Wednesday, December 30, 2009

Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)

Fernando Torres's Goal Vs Aston Villa 29.12.09



Gol Torres yang sangat best dipandang mata...dah asyik nak kalah je sesekali menang terasa best sekali...gol Torres...go reds...

*video dicilok dari youtube...

Sunday, December 20, 2009

AVATAR

Jom tengok wayang...
Semalam bozzo berpeluang nak gi tengok wayang. Dah lama sangat rasanya bozzo tak buat movie review pasal memang bozzo tak gi pun. Tak sempat. Last skali tengok Pendorum itu hari. Semalam bozzo ngan ayang gi lepak Galaxy Ampang tengok citer Avatar. Citer nih mendapat review dan promosi yang sangat hebat. Maklumlah ini filem terbaru dan termahal James Cameron selepas buat Titanic. Dianggarkan filem ini menelan belanja sebanyak US300 juta untuk pembikinan dan US200 juta lagi untuk promosi. Phuuuuhhhh....mahal tuh...
Filem nih di bintangi oleh Sam Worthington, Zoë Saldaña, Stephen Lang, Michelle Rodriguez, Giovanni Ribisi, Sigourney Weaver dan ramai lagi. Pada tahun 2154, satu syarikat perlombongan telah ditugaskan untuk pergi ke salah satu dari 3 bulan gergasi iaitu Polyphemus yang mengelilingi planet Alpha Centuri A. Tugas mereka disana adalah untuk melombong sejenis mineral bernama Unobtainium yang berharga US17 juta sekilogram. Lagi mahal dari emas tuh.Pendaratan manusia di planet itu mendapat tentangan dari penduduk pribuminya yang dipanggil Na'vi. Puak Na'vi nih bertubuh lebih besar dari manusia biasa dan kaler biru. Tapi dia orang tak la maju sangat kerana kehidupan mereka lebih bergantung kepada tumbuh-tumbuhan dan hasil bumi serta bergantung kepada satu kuasa mistik yang dipanggil Eywa. Untuk tujuan mengkoloni dan perhubungan, manusia telah mencipta satu makhluk campuran dna manusia dan puak Na'vi yang dipanggil Avatar.
Jake Sully telah dipilih untuk menendalikan Avatar dan berhubung dengan puak Na'vi untuk mengetahui rahsia mereka. Budak Jake nih yang memang tak paham bahasa telah jatuh cinta ngan Neytiri, seorang puteri dari clan Omaticaya puak Na'vi. Nak dijadikan cerita, rumah mereka terletak di Hometree yang dibawahnya menyimpan simpanan Unobtanium terbesar. Jake bersama Ikrannya. Kena dapat kelulusan dari Ikran tuh dulu baru bleh jadi rider.
Toruk. Ikran gergasi yang menguasai ruang udara Pandora.
Jake dan Neytiri. Neytiri tengah mengajar Jake memanah. Mula-mula jadi cikgu, pastu jatuh cinta la plak.
Pasukan manusia yang akan melakukan serangan keatas Hometree.
Neytiri on all four.
Sigourney Weaver as Dr. Grace Augustine, a botanist who mentors Jake Sully.
Michelle Rodriguez as Trudy Chacon, a retired Marine pilot.
Jake Sully cuba untuk menunggang Toruk. Tapi pasal dah Hero tuh memang dapat punyala. Selepas berjaya menjinakkan Toruk nih Jake digelar sebagai Toruk Macto iaitu penunggang si gergasi.
Keadaan di Hellsgate iaitu kawasan operasi manusia di planet Pandora.
Jake Sully yang baru pulih dari kecederaan dan telah lumpuh.
Neytiri dan ibunya Mo'at permaisuri Na'vi.
Zoe Saldaña as Neytiri, a princess of the Na'vi tribe central to the story, who is attracted to Jake because of his bravery.
The Floating Mountain. Tempat sarang Wavebanshee atau Ikran.
Kena panjat tinggi nak menyampaikan sarang Ikran.
Jake Sully meneroka flora dan fauna Pandora.
Bunga kuncup ala Pandora.
Planet yang hijau.
Jake Sully yang kesedihan selepas manusia memusnahkan Hometree kerana tamak dan bongkak. Rasa marah gile masa tengok adegan nih.
Jake yang telah menjadi Toruk Macto menyeru semua puak Na'vi untuk bersatu dan menentang manusia habis-habisan.
'Kalau kita bersatu kita boleh lakukan. 1 Na'vi. Na'vi Boleh', mungkin itulah yang Jake cakap.
Unobtainnium.
Serang!!!!! Bozzo rasa baik korang tengok sendirila citer nih. Takrugi duit dan tak rugi masa korang. Memang menarik ceritanya. Memang cantik CGInya. Memang realistik dunia fantasi nih. Tahniah untuk James Cameron dan Weta kerana berjaya membawakan satu cerita yang 5 tahun dahulu hanya idea semata. Bozzo bagi 5 of 5 bintang.

