Monday, October 19, 2009
wedding, massage dan pandorum...
Hari nih bozzo nak cerita sket pasal hari sabtu yang lepas. Rasa cam taknak certa tapi nak cerita la jugak. Mula-mula punya plan nak gi wedding member ayang. Yang paling bestnyer member ayang nih bleh hantar jemputan pakai sms je. Ye, sms. Katanya dah tak sempat. Okeh la. Bozzo terima la jugak alasan tuh. Pasal bozzo pon kengkadang sibuk jugak sampai tak sempat nak updet blog.
Sms dia berbunyi : dijemput hadir ke majlis perkahwinan saya di dewan serbaguna Kampong Pandan. Itu je. Tak bagi tau apa nama dewan dan kawasan mana. Cis. Dia tak tau ke kat Kampong pandan tuh punyalah banyak dewan serbaguna. Dia tak tau ke ada Pandan Dalam ngan Pandan Luar. Cis. Bozzo amik keputusan untuk gi naik moto je. Senang nak pusing-pusing. Tapi memang pusing la jadinya. Memang tak jumpa pon. Mintak sori lah bebanyak kat member ayang tuh. Bukan kitaorang tak nak pergi tapi memang tak jumpa tempat.
Pasal dah frust tak jumpa tempat wedding tuh, bozzo ajak la ayang gi Galaxy Ampang pasal dah lama sangat rasanya kitaorang tak kesana. Dah sampai sana terasa nak urut kaki pulak. So, layan la urut kaki sejam. Sedap sungguh rasanya. Rasa hilang lenguh-lenguh semua. Bozzo saja suruh orang urut tuh tenyeh kaki ayang cukup-cukup pasal dia slalu mengadu krem. Biar hilang krem tuh. Nasihat untuk orang yang selalu krem kaki tuh kurangkan minum air sejuk, makan kangkung dan kacang panjang.
Satu lagi aktiviti kitaorang kat sana adalah tengok wayang la apalagi. Ada 2 pilihan movie. Samada nak tengok Surrogate atau Pandorum. Last-last pilih Pandorum je pasal itu yang paling awal. Best citer nih. Layan la jugak. Lebih kurang cam movie Event Horizon (cite lama lakonan Laurance Fishburn sebelum jadi Mofeus)
Citer tuh mengisahkan tentang satu kapal angkasa yang dihantar dari bumi untuk pergi sebagai terra-former di planet lain yang seakan-akan bumi kerana bumi dah over-populated sesangat. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 120 tahun. Yep. 120 beb, giler lama tuh. Seramai 60000 krew naik kapal nih. Tapi satu kejadian yang tak di ingini berlaku. Salah seorang krew terbangun dari hyper sleep dan mendapati yang kapal tuh dah tak berfungsi dan kat dalamnya dah didiami oleh mahluk ganas/alien yang memburu manusia. Memang best dan banyak plot twist. Kena tengok betul-betul baru paham. Korang gi tengok je la senang citer.
Posted by bozzobattousai at Monday, October 19, 2009
Labels: my story
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
5 Comments:
kalau g tgk wayang..ajak2 lah aku..kak ti x marahnyer g bertiga..hehehe
wuiii citer tu cam menarik jek :P
hoi ape ke halnye jemput kawen tak bagitau tempat yg tepat kuikuikui bagi datang ke tak ..huhuhu
yana,
nanti lain kali aku ajak ko skali...
===================================
wanie,
ntah le...cam tak bagi datang je...
Eh..citer ni menarik laa.. kak tie minat citer2 gini. Nanti nak suruh anak bujang tu download je, ekekeke...
kak tie,
tak leh dload...salah...lanun...lanun...
Post a Comment