Friday, December 23, 2011

Terima Kasih Abang Blogspot


Terima kasih bozzo nak ucapkan kepada abang blogspot yang telah me'release'kan bozzobattousai.blogspot.com dari kurungan. Rasa cam sempit hidup tanpa blog bozzo yang huduh nih. Walaupun jarang-jarang dan kadang-kadang skali bozzo mengupdate dan mengepost cerita-cerita di dalamnya tapi bozzo suka gunakan blog nih untuk baca kengkawan punya blog yang lain. Betul-betul rasa cam baru lepas dari tahanan. Kepada member bozzo yang bernama Din tuh bozzo nak mintak mahap sebab terpaksa di'delete'kan dari blog ini sebab blog ko tuh ada mallware...bahaya tuh...ibarat virus h1n1 untuk blogger...tolonglah hentikan penyebaran virus tuh. Berdosa (ye ke?). Anyway bozzo nak mintak sorry je. Nanti bila blog ko dah sehat bozzo masukkan blik.

p/s: ini kucing bozzo nama dia boboi@gendut.

Thursday, December 8, 2011

Maliware...mellwer...underware....

Apa mende yang mallwarenyer blog aku yang huduh nih? Cuba cakap sket wahai blogspot yang bijaksana. Setau aku mana ada gambor-gambor lucah kat dalam nih. Gambor aku tak pakai baju pun takde rasanyer. Asyik nak kena ban je. Bukan aku bukak blog politik pun. Bukan aku bukak blog porno pun. Bukan aku bukak blog ciplak blog orang lain pun. Ini blog aku yang punya. Arghhhhhhhh....tensennyer....Nasib baik korang dah release blik blog aku nih klu tak maunyer aku gi opis blogspot tu aku lempang sekor-sekor....

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda

Bozzo nak ucap tahniah kepada pasukan bolasepak Harimau Muda kita yang memenangi pingat emas malam tadi. Harap-harap nanti bila dah jadi Harimau Dewasa tunjukkanlah taring-taring kalian yang sebenar. Tiru cam abang Safi Sali...

Monday, September 12, 2011

Sawang Oh Sawang

Salam Syawal...
Banyaknyer sawang!!! Dah berapa lama dah agaknya bozzo tak datang jenguk blog bozzo yang satu nih. Dah naik lumut dah. Nak kata sibuk, dulu pun sibuk gak. Nak kata malas, dulu pun malas gak. Mungkin dah hilang appeal agaknya berblog nih. Masa mula-mula dulu teruja sesangat. Bleh kata nak blog sejam sekali. Sume benda nak tulis, sume benda nak citer. Skarang dah kureng. Skarang dah keset.

Dulu sanggup kumpul duit nak beli kamera. Nak kasik gambar lawa sket la kononnyer. Skarang nak charge kamera tuh pun dah maleh, nak bawak merata jauh sekali le. Letak je la kat tepi tv tu buat kumpul habuk. Mungkin bozzo nih cepat boring kot. Mula-mula je teruja ngan benda baru tapi lelama dah jadi muak. Tapi peliknya Facebook tak plak muak. Mafia Wars tak plak muak. Klu tak main satu hari rasa cam tak kena je plak. Hei...ntahla....

Mulai hari nih bozzo rasa cam nak start berblog semula. Tapi bozzo nak cite pasal Gundam dan komik-komik je kot. Oh...patutla...Pasal tu la bozzo takde masa nak megadap blogspot nih. Pasal budak-budak Gundam nih la kot. Ye la tu. Kompom. Memang betul. Nak cite lagi, bozzo baru je beli MG Wing Ver. Ka. hujung minggu lepas kat jualan gudang Litt Tak di Cheras. Murah tak hengat. Kurang rm150 dari harga pasara. Lagi murah dari jenama ripoff TT HongLI. Hujung minggu nih la kot baru nak start buat. Smalam dah koyak plastik dan tengok-tengok runners ngan manual. Memang cantik dan memang kemas. Nak potong pun rasa sayang.

Sampai sini je la kot. Bozzo ada banyak kes ari nak layan. Nanti bozzo sembang-sembang lagi pasal Gundam ye.

PS : Korang dah baca Bleach baru blom? Ichigo dah nak start lawan ngan Ginjo dah. Pedang pun cam baru je. Zangetsu dah tukar rupa la kot...