Monday, January 18, 2010

Kiamat Kian Hampir

2010 telah menjelang. Terasa begitu sekejap sahaja masa berlaku tanpa kita sedari. Semakin hari semakin tua usia kita dan semakin hampir kita kepada saat kematian. Ingatlah tiada yang kekal selamanya melainkan Allah s.w.t. Begitu juga Dajjal akan mati setelah menyesatkan manusia di muka bumi ini ribuan tahun. Dari tamadun Mesir Purba, Babylon, Maya, China sehinggalah sekarang dia masih lagi menyesatkan manusia. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul kembali dan mengaku tuhan/penyelamat.

Tetapi perasankah anda, permulaan 2010 ini penuh dengan pelbagai peristiwa seakan memberi petanda kepada kita. Bagi yang peka dengan keadaan sekeliling mungkin perasan dengan perubahan ini, tetapi bagi yang kurang mengambil tahu mungkin masih tidak tahu. Tidak mengapa, mari kita sama-sama teliti dan renungi kejadian-kejadian yang telah terjadi pada 2010 yang baru setapak melangkah. Jadikan artikel ini sebagai peringatan kepada kita dan sama-sama kita renungkan sementara pintu taubat masih terbuka untuk kita.

Pertamanya saya ingin mengajak saudara-saudari, tuan puan untuk membaca dan renungi sabda Rasullulah ini:

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan
- Sahih Bukhari

Jika kita perhatikan hadis Rasullulah ini dengan situasi zaman sekarang. Adakah ianya bertepatan? Gempa bumi boleh dikatakan berlaku setiap hari sekarang, pembunuhan juga menjadi satu kebiasaan di mana-mana terutama penindasan umat Islam Palestin oleh rejim Zionis laknatullah.

Mari kita selidiki apa yang telah terjadi pada 2010 dengan harapan ia dapat sedikit sebanyak menimbulkan rasa keinsafan di dalam diri kita semua. Bermulanya 2010 dengan isu penggunaan kalimah suci Allah oleh agama lain yang telah mencetuskan huru-hara di dalam negara sehingga menyebabkan rumah ibadat agama diserang.

Peristiwa gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada awal tahun ini. Dan peristiwa ini telah terjadi pada 1 Januari 2010 (gerhana bulan) yang telah jatuh pada hari Jumaat dan pada 15 Januari 2010 (gerhana matahari) yang juga jatuh pada hari Jumaat. Dua gerhana yang berlaku dalam jangkamasa 2 minggu dan jatuh pada hari Jumaat. Dan kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. Adakah ini membawa sebarang petanda dari pencipta alam semesta ini kepada hambanya bahawa masanya kian hampir?

Seterusnya kita beralih kepada bencana alam yang saban hari semakin banyak berlaku. Bermulanya tahun 2010 dengan gempa bumi di Kepulauan Solomon, Haiti, California, banjir di Brazil dan letusan gunung berapi di Congo. Ini adalah antara bencana alam yang saya tahu, mungkin ada lagi yang telah terlaku tetapi tidak saya kongsikan di sini.


Gempa Bumi di Haiti


Banjir di Brazil


Letusan Gunung Berapi Nyamuragira di Congo

Gempa Bumi di California

Bukanlah mahu menakutkan anda semua tetapi hanyalah untuk anda berfikir sejenak tentang perkara ini. Bumi ini sudah terlalu tua dan Rasullulah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dan jari tengah sahaja. Kini sudah lebih 1400 tahun ia berlalu dan boleh dikatakan semua tanda kecil kiamat sudah terjadi, hanya menunggu tanda-tanda besar untuk terjadi. Wahai umat Islam, sudah tiba masanya kita bangkit kembali, bersatu demi agama Islam tercinta. Sekian lama mereka memecah-belahkan kita menerusi fahaman politik yang akhirnya hanya merugikan kita sendiri, Ordo Ab Chao. Bersatulah di bawah satu panji, panji Islam. Sudah masanya kita berubah dan kembali bangkit di akhir zaman.

Sebelum saya akhiri artikel ringkas dari saya, mari kita renungi firman Allah:

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!


Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?


Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),

Dan bulan hilang cahayanya,

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Al-Qiaamah 1-12

"Fikirkan semula"
*
Thursday, January 14, 2010

Saturday, January 16, 2010

MENGUAP MENURUT ISLAM


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya" . (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka" . (Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu" . (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a. , katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin" . (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termamputerutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahanmenguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyiketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" , dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Monday, January 11, 2010

Info Mee Segera

For all who love eating instant noodles

DO NOT IGNORE THIS ....... Especially those fond of Maggi
'CORRECT WAY OF COOKING NOODLES'
The correct way to cook instant noodles without harming our bodies and health. Normally, how we cook the instant noodles is to put the noodles into a pot with water, throw in the powder and let it cook for around 3 minutes and then it's ready to eat.

This is the WRONG method of cooking the instant noodles.

By doing this, when we actually boil the ingredients in the powder, normally with MSG, it will change the molecular structures of the MSG causing it to be toxic.

The other thing that you may or may not realize is that, the noodles are coated with wax and it will take around 4 to 5 days for the body to excrete the wax after you have taken the noodles.

CORRECT METHOD :

1. boil the noodles in a pot with water.
2. once the noodles is cooked, take out the noodles, and throw away the water which contains wax..
3.. boil another pot of water till boiling and put the noodles into the hot boiling water and then shut the fire.
4. only at this stage when the fire is off, and while the water is very hot, put the ingredient with the powder into the water, to make noodle soup.
5. however, if you need dry noodles, take out the noodles and add the ingredient with the powder and toss it to get dry noodles.

Dietician's Note: If you buy plain hakka noodles which you will initially need to boil in water and discard the water. This will soften the noodles but to prevent it from sticking we need to add a tablespoon of oil and also the noodles are deep fried partially to make it crunchy and then dusted with flour to prevent it from sticking while boiling.. Hence when you buy the noodles they are already made unhealthy and this is the type we use to make stir fry noodles and the regular maggi too is made the same way plus they add MSG/ ajinomoto and other chemical preservatives.
A large number of patient with the ages ranging from 18-24 years are ending up with pancreatitis either as a swelling or infection of the pancreas due to regular consumption of instant noodles..... If the frequency is more than 3 times a week, then it is very hazardous...

*bozzo pun dulu masa kat u pernah jadi hantu megi...he he he...skarang dah bersara...

Monday, December 7, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

Tuesday, November 10, 2009

INFO: PENGGEMAR NASI GORENG SILA AMBIK PERHATIAN

Makan nasi goreng di siang hari memang menyeronokkan. Apatah lagi jika nasi itu sudah siap dimasak sejak semalam lagi. Tidak perlu lagi menunggu nasi dimasak untuk menyiapkan nasi goreng. Tetapi sekarang sudah masuk jam 2 petang dan anda mengalami muntah-muntah dan cirit birit pula. Mungkinkah ini disebabkan oleh nasi goreng tesebut? Ya, kemungkinan besar, dan penyebabnya ialah bakteria bernama Bacillus cereus.
Bacillus cereus datang dalam pelbagai bentuk. Salah satunya kerap ditemui di dalam nasi yang belum dimasak. Jika nasi yang sudah dimasak dibiarkan pada suhu bilik, bakteria yang masih hidup akan membiak dan menghasilkan toksin penstabil haba yang menyebabkannya mampu bertahan dalam keadaan berasid dan kepanasan seperti semasa menggoreng.

Di kedai masakan, nasi dalam jumlah yang besar biasanya dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Peti ais dikatakan akan menyebabkan nasi menjadi melekat sesama sendiri dan akan menghasilkan nasi goreng yang tidak bermutu. Sebab itulah nasi tersebut dibiarkan pada suhu bilik. Penyejukan pada suhu bilik ini, akan menghasilkan kondisi yang amat sesuai bagi pertumbuhan bakteria dan penghasilan toksin tersebut.

