Monday, June 28, 2010

DUKA yang bertukar SUKA GEMBIRA

Di suatu petang yang suram........
Ayang: Sayang, nanti lepas balik keje kita gi jenguk MIHAS jap nak?
Ling: (dengan begitu pantas menjawab) Tak nak r.......
Ayang: Alaaa....... kita gi la kejap..... japje..... lagipun confirm tak lama sebab dia tutup kul 7pm...
Ling: Ada apa kat sana?
Ayang: Pameran makanan halal. Orang yang pegi sume kata best. Saje je la nak tengok...
Ling: Orang mesti ramai. Tak nak la ling pegi tempat orang ramai tu.....
Ayang: (masih belum berputus asa) Tak ramai kot. Sebab dah petang.....
Ling: Tak nak. (tiada segaris senyuman pun di wajah)
Ayang pun terus diam sambil memandang ke arah lain sebab tak nak bagi nampak mata yang dah berkaca-kaca.
Ayang terus bermonolog sendiri....
"takpe. tahun depan ada lagi. nanti pujuk ling lagi tahun depan...." sambil menghela nafas panjang dan dalam....
Ayang: Ok.....(dengan perlahan sebab sedih)
Tiada lagi pujukan untuk ke MIHAS selepas itu sehinggalah waktu balik.
Dan.....
OTW nak balik, saya terperasan yang ling telah tidak mengikut jalan biasa tetapi ling terus menuju ke MIHAS
Yeay!!!!!
Ling bawak ayang gi MIHAS!!!!
Nasib baik saya masih boleh kontrol perasaan gembira dan tidak melompat-lompat diatas motor.
Kalau tak, belum sampai MIHAS, ada pulak dua-dua orang kena gi hospital sebab jatuh motor. He he he
Maka, bermulalah penerokaan kami kat MIHAS ni.


Ini adalah salah satu khemah (khemah ke? hantam sajalah....) yang ada kat pameran tu. Kat dalam tu ada banyak sangat-sangat booth bagi peserta yang buat pameran untuk produk-produk diorang. Sebenarnya ada dalam 7 atau 8 khemah kat sini. Ada dalam 700 booth yang buat pameran tau. Banyak sangat-sangat.

Sebelum masuk, kitorang kena gi daftar dulu. Sebenarnya 3 hari pertama ni adalah untuk trade visitor je. Tapi, orang ramai boleh je masuk lepas dapat pas. Cuma kanak-kanak je la yang tidak dibenarkan masuk. 2 hari terakhir nanti baru boleh budak-budak masuk sebab masa tu ia akan dibuka kepada orang ramai.


Oh ye... Sebelum terlupa, MIHAS ni diadakan di MATRADE. So, dekat je la dengan tempat keje kitorang. Sebelah je. Tapi kalau nak jalan, setengah mati gak la.... Ha ha ha
Untuk memudahkan orang nak ke MIHAS ni, pihak penganjur telah menyediakan free shuttle services.

Orang ramai boleh park je kat kawasan parking Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pastu dari situ, shuttle-shuttle ni akan bawak ke MIHAS. Senang la sikit. Tak payah la nak berebut-rebut tempat parking kan.....
Masa kitorang sampai tu, orang dah tak berapa nak ramai dah. Maklumla dah petang. Lagipun dalam sejam je lagi nak tutup. Kitorang memang tak la bercadang nak pusing habis. Mana nak larat. 700 booth.... Banyak tu......
Overall, pameran tu memang best. Apa yang best? Kena la gi sendiri tahun depan. Tapi, salah satunya ialah dapat makan free. Kebanyakan booth yang ada, mempamerkan makanan. So, sebelum membeli sesuatu produk, pengguna dibolehkan untuk merasa. Memang la rasa sikit-sikit. Tapi, kalau dah 700 benda nak dirasa, agak-agak, boleh kenyang tak? Ha ha ha

Bukti kami memang ke sini
Tag ni la yang kami dapat lepas daftar. Masuk adalah percuma. So, tag ni pun percuma je la. Siap ada nama lagi.


Trade Visitor?
MKL tu untuk Mahkamah Kuala Lumpur la. Sebab hari yang kitorang pegi ni adalah untuk Trade Visitor, so, konon-kononnya kitorang ni dari syarikat MKL la.... Ha ha ha

Saya sangat suka melihat gambar ini
Dah habis pusing mana yang ada lagi, dah kenyang 'merasa', dah penat kaki melangkah, kami pun nak balik la....
Ada la beli sikit-sikit, tak banyak pun....

Sempat posing disaat akhir

Berjaya 'mentangkap' gambar sendiri
Dan petang tu, saya balik rumah dengan hati yang sungguh gumbira sebab dapat gak gi MIHAS walaupun terpaksa menghadapi berbagai cobaan dan rintangan. Ha ha ha
Thanks sangat-sangat sayang sebab telah merealisasikan impian ayang nak gi MIHAS selepas tahun lepas telah gagal dengan teruk.
Ayang sayang ling dengan sangat banyak tau.....
(salah satu sebab kenapa saya sayang ling saya. He he he)
(p/s: TAHNIAH yang sangat sangat kepada THE TEAM kerana telah berjaya membuka mata 'dunia' dengan kejayaan meraih tempat ketiga dalam acara bola tampar wanita dalam kejohanan MAKSWIP hujung minggu lalu. Dengan ucapan, lepas ni kena berjuang dengan lebih bersungguh kerana kehadiran kita telah di'perasankan'. Yang paling best, kita telah berjaya menterkujatkan diorang. Ha ha ha (gelak dengan bangga dan berlagak)
-ayang ati-

2 Comments:

.::WaNiE::. said...

hihihi :) dpt jugak pegi

@xiM said...

TAHNIAH SEBAB DAPAT PERGI MIHAS!!BRAVO!!!