Salam Syawal...
Banyaknyer sawang!!! Dah berapa lama dah agaknya bozzo tak datang jenguk blog bozzo yang satu nih. Dah naik lumut dah. Nak kata sibuk, dulu pun sibuk gak. Nak kata malas, dulu pun malas gak. Mungkin dah hilang appeal agaknya berblog nih. Masa mula-mula dulu teruja sesangat. Bleh kata nak blog sejam sekali. Sume benda nak tulis, sume benda nak citer. Skarang dah kureng. Skarang dah keset.
Dulu sanggup kumpul duit nak beli kamera. Nak kasik gambar lawa sket la kononnyer. Skarang nak charge kamera tuh pun dah maleh, nak bawak merata jauh sekali le. Letak je la kat tepi tv tu buat kumpul habuk. Mungkin bozzo nih cepat boring kot. Mula-mula je teruja ngan benda baru tapi lelama dah jadi muak. Tapi peliknya Facebook tak plak muak. Mafia Wars tak plak muak. Klu tak main satu hari rasa cam tak kena je plak. Hei...ntahla....
Mulai hari nih bozzo rasa cam nak start berblog semula. Tapi bozzo nak cite pasal Gundam dan komik-komik je kot. Oh...patutla...Pasal tu la bozzo takde masa nak megadap blogspot nih. Pasal budak-budak Gundam nih la kot. Ye la tu. Kompom. Memang betul. Nak cite lagi, bozzo baru je beli MG Wing Ver. Ka. hujung minggu lepas kat jualan gudang Litt Tak di Cheras. Murah tak hengat. Kurang rm150 dari harga pasara. Lagi murah dari jenama ripoff TT HongLI. Hujung minggu nih la kot baru nak start buat. Smalam dah koyak plastik dan tengok-tengok runners ngan manual. Memang cantik dan memang kemas. Nak potong pun rasa sayang.
Sampai sini je la kot. Bozzo ada banyak kes ari nak layan. Nanti bozzo sembang-sembang lagi pasal Gundam ye.
Monday, September 12, 2011
Sawang Oh Sawang
Posted by bozzobattousai at Monday, September 12, 2011 1 comments
Labels: merepek
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)