Wednesday, December 16, 2009

Jalan-jalan Kuantan Edition Part 2-Makan Time

Part 2 jalan-jalan edisi Kuantan disambung lagi. Kali nih nak citer pasal makan-makan la pulak. Dapat sekali je dinner kat sini pasal masa suntuk. Restoren yang menjadi pilihan adalah Restoren S-Tomyam Gardeen nih. Ia dipilih pasal dekat ngan hotel.
Kitaorang pakai redah je restoren nih sebenarnya pasal memang takde sape pon yang familiar ngan area Kuantan nih. First timer. Harap-harap sedap.
Nih rojak buah buat pembuka selera.
Nih kailan ikan masin.
Nih sotong goreng kunyit.
Restoren nih dengar katanya terkenal pasal ikan bakar dia yang sedap. Tuh yang kitaorang datang nak try tuh. Bozzo ditugaskan untuk pilih ikan. Manala bozzo tau sebenarnya. Siakap je yang kenal( tuh pon yang dimasak). So, pilih je la...bukan kena bayor pon...akak yang belanja.
Ikan bakar bersambal nih bozzo tak tau namanya. pakai pilih je. Tapi nasib baikla sedap.
Ini plak siakap masak 3 rasa. Dah tak terasa dah ada 3 rasa ke tak. Balun je pasal dah lapor punya pasal.
Bozzo ngan mak. Senyum besar tuh pasal tengah tunggu rezeki sampai. Kata orang tak elok masam-masam depan rezeki.
Aqila Aimi ngan akak tengah sembang-sembang. Sembang pasal ikan siakap la kot. Inset tu gambor siakap 3 rasa lagi. Suka bozzo nak amik gambor pasal nampak cantik hiasan dan kaler-kaler bahan-bahan campuran tuh. Boleh dikatakan semua masakan disini sedap. Ikan bakar dia lebih sedap sikit je dari Yankees Hut.
Jemput makan sume. Sampai takat nih saja la cerita pasal jalan-jalan Kuantan pasal memang sehari je pon gi sana. Saja nak mengantor Eben je. Tengokla rasa-rasanya kalau takde aral melintang bozzo nak kesana lagi cuti krismas nanti...

Tuesday, December 15, 2009

Boycott Mafia Wars for 24 Hours - Tonight at Midnight EST


A fellow mafia member invited me to join the group Boycott Mafia Wars for 24 Hours - Tonight at Midnight EST , i have and i tend to agree with what they say, one of my own veiw is that zynga have spent the whole year messing with our game play ,we are the players who found our own way of playing the game once we had marsted the basics, lots of us started our own clans and took the game to the next level of war with other clans so you see over the last year zynga have really killed the game off , and many everyday players have now reduced their time they spend playing the game. zynga,s loss


the link below will take you to Boycott Mafia Wars for 24 Hours - Tonight at Midnight EST

http://www.facebook.com/group.php?v=info&gid=193651519631

This is a group created to send Zynga a message from as many of its customers as possible. Stop playing Mafia Wars for ONE DAY. Sometimes the loudest sound you can make to be heard is absolute silence!

The Boycott begins TONIGHT AT MIDNIGHT.

Zynga claims to have fixed Mafia Wars last night, and this morning there are already thousands of posts to their forums about the new things that they have managed to break.

I know how addicting the game is. I know how much we all enjoy it. But the truth of the matter is, the new fighting scheme sucks, the new loot system sucks, pages not loading sucks, people losing inventory and points, people unable to log in and play at all for days.

It's time to send Zynga a message. Walk away for one full day. Tell every one you know, and invite them to this group. Hit them in the ad wallet, where it will get their attention. You can do it. You can live without Mafia Wars for ONE DAY. At the very worst, in 24 hours, you can go back to the game and have full stamina, hit points and an energy pack waiting for you. And at the very least, if Zynga sees a sudden and significant drop in game play, maybe somebody over there will get a clue and fix this mess.

Please join me in a one day boycott, beginning tonight at midnight EST and continuing until tomorrow at midnight EST. How else are we going to get their attention when they don't answer support tickets?

Make your opinion count. Leave their lousy product alone for one day.

======================================================


Many of the clans that make up Mafia Wars are boycotting for the next 24 hours. The Elders have not had an opportunity to vote on this so there is no clan recommendation. Each of us should make the decision that is best for ourselves.


