Friday, June 25, 2010

Ling, Ayang & Exam

Calon exam yang ceria sokmo
Selamat hari Jumaat kepada semua pembaca yang budiman....(ayat takleh blah)Ha ha ha
Sebenarnya harini saya nak cite pasal peristiwa 2 hari lepas.
Hari Rabu & Khamis (23 & 24 Jun 2010), maka kami telah dengan sukacitanya tidak menyibukkan diri kat ofis sebab kami kena pegi exam.....
Biasa la orang gomen, asyik-asyik exam je la.... Kalau tak, tak naik pangkat, tak naik gaji... Hmmmm.....

Surat panggilan exam (korang boleh baca tak?)
Maka dengan harapan menggunung agar lulus exam kalini (dah tak ingat berapa kali amik ;)), kami pun pegila exam.
Kat atas tu gambar surat exam yang kami kena bawak la untuk membuktikan kami memang kena panggil untuk exam ni dan bukannya saje mengada-ngada nak gi exam.
Tapi gambar surat tu memang sengaja diblurkan supaya korang semua mengenyit-ngenyitkan mata masa nak baca.
(padahal memang gambar tak terang sebab pakai fon. Ha ha ha)

Ayang sayang Ling (tetiba je kan...)

Haaa..... Kat sini la pusat exam tu. Kami kena ke sini pagi-pagi hari lagi sebab exam stat kul 8.30. Nama tempat ni Wisma Sejarah. Tempatnya diantara Hospital PUSRAWI ngan Perpustakaan Negara. Depannya ada IJN.

Ling yang kena paksa senyum
Memang selalu pun setiap kali nak exam, kena datang sini. Memang kat sini je. Dekat sangat. Bagi kitorang yang kat KL la. Bagi yang Sabah, Sarawak, dan lain-lain negeri yang jauh, syok la sangat-sangat. Bukannya apa, dahla dapat peluang berjalan-jalan, CLAIM dapat banyak gak tu..... Kitorang ni, seciput je la.... Tapi, yang penting dapat.... Alhamdulillah.....

Ling yang amat berbangga dengan tagnya
Korang nampak tak tag tu? Masa exam tu, diorang bagi-bagi kitorang dalam kumpulan. So tag tu sebagai pengenalan diri masing-masing ikut kumpulan la.
Bozzo dapat Group D calon nombor 7.
Ayang dapat Group B calon nombor 3.
macam peserta kursus lak. He he he

Ling yang dah letih + bosan menunggu groupnye yang belum dipanggil-panggil lagi
Dewan yang jadi tempat kitorang meng'examkan' diri ni namanya Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir. Sebenarnya banyak lagi dewan-dewan lain kat sini. Tapi, ini adalah salah satu dewan yang kami gunakan. Malas nak bagitau nama dewan yang lain-lain. Kalau korang nak tau, silalah google ye.....

Korang rasa-rasa, senyum tu ikhlas ke plastik? Ha ha ha
Dekat bahagian lobi Wisma Sejarah ni, ada satu mural kat dinding. Mural kemerdekaan rasanya. Saya tak sempat nak baca apa yang tertulis kat situ.
Tapi kalau korang rakyat Malaysia, mesti korang boleh agak apa yang diceritakan oleh mural tu.
MERDEKA!!!!!

Segak bergaya

Ni pulak pintu depan Wisma Sejarah tu. Actually kitorang tak masuk ikut pintu ni pun. Kitorang ada 'Laluan Khas' nak ke dewan-dewan tu.....

Rasa macam nak tarik je 'benda' yang kat mulut tu kan....
Maka selepas dua hari, selesailah sudah exam tu. Harap-harap kami dapat berjaya dengan cemerlang la nanti.
Korang pun doakan la kami ye....
Malas dah nak amik exam lagi. Memangla boleh claim dan takyah masuk ofis, tapi, bila tiba masa nak menunggu tu yang jadi malas tu. Boring giler....
Dan harini, kami dah masuk ofis.....
Tak sabar nak tunggu kul 5.30.
Nak BALIKKKKKK!!!!!!!
p/s: esok the team ada game MAKSWIP kat UM. Ayang tgh pujuk-pujuk Ling suruh join ni....
Ling join ayang ye esok......plissss.......
Mmmuah!

-ayang ati-


0 Comments: