Sunday, December 20, 2009

AVATAR

Jom tengok wayang...
Semalam bozzo berpeluang nak gi tengok wayang. Dah lama sangat rasanya bozzo tak buat movie review pasal memang bozzo tak gi pun. Tak sempat. Last skali tengok Pendorum itu hari. Semalam bozzo ngan ayang gi lepak Galaxy Ampang tengok citer Avatar. Citer nih mendapat review dan promosi yang sangat hebat. Maklumlah ini filem terbaru dan termahal James Cameron selepas buat Titanic. Dianggarkan filem ini menelan belanja sebanyak US300 juta untuk pembikinan dan US200 juta lagi untuk promosi. Phuuuuhhhh....mahal tuh...
Filem nih di bintangi oleh Sam Worthington, Zoë Saldaña, Stephen Lang, Michelle Rodriguez, Giovanni Ribisi, Sigourney Weaver dan ramai lagi. Pada tahun 2154, satu syarikat perlombongan telah ditugaskan untuk pergi ke salah satu dari 3 bulan gergasi iaitu Polyphemus yang mengelilingi planet Alpha Centuri A. Tugas mereka disana adalah untuk melombong sejenis mineral bernama Unobtainium yang berharga US17 juta sekilogram. Lagi mahal dari emas tuh.Pendaratan manusia di planet itu mendapat tentangan dari penduduk pribuminya yang dipanggil Na'vi. Puak Na'vi nih bertubuh lebih besar dari manusia biasa dan kaler biru. Tapi dia orang tak la maju sangat kerana kehidupan mereka lebih bergantung kepada tumbuh-tumbuhan dan hasil bumi serta bergantung kepada satu kuasa mistik yang dipanggil Eywa. Untuk tujuan mengkoloni dan perhubungan, manusia telah mencipta satu makhluk campuran dna manusia dan puak Na'vi yang dipanggil Avatar.
Jake Sully telah dipilih untuk menendalikan Avatar dan berhubung dengan puak Na'vi untuk mengetahui rahsia mereka. Budak Jake nih yang memang tak paham bahasa telah jatuh cinta ngan Neytiri, seorang puteri dari clan Omaticaya puak Na'vi. Nak dijadikan cerita, rumah mereka terletak di Hometree yang dibawahnya menyimpan simpanan Unobtanium terbesar. Jake bersama Ikrannya. Kena dapat kelulusan dari Ikran tuh dulu baru bleh jadi rider.
Toruk. Ikran gergasi yang menguasai ruang udara Pandora.
Jake dan Neytiri. Neytiri tengah mengajar Jake memanah. Mula-mula jadi cikgu, pastu jatuh cinta la plak.
Pasukan manusia yang akan melakukan serangan keatas Hometree.
Neytiri on all four.
Sigourney Weaver as Dr. Grace Augustine, a botanist who mentors Jake Sully.
Michelle Rodriguez as Trudy Chacon, a retired Marine pilot.
Jake Sully cuba untuk menunggang Toruk. Tapi pasal dah Hero tuh memang dapat punyala. Selepas berjaya menjinakkan Toruk nih Jake digelar sebagai Toruk Macto iaitu penunggang si gergasi.
Keadaan di Hellsgate iaitu kawasan operasi manusia di planet Pandora.
Jake Sully yang baru pulih dari kecederaan dan telah lumpuh.
Neytiri dan ibunya Mo'at permaisuri Na'vi.
Zoe Saldaña as Neytiri, a princess of the Na'vi tribe central to the story, who is attracted to Jake because of his bravery.
The Floating Mountain. Tempat sarang Wavebanshee atau Ikran.
Kena panjat tinggi nak menyampaikan sarang Ikran.
Jake Sully meneroka flora dan fauna Pandora.
Bunga kuncup ala Pandora.
Planet yang hijau.
Jake Sully yang kesedihan selepas manusia memusnahkan Hometree kerana tamak dan bongkak. Rasa marah gile masa tengok adegan nih.
Jake yang telah menjadi Toruk Macto menyeru semua puak Na'vi untuk bersatu dan menentang manusia habis-habisan.
'Kalau kita bersatu kita boleh lakukan. 1 Na'vi. Na'vi Boleh', mungkin itulah yang Jake cakap.
Unobtainnium.
Serang!!!!! Bozzo rasa baik korang tengok sendirila citer nih. Takrugi duit dan tak rugi masa korang. Memang menarik ceritanya. Memang cantik CGInya. Memang realistik dunia fantasi nih. Tahniah untuk James Cameron dan Weta kerana berjaya membawakan satu cerita yang 5 tahun dahulu hanya idea semata. Bozzo bagi 5 of 5 bintang.

7 Comments:

.::WaNiE::. said...

ye ye citer ni harus tengok !

pst beb, citer ni salu full house gak ke?

ddyana said...

ko dh citer sumer..xpayah la aku pegi tgkk lagi..huhuu

GraFiQuE said...

aku baru tengok smlm... satu scence ko sal;ah tulih.. part kuor dari katil tuh, sbnrnya hero baru bangun dari deep sleep (cryo) pasal perjalanan amik masa at least 5 tahun dari bumi...

satu lagi, nak tengok jgn ngengada minum air.. ehehe 2 kali aku jadi ratu buat catwalk kat ruang sbb nak ke tandas.. ehehehe

bozzobattousai said...

wanie,
harus tengok...bozzo gi memang full house...

=====================================
yana,
aku citer je...ko kenala tengok sendiri....

=====================================
afkha,
masa scene tuh aku kuar toilet kot...he he he..

bozzobattousai said...

mr din,
aku setuju...

@xiM said...

ni baru betul movie spoiler..haha

memang terbaekkk lah citer neh!!

Tie said...

Kak tie memang nak tengok! Tapi tunggu sibujang download dulu, hehe.. Kat ganu ni tak ada wayang laa..