Tuesday, June 30, 2009

ISLAM DIHINA DIMALAYSIA..DILUDAH TANPA MARUAH..


Baca sama-sama.....
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti P erak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat P M?....
Depa send memorandum kepada P M meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada" kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?....Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia ? ......lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah MilleniumMuslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"....Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
"Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al- ' Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
Allahua`ala `alam. 27 SEPTEMBER 2007
*diterima dari email seorang sahabat di Jabatan Hal Ehwal Islam. Fikir-fikirkanlah...

Monday, June 29, 2009

WORLD LARGEST FOUNTAIN IS IN DUBAI

The fountains, which has yet to be named, will be capable of shooting water over 150 metres into the air - the height of a 50-storey building - and stretch over 275 metres - the length of two football fields
The $218 million project will be 25 percent larger than the iconic fountains at the Bellagio hotel in Las Vegas
Like the Fountains of Bellagio, Emaar's fountains will include an integral light and sound show and is expected to become one of Dubai's major tourist attractions, drawing over 10 million visitors per year.
The fountains will shoot 22,000 gallons of water in the air at any given moment and feature over 6,600 lights and 50 colour projectors.
The fountains have yet to be named and a cash prize of $27,225 has been assigned to the winner of a competition to name the water feature
The structure is scheduled to be operational by 2009. Bozzo nak namakan "Air Pancut Tinggi melangit Biru". Rasa-rasanya boleh menang tak?

Thursday, June 25, 2009

Mapley Jalan 222 PJ

Masa bozzo jejak kaki ke Mapley Jalan 222 PJ nih terasa cam going back down memory lane plak. Bleh kata dah 5 tahun lebih bozzo tak kesini di malam hari. Hari sabtu lepas (lepas yang sangat lepas) bozzo gi lepak PJ umah abang di Taman Sri Manja sambil amik kesempatan ayang blik kampong. Bukan senang nak dapat peluang cam gini.
Malam tuh kitaorang cam buntu nak makan kat mana. Eben yang cadangkan gi Mapley nih. Bozzo setuju je pasal dah lama sangat tak kesana. Untuk pengetahuan kengkawan sume, hampir setiap malam selama 6 tahun bozzo study di UM, di sinilah bozzo makan klu malam. Slalunya bozzo akan datang bergroup. Akeng, Wak, Jai, Walang, Conggo, Slam, Anjang, Lan, Among, Pian dan Hashim termasuklah bozzo sendiri dah sebati ngan Mapley nih. Pada masa tuh sesape yang study di Um atau di UIA klu tak pernah datang Mapley nih memang koman sungguhlah. Suasana pon happeninh giler masa tuh. Ada gerai jual baju, ubat 'kuat', dan VCD haram. Masa tuh tak haram lagik. Harga pon RM7 satu cite masa tuh. Makanan fevret kitaorang masa tuh adalah roti banjir Jaapor dan Maggie Goreng Janggut. Memang seronok dan memang gemilang sekitar tahun 1997, zaman muda remaja dan duit terhidang nih.
Malam tuh ngan diaorang nih la bozzo datang. Eben dan Yahya. Eben pon memang dah familiar sangat ngan tempat nih pasal dia dulu student UIA. Sebelum 'main kuda' kena isi perut kat sini dulu takut-takut nanti balik telanjang takde duit plak nak makan. He he he...teringat zaman muda dulu.
Bozzo memang rindu sesangat ngan roti banjir nih. Memang sedap dan memang tak lari langsung rasanya. Memang pandai Jaapor buat. Bozzo memang jarang-jarang sekali nak makan roti canai tetapi kat Mapley 222 nih ada pengecualian. Memang fevret sejak dulu.
Nih makanan pembuka mulut. Otak-otak Jaapor. Baru je dia jual nih. Dulu takde. Sebab dah member dia letak trus 40 keping kat meja kitaorang. Ikut suka dia je. Kena bayor jugak tuh bukan bagi free pon. Eben, bozzo ngan Yahya memang tak pernah diajar menolak rezeki. Sapu bersih.
Untuk pegetahuan member-member, cuma disini sahaja bozzo akan order teh tarik. Teh tarik disini memang pekat dan lemak. Selalunya bozzo cuma minum nescafe tarik je. Kat tempat lain teh tarik dia rasa cam air suam.
Ini plak makanan fevret Eben. Dia memang akan order nasik goreng ayam nih je. Kengkadang tuh ada la jugak order meggi goreng. Nasi goreng ayam nih adalah trademark kedai Janggut. Memang sedap, lebih kurang sama ngan yang di sungei wang. Yang specialnya nasi goreng ayam nih ada daging sekali. Tuh yang buat Eben berpeluh makan tuh.
Terliur tak?
Tengokla bebudak tuh mengada-ngada siap tukar pinggan lagi. Sama je la rasanya. Untuk yang duduk berdekatan ngan PJ tuh bozzo cadangkan cubalah makan disi. Memang tak rugi dan menyesal punyalah. Mapley Jalan 222 PJ( blakang jaya, Digital Mall) akan terus sebati ngan bozzo dan ex-collegemate Dayasari.

Tuesday, June 23, 2009

Cute Bacteria

Seorang pereka mainan yang sangat kreatif telah mengambil contoh dari sel, virus dan bakteria mikro yang merbahaya sebagai model untuk stuffed toys keluarannya terbarunya berskala 1 x 1.000.000. Tengok la sendiri cute ke tak:-


Bakteria - Salmonella

Rabbies ( penyakit anjing gila)

Whitebloodcell ( sel darah putih)



Toximold

Redbloodcell ( sel darah merah )

Herpes

Fat ( lemak )

Chickenpox ( cacar )

Brainstem

Mange

Malaria

Heartworm

Cough ( batuk )

Blackdeath

Flu ( selesema )

Ebola

Human Immunodeficient Virus - HIV

Yeast ( brewer's yeast )

Ulcer

Stomachache ( dysentery )

Sorethroat ( tonsillities )

Sleepingsickness ( surra )

Pox (syphilis )

Pimple ( jerawat )

Offensive badbreath

Madcow

Kissingdesease ( infectious mononucleosis )

Headlice ( kutu )

Fleasheating Bacteria

Ecoli ( colon basillus )

Coldflu ( batuk )

Clap ( gonorrhoea )

Bookworm