Tuesday, April 20, 2010

Jalan-jalan Cari makan-KL-Kuantan-Dungun( part 1)

Bulan lepas bozzo and family buat road trip pergi ke Dungun. Nak tengok kedai runcit akak kat sana. Perjalanan di sponsor oleh tokey kedai, so bozzo ikut je la. Bleh jugak la jalan-jalan tengok tempat orang. Lagi pun Eben memang duduk kat Kuantan jadi bleh la meramaikan umah dia. Jimat tak payah sewa hotel. Gambar diatas tuh diambil masa pagi nak gerak ke Dungun. Semua tengah lapor tapi masih boleh berposing untuk bergambar.
Ini breakfast bozzo pagi tu. Kitaorang singgah kat Beserah untuk breakfast tapi makan cam lunch. Lapor punya pasal. Dah la kat sepanjang perjalanan asyik hujan je lagi la lapor dibuatnye. Nak makan memang murah kat sini dan sedap. Bozzo amik nasik lemak ngan ayam goreng ngan sambal bilis ngan telur itik masak lemak baru RM2.00. Giler murah tu. Kat KL tak dapat.
Pas mengalas perut, perjalanan di teruskan lagi.
Ini rupanya Mesra Mall yang ayang dok selalu cerita kat bozzo. Ok gak la tempat dia. Tapi cam janggal je pasal cuma bangunan nih je yang ada. kat kanan ngan kiri kosong.
Sempat gak snap-snap gambar loji kat Kerteh. Meletup-letup api dia. Best tengok. Cam jakun pun ada. Maklumla kat kampung bozzo takde loji gini. Tapi hari hujan teruk sangat. Dapat amik gambar dari dalam kete je.
Lebih kurang 2 jam baru kitaorang sampai ke pekan Dungun. Jauh jugak rupanyan Dungun nih. Apa-apapun makan dulu. Tapi kali nih kitaorang lepak kat tepi pantai Abang. Dekat ngan Rantau Abang la kot. Gambar kat atas tuh adalah gambar bayam goreng. Tak tau plak bozzo bayam klu goreng bleh jadi sedap.
Nasik ayam kat kedai nih first class. Sedap. Nasik sedap, ayam sedap, sup ayam pun sedap. Bozzo order 2 kali. Bukan apa, nanti takut bile balik KL asyik teringat-ingat je. Nak datang semula ke sini jauh.
Ini la kedai akak. Kedai runcit kat kampung je. Niat mula-mula nak tolong kawan je. last-last bleh jadi tokey kedai runcit plak. Kedai nih plak terletak betul-betul kat tepi pantai. Tuh gambar Eben tengah angkat beras dari van. Dee dah terduduk dah. Bukan penat tapi kenyang sangat.
Besar jugak kedai nih. Ada dua lot. Sebelah dalam jual barang-barang cam beras ngan gula dan barang-barang basah yang lain. Kat sebelah luar jual jajan-jajan ngan toiletris. Akak cakap sebulan bleh untung RM5000 hingga 10000 ribu. Masyuk tuh. Patutla bleh sponsor 2 kete datang melawat. kedai nih pun bukak 24 jam. Cam 7-11 tapi stail kampung. Masa kitaorang sampai sana dah ada 2-3 orang yang menunggu nak jumpa tokei. diaorang nak beli hutang. Tapi akak tak bagi. Susah nanti nak rolling. Bozzo pun setuju gak. Nanti bozzo sambung lagi kat part 2 okeh...

3 Comments:

ddyana said...

mesra mall tuh dh dekat sangat ngan umah mak mertua tuh..hehehe

Mak Su said...

pergi kerana bertugas ker sesaja holiday cuti2 malaysia?

bozzobattousai said...

yana,
tuh sambil2 rikki jalan la tuh...dekat je rupanya....

=====================================
mak su,
saje2 je mak su...jalan2 makan angin...