Sungguh sesat lagi menyesatkan tafsiran yang dibuat di bawah ini :..
"24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya merekamenundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidakmenampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; danhendaklah mereka meletakkan penudung (khumur) mereka pada DADA mereka(juyubihinna) ."Amat jelas, Bible Kristian yang kononnya ditolak oleh umat Islam menyuruhwanita menutup KEPALA mereka. Quran pula menyuruh wanita menutup DADAmereka. Anehnya ulamak mengajar supaya wanita Islam mengikut ajaran Bible Kristiandan bukan ajaran Quran. Akibatnya ulamak telah menyebabkan wanita Islammenjadi Kristian, apabila mereka ta'at menjunjung ajaran Bible ini, tanpamereka sedari. Wanita Islam sudah pun jadi penganut bible Kristian walaupunnama mereka belum ditukar kepada Lina Joy, Theresa dan sebagainya.
============ ========= =====
[24.31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[24.31] And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings over their bosoms, and not display their ornaments except to their husbands or their fathers, or the fathers of their husbands, or their sons, or the sons of their husbands, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or those whom their right hands possess, or the male servants not having need (of women), or the children who have not attained knowledge of what is hidden of women; and let them not strike their feet so that what they hide of their ornaments may be known; and turn to Allah all of you, O believers! so that you may be successful.
Menurut al-Qurtubi, sebab turun ayat ini ialah pada masa itu kaum wanita apabila menutup kepala dengan ‘khumur’ (semacam kain tudung) maka mereka tarik ke belakang sehingga leher, dada dan telinga terdedah. Maka Allah memerintahkan mereka menutup bahagian hadapan, termasuk dada, leher, telinga dan rambut. - (Fatwa al-Qardhawi)Selepas turun ayat itu, wanita mukmin segera mengoyakkan kain untuk menutup apa yang terbuka. Aisyah sendiri pernah menegur tudung Hafsah, anak seorang saudaranya. Hafsah datang dengan bertudung menutup leher tetapi nipis. Kata Aisyah: “Ini amat nipis, tidak dapat menutupnya.” Dalam ayat al-Quran yang terdahulu, Allah melarang wanita mukmin memperlihatkan perhiasan (tubuhnya) kecuali yang lahir (yang biasa nampak seperti tangan dan muka).Dr Yusof al-Qardhawi berkata: “Ulama terdahulu hingga kini tidak ada yang mengatakan rambut wanita, termasuk pehiasan yang lahir.”– (Fatawa al-Qardhawi) . Mafhumnya, ulama semua peringkat menyatakan rambut wanita adalah aurat.Ibnu Masud pula mengatakan: “Perhiasan yang lahir ialah pakaian.” Ibnu Jubair menambah: “Termasuk yang lahir itu ialah wajah”. Namun Said bin Juabair menokok lagi dengan mengatakan: “Wajah, kedua tangan dan pakaian,” manakala Ibnu Abbas mempunyai pendapat lain. Katanya: “Perhiasan yang lahir ialah celak, perhiasan dan cincin yang dibolehkan”. Mengenai hal menutup aurat, Aisyah pernah menceritakan teguran Rasulullah terhadap Asma binti Abu Bakar. Ketika Asma menemui Rasulullah, dia memakai pakaian nipis. Rasulullah lalu menegurnya.“Wahai Asma, sesungguhnya jika seseorang perempuan sudah sampai masa haid (baligh) maka tidak layak baginya menampakkan kecuali yang ini (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya). Daripada beberapa keterangan itu nyatalah wanita Islam wajib menutup perhiasan yang tersembunyi.
WAllahua3lam
Wassalam
0 Comments:
Post a Comment