Thursday, August 13, 2009
SEBESAR ZARAH SAHAJA
Royal Swedish Academy Of Science
pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah swt untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril as mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
Posted by bozzobattousai at Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 Comments:
Subhanallah...moga kita ambil pengajaran dan peringatan...
Salam.
Terima kasih buat bozzo kerana telah berkongsi tazkirah yang betul2 menginsafkan diri. Semoga kita sedar betapa setiap kejadian, setiap apa2 yang diciptakan oleh Allah sudah tentu ada cerita, hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu sehingga kita sendiri berusaha untuk mengkajinya..Terima kasih sekali lagi..
kak suzi,
semoga kita lebih takut nak buat dosa dan lebih berani nak buat pahala....
===================================
whitetulip,
sama2lah kita berusaha....
salamm jumaat abang bozzo ittewww.. kalo abang bozzo nk jawab TAG me, dipersilakannn one uoolsss.. ehehe
Post a Comment