Thursday, September 18, 2008

Hairan sungguh...

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda
.3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.
5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.
6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!
8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.
14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.
15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.
19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com".
22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.
23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.
24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.
26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.
32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.
33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".
34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
35. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
36. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.
37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".
39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.
42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje......
43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.
44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.
47. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.
48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.
50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.
52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.
53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha.
54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.
56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

Wednesday, September 17, 2008

katakan Yes...

YESSSSSSSS....... Mungkin itula yg dilaungkan oleh hero aku yg sorang nih. Korang tak kenal ke? Inilah abang Stevie G. Kapten Marvel. Red Talisman. Macam2 lagilah nama jolokan yg diberikan pada hero aku nih. Hari ini aku pun yes gak. Hari ini secara rasminya partner aku transfer gi department lain. Yes. Pueh hati. Biar padan dia kerja ngan org lain plak. Tak larat aku nak cover kerja dia hari2. Aku pun bnyk kerja gak. Ingat aku mengangkang je ke kat opis? Sbenaynya aku nak tulis apa tadi pun aku dah lupa dah. Nape aku upload gambar hero aku nih pun aku dah tak ingat.
Tapi yang aku ingat sesangt ialah peristiwa hari sabtu malam ahad lepas. Bukan yg gi makan kat yankies ngan ayang tuh( tu pun aku ingat gak). Tapi game malam tuh. Liverpool vs Man U. Liverpool main di tempat sendiri. Anfield memang berhantu dan berwarnawani habis malam tu. Seram sejuk aku tengok suasana kat sana. Bleh gugup sesape pun yg dtg kesana. Thiery Henry pernah cakap anfield adalah tempat yg mengagumkan. Nak cite pasal result sume org pun tau. Liverpool 2 Man U 1. Babel yang hancit season lepas merembat masuk ol kemenangan diminit ke 77. Pastu, Alex F dan budak2 dia termasuklah Berba diam terkedu. Kubu The Reds kental menahan serangan demi serangan. Setelah 5 tahun baru liverpool dapat buang badi lawan ngan Man U. Malam tadi dah pukul Marseile. Pas nih nak gi blasah budak2 baju biru anak2 buah Scolari.
Kepada peminat Liverpool, bergembiralah sementara tengah hebat nih. Kemenangan sabtu lalu dah lama dinantikan. Kepada peminat Man U, sorry. Nobody can take this joy away from me.

When you walk through the clouds
Held your head up high
And don't be afraid of the dark......

Tuesday, September 16, 2008

Kad Raya Dari Kawan Jauh

Hari ini bozzo dapat satu kad raya dari seorang kawan jauh. Kawan di maya. Kawan di dunia siber.
Kepada Bro 13may bozzo nak ucapkan thanks a bunch. Ini first time bozzo dapat kad raya dari member siber. Thanks skali lagi. Bozzo gak nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin buat bro 13may and family dan utk kengkawan siber yg lain.

Sunday, September 14, 2008

Cerita berbuka smalam....

Ini cerita semalam. Aku baru sempat nak post. Smalam sibuk sgt. So, nak cerita la nih...
Smalam aku ngan ayang gi berbuka di Bandar Baru Bangi di sebuah restoran yg penuh sesak ngan org yg lapar bernama Yankies Hut. Aku tak taulah nape diberi nama Yankies sedangkan satu mat saleh pun aku tak nampak smalan. Kitaorg sampai pun dah terlewat sket. Dah buka dlm kete je pun.
So, pas sampai2 je kitaorg trus masuk dan cari tempat duduk yg memang susah dicari sbab pack sgah dpt tempat duduk, trus paggil adik waiter utk order makanan. Perut memang dah lapar sgt jadinya pasal dah tau bleh makan.
Aku serahkan pada ayang je utk buat order. Ayang order kailan goreng bawang putih spt gambar diatas gambar diatas dan sup cendawan.
Yang ini plak sotong goreng tepung je... Nampak cam simple je masakan nih tapi sedapnya mengancam kalbu.
Inilah hidangan utama majlis berbuka puasa anjuran ayang hari ini(ayang yg blanja). Siakaps masak 3 rasa.
Tengoklah tiga jenis air bergambar disamping siakaps. Masa aku snap gambar nih dah masuk waktu buka dah tapi tak leh nak makan pasal nasik tak sampai lagi...Sabar2. Minum2 r dulu.
Tembikai laici utk kitaorg. Kongsi nih. Tak habis pun... Ini versi "Giant".
Jus belimbing versi "Biasa" utk ayang.
Nescafe tarik versi "Daddy" utk aku.
Tengoklah lala bakar berempah ini. Tengok pun dah tau sedap.
Aku merasmikan majlis permakanan ikan siakap 3 rasa yg sgt fabulous siakaps nih....
Ayang merasmikan lala bakar berempah yg pedas... Bila nasik sampai je, kitaorg tak tunggu lama utk menjalankan tugas menyetlekan makanan2 di atas meja nih. Smua kena kasik abis. Tak baik membazir.
Aku yg tengah bersandar seperti ular sawa kekenyangan... Nak bangun pun dah tak larat...
Ayang dah kenyang dan tengah makan main2.
Dengan bergayanya kitaorg berdua berjaya jugak menghabiskan makanan yg bnyk dan sedap tak hengat ini... Aku berikan pujian sepenuhnya kpd kedai ini. Memang best dan memang sedap sungguh masakannyan. Jarang aku minum air tembikai yg rasa 100% tembikai. Nescafe tarik pun 1st class. Siakap dan lala bakar langsung tidak menghampakan. So, kepada kengkawan yg nak makan sedap dan murah, aku syorkan datang lah kesini.

Saturday, September 13, 2008

harap maaf... tergendala sebentar

Diharap kengkawan yg datang ke umah aku hari ini dapat bersabar dengan layout aku yg baru nih. Bukan apa. Tertekan. Bukan tertekan perasaan tapi tertekan mouse dan keyboard. Hancit punya mouse. Curser mouse hilang dan aku nak cepat trus klik ntah apa2 ntah. Yg aku peliknya nape bleh tukar layout pun tak tau. So, aku terpaksa cari smula smua widget2 dan link aku yg telah terpadam. Penat plak dah rasanya. Bula2 pose nih tak larat plak nak mengadap laptop nih trus. So, skarang aku nak berenti rehat jap(tido). Nanti pas buka aku sambung hias blog aku nih biar nampak ceria sket....

GooD MorNinG


Forget about the days
when its been cloudy, but
don ' t forget your hours in the sun

Forget about mistakes
that you can ' t change now, but
don ' t forget the lessons
that you ' ve learned

Forget about the times
you ' ve been defeated, but
don ' t forget the victories you ' ve won

Forget about misfortunes
you encounter, but
don ' t forget the times your luck has turned

Forget about the days
when you ' ve been lonely, but
don ' t forget the friendly smiles you ' ve seen

Forget about the plans
that didn ' t seem
to work out right, but...

Don ' t forget to Always Have A Dream

Keep Smiling


Have a Wonderful Weekend Dari bozzobattousai

Friday, September 12, 2008

Mangsa Bakar...!!! NGEERI!!!.....







ps: jgn tengok lelama disiang hari nanti bleh batal posa.

Beauty of Mathematics

Absolutely amazing!
Beauty of Math!


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?


And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321


Now, take a look at this...

From a strictly mathematical viewpoint,

What Equals to 100%?

What does it mean to give MORE than 100%?



Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%...

We have all been in situations where someone wants you to

GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?

What equals to 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help answering these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q
R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26



It is

H-A-R-D-W-O- R- K

8+1+18+4+2 3+15+18+11 = 98%


And

K-N-O-W-L-E- D-G-E


11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%


But

A-T-T-I-T-U- D-E

1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

AND

L-O-V-E-O-F- G-O-D

12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%



Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close and Attitude will get you there...

It's the Love of God that will put you over the top!!!

Thursday, September 11, 2008

Pics that u really love

Frown when you get upset...
Sleep as much as you can....

Look for affection when you need it...
Do whatever you want whenever you want...
Play with simple things...
Read books that you enjoy...
Change your look...
Get angry once in a while...

Show some affection...
Get serious once in a while...
Be happy, above all, regardless what your challenges may be...
These are only to show you how strong we can be and overcome them...

Kesilapan Kerap Muslim di bulan Ramadhan

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)