Di kedai masakan, nasi dalam jumlah yang besar biasanya dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Peti ais dikatakan akan menyebabkan nasi menjadi melekat sesama sendiri dan akan menghasilkan nasi goreng yang tidak bermutu. Sebab itulah nasi tersebut dibiarkan pada suhu bilik. Penyejukan pada suhu bilik ini, akan menghasilkan kondisi yang amat sesuai bagi pertumbuhan bakteria dan penghasilan toksin tersebut.
Sebagai contoh, satu kejadian telah berlaku melibatkan katering makan tengahari di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Nasi yang telah dimasak dibiarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti ais. Keesokan harinya, nasi tersebut digoreng dengan minyak dan ketulan isi ayam dan kemudiannya dihantar ke tempat pusat penjagaan kanak-kanak itu dan dibiarkan 1 hingga 1 1/2 jam sebelum dimakan. Dalam masa 6 jam kemudian, seramai 14 daripada 67 kanak-kanak dan pekerja yang makan nasi goreng tersebut, mengalami pening, muntah, sakit perut dan cirit birit. Bacillus cereus telah dikenalpasti sebagai penyebabnya. Apa yang menyedihkan ialah tidak seorang pun daripada kalangan pekerja restoran itu atau pekerja pusat penjagaan kanak-kanak itu yang mengetahui bahawa nasi tersebutlah puncanya.
Namun demikian, keracunan Bacillus cereus hanya berlanjutan antara 6 ke 24 jam sahaja dan ia biasanya berkaitan dengan komplikasi jangka masa panjang. Walaubagaimana pun, apa jua jenis makanan beracun sudah sepatutnya dijauhi.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan Bacillus cereus? Masukkan lebihan nasi ke dalam bekas sempit dan simpan di dalam peti ais untuk menggalakkan penyejukan yang drastik. Jika nasi itu akan digunakan untuk nasi goreng, masukkan ke dalam peti ais dalam jangkamasa satu jam daripada masa memasak nasi goreng. Biarkan nasi di dalam peti sejuk sehinggalah sedia untuk digoreng. Setelah siap masak, biarkan nasi goreng itu dalam keadaan panas sehingga sampai masa menghidang.
5 Comments:
uuhh.. kena amik perhatian nih.. takut nanti terbuat mende yg sama kat anak - goreng nasi semalam.. huhuhu.. addduuuhhh.. sian pulak..
huhu..
memang die hard fan nasi gureng pun..
nasik gureng daging..
fuhh.. mantop!
bagus info!
mengelak lebih baik dr merawat..
selamat!!
kak tiny,
makan masa panas2 kan lagi sedap...
=====================================
azlan ahmad,
bozzo minat nasik goreng cina...
Alamak! kak tie biasa guna nasi semalam untuk buat nasi goreng. Tapi kak tie biasa panaskan semula... pastu baru goreng macam biasa. Setakat ni tak pernah pulak dapat sakit...
kak tie,
klu hidangkan panas2 takpe...jgn biar terdedah...
Post a Comment