This from one of our allies

Tommy Noel December 12 at 11:34pm Reply
As of Midnight Eastern standard time tonight, we will be boycotting Mafia Wars.. meaning we will not play the game, nor will anyone be buying Godfather points from them. I for one am in total agreement of this move as they have taken the game and changed it to the advantage of Energy players and don't seem to have any regards to the players that have spent loads of money on weapons and skill points to be able to up their att/defense stats. They also seem to be looking for ways to eliminate any kind of attacking through links and by removing robbing eliminated a large portion of what we built our att/def stats for in the first place.

I respectfully ask that all members of [BDM] join in on this boycott and not play for this 24 hour period.. Finish what you have to do and as of 12:00 Eastern time find other things to do to fill your time. I recommend Mob Wars.. It's more challenging and is still a fun game. It will give you a start to a new game and fill the Mafia wars void for the duration.

Thanks in advance for cooperating in this matter.

Enclosed is a link to a site where over 55,000 tagged Mafia Wars players have chosen to join in on this effort.

Thanks again,

Tommy Noel
Godfather
[BDM] Big Dog Mafia [BDM]


http://www.facebook.com/home.php?#/group.php?gid=176399446306


========================================================

Bozzo rasa pon hangin gak kat zynga...apahal plak buat cam gitu. Bozzo bersengkang mata main game nih hari-hari. Penat-penat naikkan attack ngan defence alih-alih dia buat gitu. Rugila. Pastu bleh cancelkan random loot dari fights. Mana best nak main gitu. Mana nak kumpul cannonazo sampai 500 bijik. Cis. Zynga tak adil langsung. Pilih kasih. Jangan harapla aku nak habiskan duit kad kredit aku beli godfather points ko lagi...

Wednesday, December 9, 2009

Jalan-jalan Kuantan Edition Part 1

Pekabor member-member sume. Dah lama gak la bozzo tak update blog nih pasal citer jalan-jalan. Bukan pasal ape tapi pasal memang bozzo tak gi jalan-jalan pun. Duk umah je membina badan. Awal bulan lepas adik bozzo yang nama Eben tuh dapat naik pangkat dan posting keje baru kat Kuantan jadi branch manager. So, sempena nak amik berkat bozzo volunteer la nak mengantornyer ke kuantan nuh. Mak ngan akak pun ikut skali pasal nak kemas-kemas umah baru dia kat sana. Gambor kat atas nuh kat bilik bozzo kat ampang. Mak tengah asing-asingkan baju Eben mana yang nak dibawa ke Kuantan.
Kitaorang gerak pakai 2 kete je Pasal tak banyak barang yang nak dibawak. Kat sana dah siap sume. Datang bawak badan ngan kain baju je. Kete honda hitam tuh kete Eben yang baru. Naik pangkat terus amik kete baru. Lantak la. Duit dia yang nak membayornyer.
Pasal barang-barang sket aje so 2 bonet kete pun dah cukup. Tapi jenuh jugak la nak menyusunnyer. Bozzo tengok je la pasal bab susun-susun nih bozzo tak belajar lagi. Susun gambar tau la.
Jauh jugak rupanya nak ke Kuantan nih. Ikut Karak je. Senang sket. Saje ikut highway pasal nak test GPS. Klu sesat gak tak tau le pasal kitaorang memang tak pernah pegi Kuantan. Nasib baik tak sesat.
Lepas sejam drive dah lenguh-lenguh satu badan. Terpaksa la lepak rehat tepi highway jap. Bozzo rasa gambor-gambor nih amik kat sebelah tol karak. Rasanya la...
Lepas jalan lebih kurang setengah jam kitaorang berenti lagi. Nak membuang plak. Yang ini kat Lanchang.
Mak tak lepas peluang nak membeli buah-buahan. Bukannyer kat KL takde tapi nak rasa buah kat highway. Bozzo rasa sama je.
Gambar nih bozzo amik dari bilik hotel. Nak naik atas bumbung hotel pak guard tak bagi, so amik je la dari tingkap bilik. Setakat nih saje la yang bozzo bleh tunjukkan. Maleh nak upload bebanyak. He he he. Tapi kira murah gak la Vistana nih. Rm160 je satu malam. Kalau kat Sri Malaysia lagi murah tapi takde bathtub. Tak best la pasal bozzo suka berendam. Lepas nih bozzo cite plak pasal makan-makan...tunggu part 2 okeh...

Monday, December 7, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Monday, November 30, 2009

Ini Baru Namanya Seni

MashaAllah.....take a look of this 97 year old man what he has done .. its amazing








* Bozzo tengah takde citer menarik skarang nih. Layan la dulu koleksi gambar2 menarik yang bozzo dapat dari email kengkawan...hope you'll like it...