Sebagai contoh, satu kejadian telah berlaku melibatkan katering makan tengahari di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Nasi yang telah dimasak dibiarkan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti ais. Keesokan harinya, nasi tersebut digoreng dengan minyak dan ketulan isi ayam dan kemudiannya dihantar ke tempat pusat penjagaan kanak-kanak itu dan dibiarkan 1 hingga 1 1/2 jam sebelum dimakan. Dalam masa 6 jam kemudian, seramai 14 daripada 67 kanak-kanak dan pekerja yang makan nasi goreng tersebut, mengalami pening, muntah, sakit perut dan cirit birit. Bacillus cereus telah dikenalpasti sebagai penyebabnya. Apa yang menyedihkan ialah tidak seorang pun daripada kalangan pekerja restoran itu atau pekerja pusat penjagaan kanak-kanak itu yang mengetahui bahawa nasi tersebutlah puncanya.

Namun demikian, keracunan Bacillus cereus hanya berlanjutan antara 6 ke 24 jam sahaja dan ia biasanya berkaitan dengan komplikasi jangka masa panjang. Walaubagaimana pun, apa jua jenis makanan beracun sudah sepatutnya dijauhi.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan Bacillus cereus? Masukkan lebihan nasi ke dalam bekas sempit dan simpan di dalam peti ais untuk menggalakkan penyejukan yang drastik. Jika nasi itu akan digunakan untuk nasi goreng, masukkan ke dalam peti ais dalam jangkamasa satu jam daripada masa memasak nasi goreng. Biarkan nasi di dalam peti sejuk sehinggalah sedia untuk digoreng. Setelah siap masak, biarkan nasi goreng itu dalam keadaan panas sehingga sampai masa menghidang.

Wednesday, September 2, 2009

Khalifah Umar bin Aziz Dengan Pelitanya

Dalam sejarah orang-orang islam ada dua orang khalifah agung yang kedua-duanya bernama Umar. Seorang bernama Umar bin Khatab dan yang seorang lagi bernama Umar bin Abdul Aziz.
Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Umar bin Khatab kerana ibunya adalah cucu Umar bin Khatab. Pada suatu malam, khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang menyemak rekod-rekod wang perbendaharaan Negara di pejabatnya.
Beliau membaca rekod-rekod itu dengan menggunakan cahaya daripada sebuah pelita minyak kecil, cukup untuk kegunaan beliau seorang.
Kemudian beliau terdengar pintu diketuk dan suara orang member salam.
“siapa?” khalifah Umar bin Abdul Aziz bertanya tanpa emmbuka pintu. “saya ialah anakanda, ayahanda,” beliau terdengar suara anak lelakinya.
“ada apa?” Tanya khalifah Umar bin Abdul Aziz, masih tidak membuka pintu pejabatnya. “bonda menyuruh anakanda datang sebab ada masalah,” jawab anaknya.
“masalah apa?” Tanya si ayah. “bukalah pintu ini, ayahanda, biar saya masuk dulu,” kata si anak.
“masalah siapa? Masalah keluarga? Masalah rakyat? Ataupun masalah Negara?” Tanya ayah. “masalah keluarga kita, ayahanda,” jawab si anak.
“baiklah, tunggu sekejap, ayahanda buka pintu,” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Sebelum beliau bangun, beliau meniup api pelita hingga padam, lalu bilik pejabatnya menjadi gelap-gelita.
Kemudianya khalifah Umar bin Abdul Aziz meraba-raba mencari pintu lalu membukanaya.
“masuklah,” kata si ayah dalam gelap itu. “ayahanda, mengapa dipadamkan pelita itu? Bagaimana kita hendak bercakap dalam gelap ini?” Tanya anaknya.
“nampaknya begitulah. Kalau kita hendak bercakap-cakap di dalam bilik ini, kita terpaksa bercakap dalam gelap,” kata khalifah umar Umar bin Abdul Aziz.
“mengapa pula begitu, ayahanda?” Tanya si anak lagi. “bukankah anakanda tahu ini bilik apa.”
“ini pejabat ayahanada,” kata si anak. “siapa ayah anakanda?” “khalifah Negara, raja segala orang-orang islam,” kata si anak.
“itulah sebabnya, kita terpaksa bercakap-cakap dalam gelap di bilik ini.” tapi megapa?”
“pelita itu dinyalakan dengan minyak yang dibeli menggunakan wang Negara, wang rakyat. Anakanda datang ke mari sebab hendak membincangkan urusan keluarga kita,” kata si ayah.
“pejabat ini tempat ayahanda menjalankan kerja-kerja Negara, demi kepentingan rakyat. Kita tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk mengurus hal-hal keluarga kita,” sambungnya.
“jawatan ayahanda ini adalah amanah tuhan, hari akhirat nanti ayah akan ditanya, bagaimanakah ayahanda hendak menjawabnya?” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada anaknya.

