Wednesday, May 14, 2008

TUDUNG KEPALA BAGI WANITA

Yang Mana satu pilihan anda diantara dua ajaran berikut?
1. Ajaran Bible Kristian: [1 Kor 11:5] Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina KEPALAnya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.[1 Kor 11:6] Sebab jika perempuan tidak mau menudungi KEPALAnya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.[1 Kor 11:10] Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di KEPALAnyaoleh karena para malaikat.[1 Kor 11:13] Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan KEPALA yang tidak bertudung?
2. Ajaran Quran yang dibawa Nabi (ahsanal hadis Q. 39:23):"24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung (khumur) mereka pada DADA mereka(juyubihinna) ."Amat jelas, Bible Kristian yang kononnya ditolak oleh umat Islam menyuruh wanita menutup KEPALA mereka. Quran pula menyuruh wanita menutup DADA mereka.
Anehnya ulamak mengajar supaya wanita Islam mengikut ajaran Bible Kristiandan bukan ajaran Quran. Akibatnya ulamak telah menyebabkan wanita Islam menjadi Kristian, apabila mereka ta'at menjunjung ajaran Bible ini, tanpa mereka sedari. Wanita Islam sudah pun jadi penganut bible Kristian walaupun nama mereka belum ditukar kepada Lina Joy, Theresa dan sebagainya. Disebaliknya orang Kristian sendiri, dengan berselindung di belakangkemodenan, tidak mengikuti ajaran Bible berkaitan menutup kepala bagiwanita. Di Malaysia, sebelum akhir tahun tujuh puluhan, hampir mustahil kita melihat perempuan Islam memakai tudung kepala. Bahkan isteri Kadhi dan mufti pun waktu itu bebas keluar dari rumah tanpa memakai tudung kepala. Yang gemar memakai tudung dari dahulu hanyalah wanita kaum Sikh. 'Ibadat' memakai tudung kepala ini sebenarnya dipopularkan oleh golonganAl-Arqam dan Tabligh dan bukan 'ulamak' Malaysia. Walaupun Kerajaan telah mengharamkan al-Arqam, dan gerakan Tablilgh menjadi lemah, budaya Taliban memakai tudung yang mereka tonjolkan sudah menjadi amalan harian yang dianggap wajib, kerana dipercayai sebagai ajaran Islam. Maka ulamak hanya meneruskannya untuk menyesuaikan diri mengikut keadaan semasa. Quran (surah 24:31 di atas) memang tidak menyuruh orang perempuan menutup kepala mereka. Quran itu lengkap, jelas dan sempurna; dan tidak siapa walaupun Nabi, diberi kuasa oleh Allah untuk menokok-tambah dan mengubah Quran. Orang yang tidak mempercayai ini adalah kafir. Quran sudah memberi amaran yang jelas bahawa dengan mentaati orang-orang yang diberi al-Kitab (Bible Kristian) kita boleh terbalik menjadi kafir. Quran Al-Imran 3:100 "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati segolongan daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, mereka akan mengembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang yang kafir."Memakai tudung sekadar sebagai fesyen atau hiasan adalah kewajaran; tetapi menganggapnya sebagai ajaran agama yang wajib sentiasa dipatuhi adalah mentaati Bible. Nampaknya umat Islam tanpa sedar telah mentaati ajaran Bible Kristian, dan menolak Quran yang disampaikan oleh Nabi.

0 Comments: