Tuesday, March 9, 2010

Demam Ninja Assassin

Bozzo dah kena demam. Demam ninja. Demam Ninja Assassin...

Cis...cis... cissss....



















Bozzo sure punya mesti dah ramai yang dah tengok citer nih. Bozzo baru berpeluang nak tengok minggu lepas. Itupun pasal Eben bawak balik dvd. Memang best giler lah citer nih. Dah lama bozzo tak tengok citer pasal ninja. Movie nih menceritakan pasal Raizo, seorang anak yatim yang diambil dari jalanan untuk dilatih menjadi ninja pembunuh oleh Ozunu Clan, salah satu clan dari Nine Clans. Misteri Nine Clans nih. Telah wujud lebih seribu tahun tapi ramai yang tak tau. Upah untuk bunuh orang adalah seratus paun emas. Ada emas kerja jalan. Oleh sebab tak nak jadi pembunuh upahan, Raizo telah membelot dan lari dari klan Ozunu tapi hidup dia selepas tuh sentiasa jadi buruan. Nak di jadikan cerita, pihak Europol yang di anggotai oleh Mika dan bos nya Ryan Maslow pun tengah menjejaki kumpulan ninja pembunuh klan Ozunu nih. So, secara tak langsung diaorang berkerja samalah...


Scene pertama dalam movie nih kita di perkenalkan ngan sekumpulan yakuza wanabe di Osaka. Nama ketua yakuza nih tak di bagitau palak. Tapi pelakon dia yang jadi Han dalam Fast & Furious tuh. Kumpulan nih telah di pilih untuk dibunuh oleh kumpulan ninja jahat Nine Clans dengan M.O. diaorang iaitu black sand. Scene lawan mula-mula nih dah memang best dah. Blood everywhere... massacre lah katakan...



Raizo masa kecik ketika menjalani latihan. Letih. Susah jugak nak jadi ninja nih rupanya.
Mamat omputeh nih adalah target pertama Raizo. Kuat nak mampos. Dah kena tikam banyak kali pun selamba je lagi.
Raizo yang macam dah menyesal dan plan nak belot.
Bos Ozunu mengarah kan Raizo untuk bunuh awek ninja tuh. Raizo nih manalah nak buat kasar kat pompuan...pijak semut pun tak mati depan awek...Masa ni la Raizo amik keputusan untuk lari dari Ozunu Clan. Teruk dia kena belasah. Babak scene kena baling ngan shuriken memang hebat.
Scene lawan...yeaarghhhh....best giler.... Raizo tengah berlawan ngan abangnya Takeshi. Kunai berantai tuh senjata faveret Raizo. Habis semua dipotongnya...
Nama saya RAIN....ingat tuh....
Fight scene last nag tok guru pun best gak...siap bleh hilang-hilang lagi...cam tengok anime Bleach masa Ichigo lawan ngan Grimjoww...
Untuk citer nih bozzo bagi 7/10 tapi untuk fight scene dia bozzo bagi 10/10. memang best. Walaupun banyak CGI tapi best. Sehingga ke hari ini dah 12 kali bozzo layan. Siap dah download masuk PSP lagi...yeahuuuu...