References
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah & Fauzul Na’im Ishak (2006). Cerita-cerita motivasi untuk pemimpin (5thed).Batu Cave.PTS Millennia Sdn. Bhd.

Sunday, August 23, 2009

Apabila umatku telah membuat 15 perkara

Salam..

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.):

Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala ( jerebu, h1n1, h5n1, aids ) pasti akan turun ke atas mereka iaitu:


1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja. ( kroni2, ahli politik, top level management, shareholders, )
2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan. ( Nak kaya masuklah politik )
3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman). ( Institut Baitulmal kerjasama dengan UITM, kalau tak cukup belanja, boleh buat pinjaman. )
4 - Suami taat pada isteri. ( Suami takut pada isteri pun dah banyak.. Siap kena belasah/simbah asid lagi.. )
5 - Anak mendurhakai ibunya. ( Nak kaya masuklah politik )
6 - (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya. ( Ibu bapa tidak lebih dari ATM tempat dapat wang belanja )
8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu. (
http://www.geocities.com/surprising 2008/seks. htm )
10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. ( polis, sb, yang pro kepada sebelah sahaja pihak.. )
11 - Arak diminum di merata-rata tempat. ( siap buat pertandingan minum arak lagi.. )
12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis dapat pangkat.. termasuklah Dato' Shah Rukh Khan.. )
14 - Banyak muzik dimainkan. ( jom heboh, afx, jjl, hmi, mi, dll - dalam masiid je yang belum lagi )
15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. ( Syiah.. Golongan Anti Hadith.. )

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

Dari Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)." (Hadis riwayat Muslim)

Friday, August 14, 2009

Latest info pasal H1N1(pengalaman family pesakit)


Cerita Pertama
My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....
No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...
Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father... First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.
Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE or those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip.... ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)... This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!
Cerita Kedua
High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman
Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...
Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if youtouch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital takcukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru diaorg admitted.macam kes adik I.
Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin....tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr &nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit. Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.
Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother's ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu....berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient. Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital. Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah
*Semoga 2 cerita nih dapat mengajar kita bersama. Makan epal hijau tuh memang baik...Klu was2 jugak gi kedai dan cari mask cam yang bozzo pakai di gambar diatas...salam...

Thursday, July 23, 2009

Cerita Pasal Kuku Dan Jemari

salam.....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kala u hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw..
berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. juga memakai cincin, dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Monday, June 15, 2009

5 DON'TS when you are sleeping

1 - DON'T SLEEP WITH WATCH

Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.
2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.
3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.
4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....

5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. :P

Thursday, May 14, 2009

Maksiat halang tekun beribadat


APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?

Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.

Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?

Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada 'mood'. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.

Jika hal itu terjadi pada kita, segeralah muhasabah diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja. Lama-kelamaan ia akan terbiasa.

Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.

Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.

Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah S.W.T kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengar gosip atau muzik melalaikan, bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik.

Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.

Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.

Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?

Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.

Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.

Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.

Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.

Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.

Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.

Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Tuesday, May 5, 2009

Exercise for the neck!











ps: selamat mencuba...he he he...

Monday, May 4, 2009

Kebaikan Halba


Assallamuallaikum,

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah....

Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :
' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah, Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak- Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.
MANA NAK DAPAT Halba?
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya. Semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

Sunday, April 19, 2009

Taktik spontan untuk menggoda


Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Selamat berumahtangga...

Friday, April 17, 2009

Saat menilai cinta


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Monday, April 13, 2009

Azan dan kebijaksanaan ALLAH


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita
ketahui. Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang. Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan
lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.

Subhanallah. ..


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!