Sunday, August 23, 2009

Apabila umatku telah membuat 15 perkara

Salam..

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.):

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala ( jerebu, h1n1, h5n1, aids ) pasti akan turun ke atas mereka iaitu:


1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja. ( kroni2, ahli politik, top level management, shareholders, )
2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan. ( Nak kaya masuklah politik )
3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman). ( Institut Baitulmal kerjasama dengan UITM, kalau tak cukup belanja, boleh buat pinjaman. )
4 - Suami taat pada isteri. ( Suami takut pada isteri pun dah banyak.. Siap kena belasah/simbah asid lagi.. )
5 - Anak mendurhakai ibunya. ( Nak kaya masuklah politik )
6 - (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya. ( Ibu bapa tidak lebih dari ATM tempat dapat wang belanja )
8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu. (
http://www.geocities.com/surprising 2008/seks. htm )
10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. ( polis, sb, yang pro kepada sebelah sahaja pihak.. )
11 - Arak diminum di merata-rata tempat. ( siap buat pertandingan minum arak lagi.. )
12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis dapat pangkat.. termasuklah Dato' Shah Rukh Khan.. )
14 - Banyak muzik dimainkan. ( jom heboh, afx, jjl, hmi, mi, dll - dalam masiid je yang belum lagi )
15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. ( Syiah.. Golongan Anti Hadith.. )

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." (Hadis riwayat Muslim)

10 Comments:

Keri AlHaj said...

salam ramadan...

Dunia dah akhir zaman. Perkara-perkara yg memang dah ditentukan akan terjadi, akan terjadi juga... suka atau tak, bersiapa sedialah hadapi bala-bala yang dijanjikan akibat perbuatan manusia juga...

Moga Allah lindungi kita sentiasa dari segala gejala menakutkan sekarang ni

Ad Rifza said...

Moga kita semua dilindungi kerana bala Allah tak pilih manusia.. Semua akan kena kalau sesuatu kawasan kena bala...Nauzubillah..

pRincESs_N said...

tazkirah bln ramadhan..N sukerr..

DrSam said...

Tazkirah yang baik semoga sama-sama mendapat munafaat. Juga sama-sama kita memerdekakan diri dan minda dari belengu kesesatan dan kejahilan.

Salam Ramadhan almubarak.

.::WaNiE::. said...

semoga kite semua dilindugni

bozzobattousai said...

chimera,
harap2 kita sudah bersedia...walaupon hakikatnya memang tak pernah cukup persediaan....

bozzobattousai said...

ad rifza,
pasal bala semua kenalah kita kena sentiasa ingat mengingati...

bozzobattousai said...

princess N,
ramadhan nih bozzo kurang cite sosial sket...

bozzobattousai said...

DrSam,
salam ramadhan utk Dr gak...

===================================
wanie,
moga kita sama dilindungi....

zaroL said...

kita kena saling ingat mengingati sesama sendiri..
'amar makhruf nahi mungkar'