam

Dengan begitu gigih beulang-ulang mengambil ayam bakar. Sampai terpaksa menyinsing lengan tanda semangat.

Inilah ayam bakar yang best tu. Memang best sangat-sangat. Ling memang tak tipu

Masa ni perut dah kenyang sangat-sangat. tapi boleh lagi try bubur pulut hitam ni. Best sebab tak manis sangat dan cukup lemak.

Adakah ini semua dimakan oleh kami BERDUA?
Tak percaya? Sila percaya.......;)

Gendang gendut tali kecapi; Kenyang perut suka hati
On the way kuar, singgah kat sampan ni dulu amik gambar

Maaf ye sayang atas kenaifan ayang dalam mengambil gambar. Hasilnya sungguh la romantik

Bukti kami memang ke sini

Ada sesuatu yang melintas, atau asap, atau bayang-bayang kah itu? he he he

Ling yang kekenyangan yang amat dah.......

Dalam perjalanan nak balik, nampak pulak pemandangan yang cantik ni. Berhenti la kejap ambik gambar. Kerana kekenyangan dan kemalasan yang dah sampai tahap maharaja, helmet pun dah tak larat nak bukak. he he he

mana aci Ling sorang je. Ayang pun nak......

Kesimpulannya, kami bailik malam tu dengan perut dipenuhi udang, ayam, ketam, ikan, dan makanan sampingan yang lain.
Terima kasih sayang sebab belanja ayang......Lain kali jangan serik belanja lagi ye.....he he he
Ayang SAYANG Ling.......


p/s: kepada couple kat luar sana, saya cuma ingin berpesan. sekiranya pasangan anda amatla pemalu orangnya atau buat-buat malu ketika keluar berdating dengan anda, anda dinasihatkan supaya tidak membawa pasangan anda makan secara buffet. hanya akan merugikan anda. ha ha ha

-ayang ati-